VIENNA, 4 Mac - Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, sebuah kumpulan yang dikenali sebagai OPEC+ mengumumkan pada Isnin bahawa mereka akan meneruskan rancangan peningkatan pengeluaran minyak bermula 1 April, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan OPEC, lapan negara anggota OPEC+ iaitu Arab Saudi, Rusia, Iraq, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Kazakhstan, Algeria dan Oman bersetuju untuk “melaksanakan secara beransur-ansur dan fleksibel pelarasan sukarela sebanyak 2.2 juta tong sehari (bpd)” mulai April.
Keputusan itu dibuat berdasarkan asas pasaran yang kukuh serta prospek pasaran yang positif.
Persetujuan itu dicapai susulan mesyuarat secara maya yang diadakan pada hari yang sama.
Meskipun peningkatan pengeluaran telah dirancang, negara anggota memaklumkan bahawa mereka kekal fleksibel dengan keadaan pasaran dan bersedia untuk menghentikan atau membatalkan kenaikan pengeluaran jika perlu.
Pengurangan pengeluaran sebanyak 2.2 juta bpd itu pertama kali diumumkan pada November 2023 bagi suku pertama (Q1) 2024. Langkah itu telah dilanjutkan beberapa kali, dengan lanjutan terkini menetapkannya sehingga Q1 2025.
- BERNAMA
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.