ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 23 July 2013

FATWA PENGHARAMAN SYIAH DI 2 NEGERI BORNEO MALAYSIA

Oleh : UKT

1. SARAWAK

Ke Arah Membendung Pengaruh Syiah Di Sarawak

Tarikh Keputusan : 23 November 1996

Huraian Tajuk/Isu: 

Berdasarkan fakta-fakta yang telah dikemuka dan diperbincangkan dengan meluas dan mendalam mengenai kertas ini maka Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak telah mengambil keputusan dengan sebulat suara bahawa :-

Keputusan: 

1. Semua Mazhab Syiah dari golongan apapun tidak boleh diterima untuk diamalkan oleh orang Islam di Sarawak

2. Menetapkan bahawa umat Islam di Sarawak hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak

3. Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak

4. Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang Negeri yang berhubung dengan Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif 'Hukum Syarak' atau 'Undang-Undang Islam' seperti berikut :

'Hukum Syarak' atau 'Undang-Undang Islam' ertinya Undang-Undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak.

5. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-Undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah adalah diharamkan

6. Menetapkan bahawa semua umat Islam di negeri ini adalah tertakluk kepada Undang-Undang Islam dan Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah

7. Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan

8. Meletakkan perkataan Islam yang berlandaskan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan)

9. Menubuh sebuah jawatankuasa untuk mengawal ajaran bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah

10. Memperhebatkan dakwah dan penerangan berasaskan pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

11. Menerbit risalah penerangan mengenai ajaran Syiah

Status Penwartaan:  Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan:  KAJFS/1/2/96


==========================================================

2. SABAH

Mengenai Syiah **

Tarikh Keputusan:  26 Julai 1996

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa (Fatwa) Perundingan Hukum Syarak Negeri Sabah Bil. 2/96 yang bersidang pada 26 Julai 1996 telah membuat ketetapan dan menerima pakai keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia bertarikh 5 Mei 1996  seperti berikut:

1. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

2. Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak.

3. Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang Negeri yang berhubungan dengan hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif "Hukum Syarak" atau "Undang-Undang Islam seperti berikut:-"Hukum Syarak" atau "Undang-Undang Islam" ertinya undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak.

4. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-Undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.

5. Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubungan dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.

Status Penwartaan : Tidak Diwartakan

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute