KEBODOHAN HADI AWANG, ANWAR, LIM KIT SIANG DAN OXFORDI

Oleh : RPM

Penulis terpanggil untuk memberikan pendapat dan pandangan mengenai polimik nama ALLAH bagi mengantikan makna GOD atau Tuhan dalam kitab Bible.

Hasil dari mesyuarat Pakatan Pembangkang yang berlansung pada 8 Januari 2013, menyaksikan bahawa Pakatan Pembangkang yang dianggotai PKR, PAS dan DAP bersetuju agar perkataan atau nama ALLAH digunakan oleh semua agama di Malaysia.

Keputusan ini juga didokong dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. MAZA Al-Oxfordi yang dengan jelas menyatakan bahawa nama ALLAH tidak harus dieksklusifkan kepada penganut agama ISLAM sahaja.

Disini penulis ingin membuat sedikit bantahan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak. Pertama kepada Pakatan Pembangkang.

Kepada Pakatan Pembangkang, penulis ingin bertanya, adakah kalian merupakan pihak yang berautoriti dalam membuat keputusan? Sedangkan maklum berdasarkan Perlembagaan Negara dalam Perkara 3 menyatakan;

PERKARA 3. UGAMA BAGI PERSEKUTUAN.

(1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

(2) Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan juga, tertakluk kepada perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua ugama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

(3) Perlembagaan-perlembagaan bagi Negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi kepada Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua ugama Islam dalam Negeri itu.

(4) Tiada apa-apa dalam Perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

(5) Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua ugama Islam dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan; dan bagi maksud ini Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengadakan peraturan mengenai hal-ehwal ugama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara berhubung dengan ugama Islam.

Dalam pada itu juga Perkara 11 (4) dengan jelas mengatakan;

Perkara 11. Kebebasan beragama.

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Untuk memperkecilkan lagi skop, mari kita lihat pula Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang ISLAM) 1988 Negeri Selangor (Disebabkan diorang ni bercakap di Negeri Selangor Darul Ehsan)

Berikut merupakan senarai perkataan yang menjadi larangan kepada pengguna bukan ISLAM.


Baik, Anda dah tengok senarai PERKATAAN YANG DILARANG UNTUK DIGUNA PAKAI OLEH ORANG BUKAN ISLAM kan? Sekarang kita check dekat Seksyen 9. Kesalahan berhubung dengan penggunaan perkataan-perkataan dan perbahasan tertentu yang bersumber Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika dia---

(a) dalam apa-apa tulisan yang diterbitkan; atau

(b) dalam apa-apa ucapan atau pernyataan awam; atau

(c) dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang ditujukan kepada mana-mana perhimpunan orang; atau 

(d) dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang diterbit atau disiarkan dan yang pada masa ucapan atau pernyataan itu dibuat dia tahu, atau munasabahnya patut tahu ianya akan diterbitkan atau disiarkan, menggunakan mana-mana perkataan yang disenaraikan dalam Bahagian I kepada Jadual, atau apa-apa perkataan terbitan atau variasinya, untuk menyatakan atau memperihalkan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu ugama bukan Islam.

Dan lebih menarik senarai berkenaan hanya boleh dipinda berdasarkan budi bicara RAJA sahaja berdasarkan kurungan 4;

(4) Raja dalam Mesyuarat boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual.

Jadi dengan merujuk kepada Perlembagaan Negara dan Enakmen negeri Selangor sahaja, dengan jelas menunjukkan Pakatan Khawarij sudah melanggar undang-undang yang telah ditetapkan iaitu dengan membuat keputusan tanpa bersandarkan kepada persetujuan Yang Dipertuan Agong dan Sultan Selangor. Maka dalam hal ini, adakah keputusan 'BERSAMA' yang dinyatakan oleh PAKATAN PEMBANGKANG di Ibu Pejabat PKR di Tropicana itu merupakan satu PLATFORM mempertikaikan kuasa YANG DIPERTUAN AGONG dan SULTAN SELANGOR sekaligus menyediakan tapak untuk menjadikan MALAYSIA sebuah negara Republik?


Dan yang KEDUA kepada Bekas Mufti Perlis merangkap Timbalan Ketua Menteri 1 (pada masa akan datang?), apa hak anda untuk membicarakan perkara ini dan melibatkan soal negeri Selangor? Tidak tahu malukah anda untuk mencampuri urusan pemerintahan Negeri Selangor yang sudah mempunyai SULTAN BERAGAMA ISLAM? Dan siapa anda nak menafikan hak dan kuasa muktamad SULTAN SELANGOR?

Jika nak berbicara pun sekali wahai Bakal Pemilik IPT, timbang-timbangkanlah sedikit kenyataan anda tu. Tak cukup lagikah kita (orang MELAYU beragama ISLAM) membenarkan merekan menggunakan istilah TUHAN bagi memberi makna GOD pada mereka? Kalau semua kita nak berikan pada mereka, pernahkah kita bertanya, apakah hak mereka yang pernah diberikan kepada kita??? 



Post a Comment

1 Comments

  1. Tuan...mungkin anda perlu rujuk balik kenyataan bersama pemimpin PAKATAN PEMBANGKANG

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.