TSUNAMI CINA DALAM PRU 13

KENYATAAN MEDIA BERSAMA PENA MINANG MENGENAI KEMENANGAN DAP DALAM PRU 13 - 6 MEI 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Keputusan Pilihanraya Umum ke-13 telah diketahui oleh kita semua, yang mana ALLAH telah mentakdirkan MALAYSIA masih lagi dipegang oleh BARISAN NASIONAL. YANG KHAWARIJ masih selayaknya bergelar KHAWARIJ. 

PRU 13 ini juga menjelaskan polarisasi kaum di Malaysia semakin menebal selain menunjukkan wujudnya politik 'KUDA MENGKUDA' yang sedang berlaku terutama sekali di pihak yang bergelar PAKATAN.

Ternyata teori 'PIL KUDA' yang diperkenalkan oleh HADI AWANG tepat pada sasaran apabila menyaksikan negeri PAS kedua selepas KELANTAN iaitu KEDAH TUMBANG KEPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA. Ini satu bukti bahawa PAS sebenarnya TIDAK KUAT dan TIDAK DOMINAN dalam arus politik ISLAM dan MELAYU. PAS ternyata sebagai parti 'cukup rasa' dikalangan Pakatan.

Kegagalan PAS dan PENINGKATAN KERUSI DAP menunjukkan SIAPA yang MENJADI TUNGGANGAN SIAPA.


Maka dengan itu, kami rasa sudah tiba masanya kita, ORANG ISLAM DI MALAYSIA bersatu kembali atas dasar AQIDAH. 

Kami juga menyeru umat ISLAM memberhentikan segala persengketaan dan perselisihan. Ayuhlah kita fokus kepada pembanggunan AGAMA, BANGSA dan NEGARA kita yang tercinta. 

Dan kepada Ketua Pemuda PAS merangkap YB yang baru Nasrudin Hassan At Tantawi, kami berharap anda juga bolehlah mengumumkan jumlah kutipan WANG TABUNG LAHAD DATU yang dijalankan oleh DEWAN PEMUDA PAS.

Post a Comment

0 Comments