ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 18 May 2013

PENGKHIANAT MELAYU SINGAPURA YANG BERNAMA OTHMAN WOK

Oleh : Darul Ehsan Today

Othman Wok dilahirkan pada 8 Oktober 1924 di Singapura adalah bekas Menteri Sosial dan ahli parlimen PAP yang mewakili Kawasan Pasir Panjang antara tahun 1963 dan 1977. Di awal kerjaya nya dia adalah seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu, kemudian dia menjadi timbalan editor akhbar berbahasa melayu, Utusan Melayu Singapura.

Dia menyertai PAP selepas beberapa sahaja penubuhannya pada tahun 1954 ketika itu beliau percaya pada hak samarata dan dasar multi-perkauman dan anti kepada raja-raja Melayu (macam ape yang PKR perjuangkan sekarang ini). Ketika itu dia banyak membantu melalui penulisan mengenai penubuhan negara multi-perkauman dan hak samarata dan dasar anti raja-raja Melayu di dalam akhbar Petir sebuah suratkhabar berbahasa melayu keluaran Parti PAP, lebih kurang sama macam harakah jugak la.

Selepas itu dia dipilih menjadi sebagai salah seorang ahli dewan editorial buletin Petir dan dalam masa yang sama juga seorang lagi pemimpin tertinggi PAP iaitu Ahmad Ibrahim menjemput dia untuk menjadi ketua cawangan PAP Geylang Serai/ Tampines pada tahun 1959.

Othman Wok adalah seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew dan dia lah orangnya yang kerap kali menentang perlaksanaan Hak-hak Keistimewaan orang melayu dan setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia mengatakan yang hak-hak keistemewaan orang melayu dan raja-raja melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku dan sebenarnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang melayu di Singapura.

Dia juga mendakwa rusuhan kaum yang terjadi pada Julai 1964 telah diplan oleh UMNO dan Tunku lah dalangnya. Dia amat gembira tentang berita tentang pemisahan Singapura daripada Malaysia dan ada juga yang mengatakan yang dia ni lah yang menulis skrip temuramah BBC dengan Kuan Yew sewaktu malam berpisahnya Singapura dari Malaysia, yang mana ketika itu Kuan Yew menangis tersedu-sedu kononnya terlalu sedih dengan terkeluarnya Singapura dari Malaysia. Padahal itu semua skrip yang dikarang oleh Othman Wok hanya semata-mata untuk orang Melayu berasa simpati dengan Kuan Yew dan membenci Tunku.

Sehingga sekarang ini dia masih dianggap sebagai pengkhianat Melayu oleh kebanyakan orang Melayu Singapura, kerana hasutan dia lah, Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura) salah satu sayap UMNO di Singapura. Dia bersama-sama dengan berberapa pemimpin sayap Melayu dalam PAP antaranya Ishak Rahim, Rahmat Kenap, Ariff Suradi, Buang Omar Junid, Mahmud Awang dan Yaacob Mohamed turun ke kampung-kampung Melayu menghasut orang Melayu supaya membenci UMNO dan Tunku.

Pada tahun 1959, dia bertanding menjadi calon untuk PAP di kawasan Majlis Bandaran bagi kawasan Kampung Kembangan berlawan dengan calon UMNO, dia tewas dalam pertandingan itu. Akibat terlalu bengang dengan kekalahan itu dia menuduh UMNO yang mengugut pengundi di situ supaya tidak mengundi dia, apabila penduduk kampung mengetahui tentang cerita itu maka seluruh penduduk di situ berkumpul di hadapan pejabat dia di Tampines dan menghalau dia keluar dari pejabat dia dan memaki hamun dia sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Dan dia sekali lagi bertanding di Parlimen Pasir Panjang dan kali ini dia menang atas bantuan dan sokongan dana dari Kuan Yew.
Selepas Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963, dia telah dilantik oleh Kuan Yew sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial, satu jawatan menteri yang tidak mempunyi apa-apa fungsi kerana Kuan Yew telah melantik seorang Cina untuk menjaga hal ehwal sosial dan Cina ini di letakkan di bawah jabatan perdana menteri.

Selepas 14 tahun dia menjadi menteri goyang kaki maka pada 1978 dia pun tidak lagi menjadi menteri kabinet Kuan Yew. Sekarang ini dia menjadi salah seorang penulis cerita seram yang paling top di Singapura. Sesungguhnya manusia yang bernama Othman Wok ni adalah seorang pengkhianat bangsa Melayu yang terhebat dalam sejarah Melayu moden.
Cara jalan cerita Othman Wok ini seakan sama dengan jalan cerita yang berlaku sekarang ini di negara kita. Tak kan kita orang Melayu di sini ingin jadi seperti orang Melayu di Singapura, ibarat melukut di tepi gantang, merempat di bumi sendiri. 

Jangan sampai petualang Melayu seperti Othman Wok ni ada dan hidup membiak di dalam negara kita. Terima Kasih Othman Wok kerana 'memperjuangkan' nasib bangsa sendiri.

Mirip siapakah watak Othman Wok di Malaysia? 

Fikir2kan...

3 comments:

  1. Kalau dia sudah mati, mana kubornya? Aku nak kencingkan atas kubor Othman Wok, pengecut pengkhianat.

    ReplyDelete
  2. jangan jadi bangsa melayu yang bodoh, buta hati, buta agama. jadi lah melayu yang tahu agama & bukan nya agama pada nama shj, cerdik pandai, berwawasan & beriman. xde beza nya melayu ni dgn bangsa lain. bakal generasi melayu yg tinggal sgt ramai anak haram, pelacur sekolah, sumbang mahram, perogol, perompak, pembunuh, penghisap dadah, penipu. kejayaan/kemajuan sesuatu bangsa itu ditentukan oleh bakal generasi berikutnya.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute