ANTARA BIBLE DALAM BAHASA MELAYU DENGAN KALIMAH ALLAH DALAM BAHASA MELAYU

Oleh : Kasturi.

Kasturi mendapat berita daripada rakan admin Pena Minang yang menyatakan bahawasanya terdapat dakwaan dari pecacai pembangkang kononnya ada surat yang menyatakan kebenaran untuk mencetak Bible ke dalam Bahasa Kebangsaan yakni Bahasa Melayu. Kasturi sama sekali kurang yakin dengan ketulenan isi kandungan surat berkenaan kerana pendakwa gagal membawakan bukti dari mana surat berkenaan didapati.

Namun mengambil pendirian untuk menjawab dan menganggap surat kebenaran dari Perdana Menteri itu berkemungkinan 'tulen' mengikut persepsi pembangkang, maka Kasturi merasakan ada kekeliruan yang cuba pihak pembangkang timbulkan dalam isu ini. Dimana pihak pembangkang cuba mencari helah melepaskan diri dalam isu kalimah ALLAH yang menjadi senjata yang menikam mereka. Maka jalan mudah bagi mereka menimbulkan isu baru agar kesalahan mereka dapat 'dilupakan' oleh masyarakat.

Sebelum meneruskan perbincangan, harus difahami disini isu  pokok yang hangat dibincangkan adalah mengenai Kenyataan LIM GUAN ENG yang mahu Kerajaan Malaysia MEMBENARKAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH di dalam BIBLE BERBAHASA MELAYU bagi penafsiran GOD dan LORD, dan bukannya isu KEBENARAN MENTERJEMAH BIBLE KE DALAM BAHASA MELAYU. Malah harus diingat, Majlis Pimpinan Pusat Pakatanlah yang menyatakan sokongan kepada Kristian di Malaysia agar diberikan kebenaran menggunakan Kalimah ALLAH Bible bible mereka.


Sebelum kita mendakwa bahawa Najib tetap bersalah kerana memberi kebenaran Bible Bahasa Melayu diedarkan kepada penganut Kristian, ada baiknya kita melihat kepada Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152, mengenai kedudukan Bahasa Kebangsaan dengan jelas menyebut;

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa -

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan

(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

Ini diperkuatkan lagi dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 pindaan 1967 perkara 3 yang menyatakan;

3. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak Kerajaan mana-mana Negeri untuk menggunakan apa-apa terjemahan dokumen atau perutusan rasmi dalam mana-mana bahasa lain bagi apa-apa maksud yang difikirkan perlu demi kepentingan awam.

Jika kita merujuk kepada Perlembagaan 152 dan Akta Bahasa Kebangsaan sahaja, sudah cukup membuktikan tindakan yang dilakukan oleh Najib Tun Razak dengan memberikan kebenaran Bible Bahasa Malaysia / Indonesia adalah menepati kehendak perlembagaan persekutuan. Jadi apa isu yang hendak ditimbulkan oleh pembangkang sekarang ini? Isunya pembangkang cuba memutarbelitkan fakta dengan menyatakan bahawa kerajaanlah yang telah membenarkan kalimah ALLAH dipergunakan bagi mentafsirkan GOD dan LORD dalam Bahasa Melayu. 

Pembangkang terutama sekali PAS cuba meletakkan kesalahan yang mereka lakukan kepada pihak kerajaan dengan memaparkan surat Perdana Menteri mengenai 'Kebenaran' Injil dalam Bahasa Melayu. Walhal yang dinyatakan dalam surat berkenaan hanya tertakluk kepada pengistilahan dalam Bahasa Melayu, bukannya membenarkan kalimah ALLAH dijadikan tafsiran pada perkataan GOD mahupun LORD. Kami telah membawakan hujjah yang kongkrit menafikan hak penggunaan nama ALLAH untuk memberi maksud GOD atau LORD berdasarkan sudut pengistilahan dalam Bahasa Melayu sepertimana artikel mengenainya disini : KONSPIRASI KRISTIAN DALAM MENGKORUPSI KALIMAH ALLAH.

PAS juga barangkali terlupa bahawa di dalam Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 3 : Agama Bagi Persekutuan yang jelas menyebutkan; 

(1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

(2) Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan juga, tertakluk kepada perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua ugama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

(3) Perlembagaan-perlembagaan bagi Negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi kepada Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua ugama Islam dalam Negeri itu.

(4) Tiada apa-apa dalam Perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

(5) Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua ugama Islam dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan; dan bagi maksud ini Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengadakan peraturan mengenai hal-ehwal ugama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara berhubung dengan ugama Islam.

Yang mana perkara 3 ini diperkuatkan lagi dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab Kebebasan Beragama yang mana ;

(4) Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.

Malah 'Persetujuan Bersama' diantara PAS, DAP, dan PKR dalam SIDANG MEDIA yang berlansung di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya pada 8 Januari 2013 itulah yang MELANGGAR UNDANG-UNDANG. Lihat sahaja Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor, 1988 (Enakmen No. 1/1988) yang mana melarang orang bukan ISLAM menggunakan kalimah ALLAH dalam apa jua bahan bercetak, bertulis, mahupun ucapan sepertimana yang tertera pada ruangan bawah ini.


Ini tidak termasuk dengan enakmen-enakmen yang sama di negeri-negeri lain dalam Persekutuan Malaysia seperti yang tercatit dibawah ini;

1. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Terengganu, 1980 (Enakmen No. 1/1980)

2. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Kelantan, 1981 (Enakmen No. 11/1981)

3. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Kedah, 1988

4. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Melaka, 1988 (Enakmen No. 1/1988)

5. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Perak, 1988 (Enakmen No. 10/1988)

6. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Pahang, 1989 (Enakmen No. 5/1989)

7. Negeri Sembilan: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Negeri Sembilan, 1991

8. Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Johor, 1991 (Enakmen No. 12/1991)

Jadi apa masalahnya disini? Nak kata Najib melanggar perlembagaan negara? Maka sudah pasti tidak. Nak kata Najib benarkan kalimah ALLAH mengantikan perkataan LORD dan GOD? Juga satu fitnah....Malah yang benar ialah PEMBANGKANGLAH YANG MELANGGAR UNDANG-UNDANG DAN PERINTAH SULTAN. Moralnya PEMBANGKANG sudah kehabisan modal nak tutup keaiban mereka. Kepada pembangkang, tak kiralah anda pemimpin tertinggi atau macai-macainya sahaja, janganlah cuba nak mengalihkan kesilapan anda dengan membuat fitnah kepada orang lain. 

Kalian sendiri yang bersetuju KALIMAH ALLAH digunakan oleh orang KRISTIAN sepertimana sidang media bersama Majlis Pimpinan Pusat Pakatan yang berlansung di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya pada 8 Januari 2013. Sekarang tanggunglah dari apa yang kamu telah lakukan. Dikesempatan ini kami menyeru kepada diri kami dan diri rakan-rakan sekalian agar bertaubatlah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH penerima taubat.

Post a Comment

1 Comments

  1. 2nd April 2011 adalah hari sabtu, kabinet selalunya bermesyuarat pada hari rabu.

    Kedua, selalu surat kerajaan adalah dalam bahasa melayu dan jika ia berbahasa english pun ia hanya untuk surat antara kerajaan malaysia dengan kerajaan luar. Semua surat rasmi kerajaan adalah dalam bahasa Melayu...


    Jadi nampak penipuan pada surat ini...

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.