Breaking News

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

MAHASISWA

Saturday, 16 March 2013

ISLAM DI KEPULAUAN MELAYU : KEBANGKITAN BARU BANGSAMORO [BAHAGIAN PERTAMA]


Oleh : Al-Haj Murad Ebrahim
Pengerusi, Moro Islamic Liberation Front (MILF)
Camp Darapanan Sultan Kudarat Maguindanao, Bangsamoro.

ABSTRAK

Permulaan Islam dan kemudiannya penyebaran agama Islam di Dunia Melayu telah membawa transformasi kebudayaan yang besar di rantau ini adalah hakikat dan fakta yang tidak mampu disangkal. Kertas ini mengisahkan kebangkitan baru Bangsamoro Melayu di Selatan Filipina.Ia secara ringkas menyebut sejarah kedatangan Islam di Kepulauan Melayu dan kemudiannya di Mindanao. Cabaran-cabaran yang dihadapi Islam dan Bangsamoro di Mindanao, status penduduk Bangsamoro, kemunculan gerakan revolusi Moro, perpecahan MNLF & pembentukan MILF dan program-program utama, konsep Islamisasi MILF di Mindanao, rundingan keamanan GPH-MILF, peranan Malaysia di dalam rundingan itu; Rangka Perjanjian ke atas Bangsamoro dan implikasi dibincang secara menyeluruh. Kertas ini juga menjadi pembuka mata bagi mereka yang ingin mengetahui status Bangsamoro dan rundingan keamanan di antara Kerajaan Filipina dan MILF di bawah peranan pemudahcaraan yang terbaik oleh Kerajaan Malaysia.

PENGENALAN

Kedatangan Islam ke Asia Tenggara merupakan sebahagian daripada perembangan agama itu secara global sejak zaman dahulu kala sehingga sekarang. Amanat Islam dan pendekatannya bersifat sejagat pada asasnya sesuai disebarkan ke setiap pelusuk dunia ini. Ia adalah juga hasil usaha mulia para pendakwah Muslim yang belayar di antara pelabuhan-pelabuhan China, Eropah, Timur Tengah, India dan Kepulauan Melayu rantau ini. Sejarah memberitahu kita bahawa asal usul Islam di rantau ini (Indonesia, Malaysia, Brunei, Thailand, Singapura dan Mindanao, Selatan Filipina) ialah Benua Kecil Indo-Pakistan dan Timur Tengah, tetapi teori yang paling popular dan diterima umum ialah Timur Tengah.

Mekanisme utama Islamisasi pada era awal di rantau ini ialah menerusi perdagangan laut antarabangsa yang sebahagian besar membabitkan pantai-pantai di kepulauan. Pada abad ke-7 dan 8 Tahun Masihi, Islam dibawa ke rantau ini tetapi penganutan secara beramai-ramai di kalangan penduduk terutama yang mendiami kawasan-kawasan pantai hanya berlaku mulai abad ke-13 dan selanjutnya. Para pedagang dan pelayar Arab, serta mubaligh-mubalgh Islam yang lain mula mengahwini gadis-gadis tempatan termasuk puteri raja-raja dan anak-ketua-ketua suku di rantau ini.

Perkembangan ini mempercepatkan proses penyebaran Islam di Kepulauan Melayu yang secara signifikan mengurangkan pengaruh agama-agama Bukan-Samawi seperti Buddhisme, Hinduisme dan juga kepercayaan-kepercayaan mistik yang umumnya dianuti penduduk-penduduk tempatan. Kepesatan Islamisasi di rantau ini dilakukan secara aman, selaras dengan amanat Islam, iaitu bahawa mengambil hati secara semulajadi para pemimpin dan raja tempatan seperti kerajaan dominan termasuk Mataram di Java tengah, kesultanan Ternate dan Tidore di Kepulauan Maluku di sebelah timur, Sultan Mudzafar Shah I (Abad ke-12) dari Kedah, raja yang pertama memeluk Islam dan Sultan Megat Iskandar Shah di Melaka (Wikipedia).

Pada penghujung abad ke-13, Islam diperkenalkan ke Mindanao secara licin menerusi usaha keluarga diraja di Sumatra dan Johor yang menetap di rantau ini dengan azam yang kuat untuk mengembangkan Islamisasi. Pembentukan kesultanan Sulu dan Maguindanao pula memperkukuh usaha para pendakwah Islam memasuki Luzon, utara Filipina pada abad ke-16.

Umat Islam di Asia Tenggara mengekalkan hubungannya dengan umat Islam di seluruh dunia menerusi gabungan dengan Ahlu As-Sunnah wa Al-Jamaah yang mewakili 85 peratus daripada jumlah ummah Islam di dunia Majoriti orang Islam Asia Tenggara adalah pengikut mazhab Shafie.

Pada permulaan abad ke-20, orang Islam di rantau ini, terutamanya di Indonesia dan Malaysia, telah melancarkan usaha membangunkan pendidikan Islam dengan mengeluarkan berjilid-jilid kesusasteraan Islam dalam bahasa tempatan serta penterjemahan buku-buku (klasik dan moden) dalam bahasa Arab ke dalam Bahasa Melayu. Pembinaan beberapa buah sekolah agama Islam di rantau ini mengamalkan sistem pendidikan tradisional dan moden yang memelihara ajaran asas Islam dan juga sains pelbagai disiplin membuktikan adanya kemajuan pendidikan di rantau ini.

Kenaikan jumlah jemaah haji dari Asia Tenggara setiap tahun pula adalah tanda yang memperkasa fahaman mereka tentang Islam dan hubungan mereka dengan ummah Islam lain di seluruh dunia. Bagaimanapun, orang Islam di rantau ini menghadapi cabaran yang sangat berbeza sejak zaman penjajahan sehingga sekarang. Keadaan orang Islam di Mindanao, Selatan Filipina, jauh berbeza dengan orang Islam di Asia Tenggara terutama dalam aspek sosio-politik, ekonomi dan keselamatan.



Perjuangan semasa rakyat Bangsamoro di rantau ini untuk mencapai pemerintahan sendiri dan penentuan masih berlangsung, setelah empat dekad sudah berlalu. MILF Berjaya mengekalkan perjuangannya yang berpanjangan kerana adanya empat program yang saling berkaitanL “ Islamisasi, Pertumbuhan ketenteraan. Pengukuhan organisasi dan berdikari, berasaskan ideology Islam. Ini menghasilkan termeterainya Rangka Perjanjian Untuk Bangsamoro di antara MILF dan Kerajaan Filipina pada 15 Oktober 2012 di Manila. Ini memberikan harapan baru kepada rakyat Bangsamoro untuk mencapai impian mereka yang berusia satu abad iaitu keamanan yang berpanjangan dan kekal di Tanahair Bangsamoro .

Bersambung di bahagian kedua >


No comments:

Post a Comment

Pandangan yang dilontarkan di dalam ruangan komen adalah milik pihak yang menghantar. Pena Minang / Pena Minang Return tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang dihantar.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2014 Pena Minang Inc