PILIHANRAYA DATUK BANDAR KUALA LUMPUR


1. Tidak ada keperluan mengadakan Pilihanraya Datuk Bandar Kuala Lumpur, kerana ianya akan membazirkan wang rakyat.

2. Dari sibuk nak "meraikan" demokrasi, adalah lebih baik tenaga dan wang yang ada digunakan untuk memperbaiki infrastuktur dan menambah kemudahan warga kota KL.

3. Menjual nama "UIAM" sebagai lesen untuk mengHALALkan tindakan membelakangi peranan dan tanggungjawab Yang Dipertuan Agong juga sesuatu yang biadap.

4. Kenapa aku kata sedemikian? Jawapannya mudah, dalam urusan perlantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur, ianya terletak dibawah kuasa Yang Dipertuan Agong berdasarkan Seksyen 4 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

5. Jadi kita nak bertanya kepada mereka yang mahu diadakan Pilihanraya Datuk Bandar Kuala Lumpur ini, apakah kalian hendak mempertikaikan tanggungjawab Yang Dipertuan Agong?

6. Adakah "kajian UIAM" ini sudah pun mendapat perkenan dari Yang Dipertuan Agong? Jika tidak, ini adalah satu tindakan yang biadap.

7. Kuala Lumpur tidak memerlukan Datuk Bandar yang datang dari jalur politik, sebalik Datuk Bandar Kuala Lumpur seharusnya datang dari penjawat awam yang kompeten.

8. Sebabnya, jika Datuk Bandar dah mula pandai bercakap, kelak ia akan persis para pemain politik di Malaysia. Hanya hebat bicara, janji masih gagal terlaksana.

Post a Comment

0 Comments