ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 23 July 2013

PKR CUBA SABOTAJ PAS DALAM PRK KUALA BESUT

Oleh : Beruang Biru

Ekoran telah terlalu lama menahan sabar dan memendam rasa, calon PKR, bagi kerusi DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, 27 ketika pilihanraya umum yang lalu, tampil membuat kenyataan bagi menyelar Presiden Pas, Haji Abdul Hadi Awang. Ia ekoran dari kenyataan bekas menteri besar Terengganu itu ketika berceramah di Tebakang Alor Limbat, Marang yang mengatakan “ada calon PKR tukang edar pil kuda dan sokong komunis’.

Semasa kempen PRU-13 yang lalu, Presiden Pas itu ketika berucap dalam satu majlis ceramah mengatakan dia mendapat maklumat ada calon yang membuat kerja 'haram' iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di Rusia iaitu Karl Marx, Vladimir Lenin dan Joseph Stalin di markas parti mereka.

Dia turut menegaskan Pas tidak boleh menerima calon sebegitu dan tindakan itu diambil agar 'syaitan-syaitan' tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang. Ia bagi menjelaskan isu kenapa Pas terpaksa bertanding di kawasan tertentu sehingga menyebabkan pertindihan sesama sendiri.

Menurut Shamsul disebabkan kenyataan itu juga, dia sering diejek dan diaibkan oleh masyarakat di kampungnya. Malah nama baiknya dan keluarga turut terjejas, mengalami masalah kemurungan di samping menjejaskan perniagaannya. Beliau yang tidak dapat menahan sebak, terpaksa berhenti beberapa kali ketika membacakan kenyataannya.

“Disebabkan kenyataan tersebut, ia telah menjatuhkan maruah saya, malah masyarakat (di kampung) mengangap saya adalah pengedar pil kuda. Tuduhan tersebut sangat berat…. (terpaksa berhenti seketika kerana sebak) dan serius.

“Saya perlu membersihkan nama nama baik saya dari angkara fitnah ini. Justeru itu, saya akan failkan kes fitnah ini ke mahkamah dalam waktu terdekat dan tindakan saman malu saya ini wajar diambil kerana ia adalah fitnah dan menjurus kepada usaha merendahkan reputasi saya sebagai seorang pemimpin politik” katanya ketika sidang media tergempar.

Shamsul yang ditemani oleh bapanya  dan Ketua Pengarah Pilihanraya PKR, Negeri Terengganu, Yahya Zakaria turut menjelaskannya tindakan itu langsung tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan ia semata-mata dilakukan bertujuan untuk membersihkan nama baik keluarganya.

Menurut Shamsul yang juga merupakan seorang Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) selain beliau dua lagi bekas calon dari PKR Terengganu akan turut mengambil tindakan yang sama dalam masa yang terdekat.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute