ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 17 July 2013

[DOWNLOAD EBOOK PERCUMA] SYARAH RIYADHUS SOLIHIN JILID 4

Dipetik dari : Solusi Islam & Galeri Niaga

[MAKLUMAN : JILID 4 TIDAK LENGKAP]

Imam An-Nawawi Rahimahullah telah mengarang sebuah kitab sangat yang sangat bagus dan bermanfaat, dan tinggi nilai ilmiahnya yang diberi judul Riyadhus Solihin. Di dalam kitab ini, terkumpul hadis-hadis yang sahih berkenaan dengan adab, baik yang berhubungan dengan manusia dan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Beliau telah menyusun kitab tersebut dengan sangat sistematik. Banyak ulama telah mensyarah RiyadhusSolihin. Sesungguhnya kitab ini telah memberikan manfaat kepada jutaan manusia selama ratusan tahun. 

Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, "Barangsiapa yang mengajak pada petunjuk,maka ia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi sedikit pun pahal mereka." (Hadis riwayat Muslim)

Kelebihan Kitab Syarah Riyadhus Solihin

Buku ini merupakan salah satu dari sekian banyak syarah kitab Riyadhus Solihin. Ada beberapa kelebihan yang terdapat dalam kitab Syarah Riyadhus Solihin karya Syaikh Muhammad Al-Utsaimin Rahimahullah. Antara lain ialah bahasanya yang mudah difahami, sistematik, fokus, dan contoh-contoh yang beliau berikan sangat mudah untuk diamalkan. InsyaAllah, kita tidak meragukan keilmuan penulis dan pensyarah kitab ini.

Kitab "Syarah Riyadhus Solihin" merupakan terjemahan dari kitab asalnya yang berjudul: Bahjatun Naazhiriin fi syarhi Riyadhus Solihin yang ditulis oleh Syaikh Salim bin 'led al-Hilali.

Risalah ini merupakan salah satu usaha menyebar-luaskan sebuah karya besar dibidang hadis Nabawi yang sangat terkenal di kalangan kaum Muslimin, yang banyak tersebar di mana-mana dan banyak dikutip kandungan ilmunya, iaitu kitab berjudul: Riyaadhush Shaalihiin min Kalaami Sayyidil Mursaliin, karya Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) atau lebih dikenali dengan nama singkat "Imam an-Nawawi".

Penulis sengaja mensyarah (memberi penjelasan) kitab ini disebabkan besarnya manfaat yang terdapat di dalamnya bagi umat Islam, khususnya bagi mereka yang istiqamah berusaha mencapai kesempuraan 'ubudiyyah (penghambaan diri kepada Allah Ta'ala). Buku ini memuatkan hadis-hadis berkaitan manhaj, aqidah, adab-adab, akhlak, fadhilat-fadhilat waktu dan amal perbuatan, etika secara lahir dan batin, mencakupi hukum-hukum halal dan haram, penyampaian khabar gembira dan ancaman, serta adab para saalikin, iaitu orang-orang yang sentiasa menuju (mengharap) keredhaan Rabb-nya. Penjelasan yang dibawakan oleh penulis begitu mudah untuk difahami kerana beliau membentangkannya dalam bentuk point demi point dan kesimpulan.

Ciri istimewa bagi set Syarah Syaikh Salim 'Ied al-Hilali ini adalah penjelasan dan huraian hadis-hadisnya disampaikan dalam bentuk point demi point sehingga amat membantu kita ketika membaca dan memahaminya.

Untuk membeli kita ini secara fizikal, sila layari :

http://atsar.ilmusunnah.com/

atau 

http://www.ilmu-islam.com/

atau

http://bushraniaga.com/

1 comment:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute