DRAMA PECAT MEMECAT DI PIBG SERI INDERA


Babak 1: "Kau Pecat Aku, Aku Pecat Dia!"

Empat orang AJK PIBG berkumpul, angkat tangan, dan mengisytiharkan Yang Dipertua PIBG Sekolah Seri Indera dipecat berkuat kuasa serta-merta. YDP yang terkejut, melihat sekeliling, lalu memandang barisan Guru Penolong Kanan (GPK) dan Guru Cemerlang yang sedang terpinga-pinga di sebelah. Bagi membalas dendam kepada AJK, YDP terus mengeluarkan arahan: "Disebabkan aku kena pecat dengan AJK PIBG, maka dengan ini aku batalkan semua pelantikan hampa sebagai Guru Penyelaras dan AJK Pelaksana Sekolah!"

Babak 2: Guru-Guru Yang Menjadi Mangsa Bouncing

Ibu bapa ingat mesyuarat sekolah itu pentas perbincangan, tetapi rupa-rupanya ia lebih mirip perlawanan dodgeball. AJK PIBG baling bola dekat YDP, YDP mengelak, lalu bola itu kena tepat pada muka cikgu-cikgu. Guru Penolong Kanan yang langsung tidak tahu drama apa yang berlaku tiba-tiba terkeliru: "Kitorang lupa kunci bilik darjah ke tadi sampai kena gugur jawatan?"

Babak 3: Logik Pentadbiran Baharu Bilik Guru

Pakar pengurusan sekolah duduk berkumpul sambil memegang kepala. Menurut logik baharu Sekolah Seri Indera:

Kalau Pengetua pecat Kerani, Kerani balik rumah dan pecat Tukang Kebun.

Kalau Pegawai PPD bagi surat amaran dekat Guru Besar, Guru Besar masuk kelas dan pecat Pengawas Sekolah.

Semua orang memecat orang yang langsung tiada kena-mengena demi menutup rasa malu.

Babak 4: Plot Twist Bilik Mesyuarat

Para ibu bapa dan cikgu-cikgu biasa yang menonton di belakang hanya mampu menghirup kopi sejuk sambil berfikir: "Kalau YDP boleh pecat cikgu sebab YDP kena pecat dengan AJK, siapa pula yang nak pecat AJK? Boleh tak kami pecat persatuan ini terus dari bilik mesyuarat?"

Babak 5: Kedai Mamak

Orang ramai melihat dan tertawa membaca laporan akhbar. Dan akhirnya ada diantara ibu bapa membuat keputusan mengeluarkan anak mereka dari sekolah berkenaan.

Post a Comment

0 Comments