ISU ADAT NEGERI SEMBILAN: MANA SATU KEBENARAN? DAN MENGAPA RAKYAT PILIH BENAMKAN PH?


Isu Adat di Negeri Sembilan sebenarnya dah 'meletop' jauh sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) bermula lagi.

Disebabkan kemelut isu adat inilah, Aminuddin — selepas menerima 'titah perintah' daripada Anthony Loke — membuat keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebaik sahaja mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada ketika itu.

Masih ingat lagi peristiwa pihak berkuasa menghalang Undang Yang Empat bersama Tunku Besar Tampin daripada menghadap Tuanku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar di Melaka? Itu antara detik penting yang benar-benar mencuri tumpuan ramai sebelum kehangatan kempen pilihan raya bermula.

Dua Naratif Bergema Sepanjang Kempen

Sebaik sahaja wisel kempen PRN ditiupkan, pimpinan parti politik mula memainkan peranan masing-masing:

Naratif Pakatan Harapan (PH): Mendakwa kemelut yang berlaku di Negeri Sembilan berpunca daripada tindakan UMNO yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar. PH cuba menjadikan UMNO sebagai kambing hitam disebalik kebodohan Aminuddin menyelesaikan masalah yang berlaku dalam stuktur adat.

Pendirian UMNO: Mempertahankan tindakan menarik sokongan tersebut atas alasan kegagalan Aminuddin menangani pertelingkahan antara Undang Yang Empat + Tunku Besar Tampin dengan Yang di-Pertuan Besar.

Selepas seminggu kempen berjalan panas dengan pelbagai serangan dan tomahan di pentas politik, rakyat Negeri Sembilan akhirnya membuat keputusan muktamad di petak undi. Mandat besar diberikan kepada gabungan BN-PN untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Rakyat Lebih Tahu Hal Rumah Sendiri

Kejayaan merampas Negeri Sembilan daripada Pakatan Harapan membuktikan satu perkara jelas: rakyat Negeri Sembilan tidak mudah termakan fitnah atau dikelirukan terutama sekali selepas merasai bagaimana PH berkuasa.

Merekalah yang paling faham situasi sebenar, tahu punca masalah yang berlaku di tanah air mereka, dan tahu bagaimana mahu menentukan jalan penyelesaian terbaik melalui proses demokrasi.

Oleh itu, sewajarnya semua pihak luar menghormati keputusan dan suara rakyat Negeri Sembilan. Biarkanlah anak negeri menyelesaikan urusan dan isu dalaman mereka sendiri tanpa perlu ada campur tangan dari luar.

Adat diisi, lembaga dituang* — biar orang Nismilan yang menentukan arah tuju negeri mereka sendiri.

*Mengerjakan atau melaksanakan sesuatu perkara hendaklah mengikut tatacara, aturan, dan kebiasaan yang telah ditetapkan serta diamalkan sejak dahulu lagi.

Post a Comment

0 Comments