Ketika Umar bin Abdul Aziz dilantik sebagai khalifah pada tahun 99 Hijrah, beliau tidak mendabik dada dengan kekuasaan yang dimilikinya.
Sebaliknya, diriwayatkan bahawa beliau berkata kepada rakyat:
إِنِّي قَدْ خَلَعْتُ مَا فِي أَعْنَاقِكُمْ مِنْ بَيْعَتِي، فَاخْتَارُوا لِأَنْفُسِكُمْ
Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah melepaskan bai‘ah kamu terhadapku. Maka pilihlah sendiri pemimpin untuk kamu.”
Rakyat kemudiannya menjawab:
قَدِ اخْتَرْنَاكَ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ وَرَضِينَا بِكَ
“Kami telah memilihmu, wahai Amirul Mukminin, dan kami reda denganmu.”
(Rujukan: Ibn al-Jawzi, al-Muntazam fi Tarikh al-Muluk wa al-Umam, 7/32–33)
(Rujukan: Ibn al-Jawzi, al-Muntazam fi Tarikh al-Muluk wa al-Umam, 7/32–33)
Begitulah tawaduknya seorang pemerintah. Memiliki kuasa yang besar, tetapi tidak menganggap dirinya terlalu tinggi untuk menghormati orang lain.
Umar bin Abdul Aziz tidak perlu meninggikan suara untuk membuktikan ketinggian kedudukannya.
Kerana orang yang benar-benar mulia tidak perlu merendahkan orang lain untuk kelihatan tinggi.
Takhta boleh mengangkat kedudukan seseorang, tetapi tidak semestinya mengangkat akhlaknya.

0 Comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.