ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 4 May 2013

PRU 13 : ANGAN-ANGAN MAT JENIN ANWAR IBRAHIM

Oleh : Beruang Biru

"Mereka umum (kemenangan) lewat 2 pagi, jadi tidak boleh angkat sumpah sebab Yang di-Pertuan Agong sudah tidur, kena buat esoknya. Lepas (angkat sumpah) itu, TV3 dan RTM datang, beratur nak temu ramah. Saya kata pergi belakang dulu, kasi ajar sikit."

Kenyataan di atas bukannya rekaan sesiapa tetapi itulah imaginasi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang diluahkan sendiri dalam satu kempen politiknya di hadapan kira-kira 1,500 orang penyokong PR di Parit, Perak sehari dua lepas.

Imaginasinya itu menggambarkan dirinya adalah Perdana Menteri selepas PRU-13 meski pun realitinya kempen pilihan raya baru sahaja masuk hari kedua. Pakatan pembangkang sedang tunggang terbalik bercakaran sesama sendiri, dia sempat lagi berfantasi.

Begitu tinggi sekali angan-angan Anwar, melayang-layang mencecah awan tapi itulah hakikatnya yang menggambarkan betapa kemaruk sekali suami kepada Presiden PKR itu mahu menggapai impian untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tatkala BN sibuk menabur bakti menggandakan kerja buat bermanfaat untuk rakyat dan negara, Anwar pula tak habis-habis dengan angan-angannya sambil menabur janji dicapati dari manifesto bukan janji. 

Lain tak ada kerana kerusi empuk PM itu juga yang dia nak kejar dan asyik terbayang dalam kepalanya. Dia punya kemaruk mengalahkan Mat Jenin punya angan-angan, sampaikan terbawa-bawa ke alam fantasi. 

Tapi tak kisahlah, sama ada Anwar nak jadi Mat Jenin dan berfantasi siang dan malam, namun Ketua Umum PKR yang kemaruk nak menjadi PM itu perlu sedar, medan pilihan raya bukannya pentas untuk mencapai kepentingan peribadi.

Umum tahu Anwar sebenarnya terdesak untuk mencapai angan-angan Mat Jeninnya, dah tak terdaya untuk menanggung kekecewaan berulang kali termasuklah kegagalan paling mengaibkan dalam projek lompat 16 September 2008 yang sampai sekarang masih menjadi gelak tawa orang ramai.

Lagi pun Anwar tahu senario semasa sudah tidak memihak padanya, malah PAS yang dulunya kuat menyokongnya sekarang pun semakin was-was dan meragui kelayakan Anwar untuk menjadi PM. Mahu tak mahu, terpaksalah Anwar mencanangkan imaginasinya untuk menghiburkan hati.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute