PAS SEMAKIN 'GANTI' UMNO


Oleh : AJ

Nampaknya PAS dah semakin LIBERAL dan TERBUKA dalam bab-bab maksiat ni. Jika selama ini PAS menghukum UMNO dengan perkataan bodoh, jahil dan tukil kerana membiarkan maksiat berlaku dalam majlis-majlis mereka (Kami tak nafikan perkara berkenaan malah tidak pernah bersetuju dengan perbuatan tersebut), nampaknya PAS juga mengikut sedikit demi sedikit apa yang dilakukan oleh UMNO dalam majlis-majlis yang mereka sertai.

Walaupun PAS mempunyai banyak individu yang diangkat sebagai ULAMA atau USTAZ, nampaknya nahi mungkar PAS yang tertumpu kepada UMNO semata-mata. Jika diperhatikan PAS tidak berani malah tidak pernah bersuara dalam perkara-perkara mungkar yang dilakukan oleh kepipinan pembangkang samada yang berlaku dalam PKR dan DAP. Tapi jika kita merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu As-Syiah, ternyata PAS akan menjadi sebuah PARTI ISLAM LIBERAL yang tak lama lagi.

Maka memang benarlah sepertimana kempen yang digembar-gemburkan 'PAS GANTI UMNO'.

Post a Comment

0 Comments