KENYATAAN MEDIA MENTERI DALAM NEGERI - PERGERAKAN SYIAH DI MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA
Y.B. DATO’ SRI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI
MENTERI DALAM NEGERI
25 JULAI 2013
  
PERGERAKAN SYIAH DI MALAYSIA

1. Kementerian Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1), AktaPertubuhan 1966 pada 24 Julai 2013 melalui Pewartaan P.U. (A) 238/2013. 

2. PertubuhanSyiah Malaysia merupakan sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar yang telah menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan majoriti umat Islam di Malaysia yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ini mencetuskan suasana keresahan dan kebimbangan di kalangan umat Islam di negara ini.

3. Peruntukan di bawah Seksyen 5 [Akta 335], Akta Pertubuhan 1966 adalah berkaitan dengan Kuasa Menteri di dalam mengisytiharkan sesebuah pertubuhan sebagai menyalahi undang- undang.

“Maka adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri, menurut budi bicaranya yang mutlak dengan jalan perintah, mengisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang mana-mana pertubuhan,cawangan atau peringkat atau jenis pertubuhan yang pada pendapatnya adalah atau sedang digunakan bagi maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana tempat di dalamnya, ketenteraman awam atau akhlak.”

Dari segi implikasi pengharaman Pertubuhan Syiah Malaysia di bawah Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966:

a) Tiada seorang pun boleh menggunakan semula nama Pertubuhan Syiah Malaysia untuk didaftarkan sebagai pertubuhan berdasarkan kepada peruntukan seksyen 7(3)(b) Akta Pertubuhan 1966.

b) Segala akaun, aset dan harta Pertubuhan Syiah Malaysia akan diserah dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

c) Tiada seseorang pun boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menghasut, mendorong, mendapatkan yuran atau bantuan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil Pertubuhan Syiah Malaysia. Mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti Pertubuhan Syiah Malaysia akan disiasat dan didakwa di Mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Pertubuhan 1966. Sebagai contoh, seksyen 6(2) dan 6(3)[1],seksyen 42[2]dan seksyen 48[3]Akta Pertubuhan 1966 serta seksyen 142 Kanun Keseksaan[4].

5. Kerjasamaantara agensi-agensi agama dan kementerian-kementerian yang berkaitan amatlah diharapkan dalam menangani dan menyekat fahaman selain Al Sunnah Wal Jamaah dari tersebardi kalangan masyarakat.

6. KDN dan juga agensi-agensi di bawahnya seperti Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia akan meningkatkan pemantauan terhadap kegiatan ini yang bercanggah dengan undang-undang.

7. Saya menyeru kepada semua pihak terutamanya rakyat Malaysia yang beragama Islam agar tidak melibatkan diri dengan sebarang kegiatan ini.

Bahagian Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
25 Julai 2013


Post a Comment

1 Comments

  1. I am in fact happy to reаd this wеbsite posts wҺich includes tons of valuable
    information, thanks for providing these kindѕ օf statistіcs.


    Loߋk at my weblog; télécharger kmplayer

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.