ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 22 March 2013

KALI KEDUA RAFIZI JAMBU KANTOI!!!! : JAMBU ANWAR GELABAH PERTAHAN 'ABANG'NYA DALAM SIDANG AKHBAR



Oleh : Beruang Biru / Central 

"Saya sudah melihat video itu, ianya spekulasi dan berniat jahat, dan tidak membuktikan seseorang itu bersalah. Ianya hanya satu andaian, beliau (Anwar Ibrahim) seorang yang mesra dan peramah dan semua orang boleh bercakap dengan beliau."

Ungkapan kata di atas dilafazkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dalam sidang akhbarnya di ibu pejabat PKR pada 22 Mac 2013 yang dipetik dari laman MalaysiaDigest. 

Secara tersuratnya kenyataan itu bermaksud mempertahankan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tapi sedar tak sedar, ia seperti mengesahkan bahawa individu yang gaya cakapnya seperti seorang jantan gersang dalam video berdurasi 1.20 minit yang disiarkan oleh blogger PapaGomo sememangnya Anwar.

Ini sekaligus menafikan dakwaan penyokong pembangkang kononnya video itu telah diedit audionya (dubbing). Dengan pengakuan Rafizi ini berkemungkinan selepas ini para penyokong Anwar terpaksa mengolah alasan lain bagi menafikan video tersebut.

Bagaimana pun tulisan ini tidak berhasrat untuk membincangkan mengenai video itu tetapi lebih kepada mahu menarik perhatian pembaca untuk menganalisis sendiri tingkah laku Rafizi Ramli ketika sidang media tersebut.

Entah apa yang ditakutkan sangat olehnya apabila lebih banyak berdolak-dalik daripada menjadi secara berterus terangan soalan yang ditanyakan oleh wartawan ketika dalam Sidang Akhbar di Ibu Pejabat PKR.

Soalan yang ditanyakan oleh wartawan AgendaDaily cukup mudah "kenapa Anwar berani saman PapaGomo dalam isu ini tetapi dalam isu cinadoll kenapa tidak saman PapaGomo Datuk Trio?."

Untuk menjawab soalan yang sebegitu mudah pun sampai menggelabah dibuatnya Rafizi, jauh melencong jawapannya sehingga bila diulangi lagi soalan tersebut Pengarah Strategik PKR itu bagaikan naik angin pula mengugut akan memanggil guard (pengawal keselamatan).

Tanya soalan yang tidak kena dengan jiwa raga pun terpaksa berhadapan dengan pengawal keselamatan, gelabah betul langsung tak sesuai dengan jawatan sebagai pengarah Strategik PKR. Entah apa yang mahu disoroknya tak tahulah sehingga pengawal keselamatan pun dilibatkan sama.

Sebelum ini di lokasi yang sama pada 4 Mac 2013 yang lalu, Anwar Ibrahim juga naik angin bagaikan kerbau jantan apabila memarahi wartawan yang bertanyakan soalan mengenai pencerobohan di Sabah sehingga ungkapan "U Ulang I Saman" menjadi viral dan popular di media maya.



Barangkali selepas ini ungkapan, "U Ulang I Panggil Pengawal Keselamatan" pula akan mengikut jejak langkah yang sama menjadi viral dan popular disebut ramai.

Sudah ketentuan Ilahi barangkali bila mana ramai pemimpin utama PKR terdiri dari kalangan individu yang gemar berdolak-dalik ketika bersoal jawab, divert sana sini. Cukup luar tabii dan unik sekali kaedah mereka berdepan dengan media. 

Itu tak masuk lagi kes kantoi Rafizi pasal isu HUMMER macam kat video yang bawah ni;



Agaknya inilah gambaran sebenar kebebasan bersuara yang bakal direalisasikan oleh PR sekiranya PRU 13 kelak mereka dapat membentuk Kerajaan.

Apa pun TAHNIAH kepada KUMPULAN WARTAWAN yang hadir kerana BERTANYA KEPADA RAFIZI. Dan kepada Rafizi, nak baca ayat Quran, baca kasi betul....

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(49:6)


No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute