ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 3 January 2013

DOA SITI AMINAH UNTUK KITA



Oleh : PM Central

Asslamualaikum.

Inilah video terbaru (mungkin antara terbaru) yang di upload oleh kartunis LEPAT yang kini tinggal di Jerman. Lepat merupakan antara kartunis kegemaranku waktu zaman muda-muda dulu.... Menariknya, penulis baru tahu yang Lepat ni adalah individu yang pernah menggemparkan Malaysia dengan kejadian seorang wanita Mat Saleh yang membawa lari anaknya ke England. Kalau tak salah penulis, kali pertama penulis membaca cerita itu dalam majalah Mastika, cuma penulis tak pasti edisi ke berapa.

Penulis benar-benar salute dengan peribadi Lepat. Walaupun dah lama merantau dan tinggal di JERMAN, teloq Penang nya masih pekat....Sekaligus membuktikan bahawa orang Melayu kalau jatidirinya kuat, hantaq pi ceruq mana pun, dia tetap dengan cara dia. Lebih mengembirakan penulis ialah Lepat tetap menitik beratkan pegangan ISLAM didalam diri anak-anak beliau dalam suasana negara yang kelilingnya penuh dengan kekufuran. Malah tambah manis, LEPAT tidak malu menamakan anak-anaknya dengan nama-nama Melayu iaitu Aminah (anak perempuannya) dan Azli (anak lelakinya.)

Walaupun anak-anak beliau ada PELAT JERMAN (P.RAMLEE pernah ungkapkan perkataan ini dalam Madu Tiga) namun nampaknya anak-anak LEPAT fasih dan dapat memahami Bahasa Melayu. Namun apa yang menarik dalam video diatas ialah doa anak perempuanya (Aminah). Dalam doanya sebelum tidur Aminah mendoakan;


Bismillahirahmanirahim Ya ALLAH bagilah semua orang pi kat Syurga 

Tobat penulis tersentuh dengan doa anak kecil ni. Tanpa sebarang prejudis, anak kecil ini mendoakan agar kita semua ni dapat masuk ke dalam syurga ALLAH. La ni pakat-pakat pikiaq (fikir) berapa kali kita yang dah tua-tua ni pakat-pakat doa kesejahteraan dan kebaikan untuk semua orang ISLAM???



Jika anak kecil macam ini boleh mendoakan kebaikan, kenapa kita yang dah tua-tua ni tak boleh malah sombong nak mendoakan kebaikan untuk Umat ISLAM? Malah apa yang penulis lebih menyedihkan, ada yang dah bergelar 'Ulama' pun masih tak mampu memiliki hati yang baik seperti hati adik Aminah.

Mengambil kesempatan ini, penulis memohon ke hadrat ALLAH S.W.T agar 


mengampunkan dosa ibu bapanya, memberikan kecerdikan dan kepandaian kepadanya, memberikan akhlak yang sempurna, menjadikan dia anak yang solehah dan sentiasa mengembirakan hati ibu bapanya. Dan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.


Begitu juga dengan kaum Muslimin di dunia amnya dan di Malaysia Khasnya. Semoga ALLAH memperkuatkan ukhwah sesama ISLAM. Menjauhkan sikap hasad dengki, fitnah-memfitnah sesama Muslim. Ya ALLAH jadikanlah negara kami negara Tauhid, negara aman, negara orang-orang ISLAM yang dapat mengabdikan diri kepadamu Ya ALLAH. Ya ALLAH berikanlah hidayah kepada pemimpin-pemimpin kami, berikanlah kekuatan kepada mereka dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawab kepada mereka.


Ya ALLAH, kau jauhkanlah kami dari fitnah Khawarij, Fitnah Syiah, Fitnah Bid'ah, Fitnah LGBT, Fitnah Pluralisme Agama dan Fitnah-Fitnah yang lain agar kami dapat hidup bersatu padu dan aman. Amin Ya Robbala'lamin.

Semoga Malaysia TETAP AMAN, MAKMUR dan BERAQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH.

Facebook link : https://www.facebook.com/pages/Aminah-Azali/


===============================================================


Pelancaran "Dialog Rakyat - 1 Malaysia Tolak Fitnah"
Tarikh: 05.01.2013 (Sabtu)
Masa: 8.00 Malam
Lokasi: Perkarangan Rumah Pak Ali, Batu 6, Jalan Gombak
Penceramah: 
- Datuk Seri Noh Omar
- Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

* Semua dijemput hadir & sebar-sebarkan

1 comment:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute