ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 24 July 2013

KUALA BESUT MADE IN KELANTAN?

Oleh : Beruang Biru

Ada satu perkara yang cukup menarik di PRK DUN Kuala Besut yang sedikit suam-suam kuku kehangatannya tika ini di mana sepertinya wujud satu kepercayaan dikalangan segelintir politikus akal sejengkal yang menganggap Kuala Besut dan Daerah Besut adalah sebahagian dari Kelantan.

Bertitik tolak dari kepercayaan itulah gamaknya membawa kepada idea dikalangan beberapa pimpinan PAS Kelantan untuk melobi seterusnya mengangkat Naib Presidennya iaitu Husam Musa sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS bagi PRK DUN Kuala Besut.

Mungkin isu perlantikan Husam sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS di Kuala Besut boleh dianggap isu enteng tapi umum tahu akibat perlantikannya itu telah meninggalkan kesan besar menyebabkan jentera PAS Terengganu menjadi kaku dan pegun seolah-olah telah ditawan oleh PAS Kelantan.

Dari A sampai Z segala-galanya diuruskan oleh PAS Kelantan semacam PAS Terengganu pula yang jadi tetamunya dan PAS Kelantan adalah tuan rumah yang berdaulat dalam menentukan gerak kerja pilihan raya. Bukankah ini satu bentuk penghinaan kepada PAS Terengganu?

Patutlah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut sampaikan rasa terpinggir sendirian dan akhirnya merajuk jauh membawa diri konon mahu menunaikan umrah tatkala perang sedang melanda dan askar-askarnya kebingungan tanpa Panglima Perang.

Husam juga selaku pengemudi PAS dalam PRK ini seperti sengaja membuatkan pentas PRK DUN Kuala Besut sebagai bahan eksperimen untuk melonjakkan imej sendiri di masa yang sama diarahkan pula jenteranya mengedarkan poster Menteri Besar Kelantan, Mat Yakob buat cenderahati pada pengundi Kuala Besut.

Poster tersebut tidak hanya disebarkan di sekitar Bazar Ramadhan, ia juga diberikan percuma kepada jemaah yang berada di surau dan masjid malah di mana adanya ceramah PAS sempena PRK DUN Kuala Besut ini pun poster yang sama dihulurkan kepada pengunjung.

Apa kaitan poster itu dengan PRK DUN Kuala Besut dan apa signifikannya dengan penduduk di Kuala Besut, pasti masing-masing hanya mampu menggeleng kepala. Apa nilai poster MB Kelantan itu pun langsung tak tercapai dek akal mereka.

Kot iya pun PAS mungkin beralasan poster tersebut untuk dibahagi-bahagikan kepada penyokong PAS Kelantan yang dibawa masuk beramai-ramai bagi memperlihatkan aktivitinya tetap hidup, ia masih tidak kena tempat dan masanya.

Jika diedarkan poster Hadi Awang ada musababnya yang kukuh kerana Hadi adalah Presiden PAS, hatta kalau dihulurkan poster Nik Aziz pun masih boleh diterima dek akal kerana orang tua mulut berus itu masih lagi Mursyidul Am PAS Pusat.

Di kalangan pemimpin PAS tempatan bukan tidak ada yang merungut membantah pengedaran poster MB Kelantan yang tiada hubung kait langsung dengan penduduk Kuala Besut, tapi disebabkan Husam adalah Pengarahnya masing-masing cuba memendam rasa menanti masa untuk diletuskan.

Pada mereka, poster tersebut adalah satu strategik membunuh diri sebenarnya yang menyebabkan pengundi di Kuala Besut kian jauh dari jangkauan PAS. Ia melambangkan percubaan PAS Kelantan untuk menjajah daerah yang sepatutnya dikendalikan oleh PAS Terengganu.

Realiti dulu dan kini, Daerah Besut adalah sebahagian dari Terengganu, meskipun ada sebahagian penduduknya bercakap loghat Kelantan bukan bermakna ia sebahagian dari jajahan Kelantan dan MBnya juga bukanlah Mat Yakob.

Iu hakikat yang Husam dan pemimpin PAS Kelantan gagal memahaminya. 24 Julai 2013 ini, jika PAS kekal kalah atau tewas lebih teruk, tidak susah untuk PAS Terengganu menuding jari pada siapa yang empunya sebabnya.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute