[SIRI PERANGI SYIAH] BERAPA BANYAK FIRQAH (KELOMPOK) DALAM SYIAH?

Oleh : Keris Research Institute for Syiah Ideology (KERiS)

Di dalam buku Daairatul Ma'arif bahawasanya : golongan yang muncul dari cabang-cabang syiah jauh melebihi dari angka tujuh puluh tiga (73) golongan [1].

Bahkan dikatakan oleh seorang rafidhah, yang bernama Mir Baqir Ad Damaad[2], sesungguhnya seluruh firqah-firqah yang tersebut dalam hadis, iaitu hadis berpecahnya umat ini menjadi tujuh puluh tiga golongan, maksudnya adalah firqah-firqah syiah. Dan sesungguhnya golongan yang selamat itu adalah dari mereka yang dalam golongan Imamiyah.

Al Maqrizi menyebutkan bahawa jumlah firqah-firqah mereka itu sampai 300 (tiga ratus) firqah[3].

As Syahrastaani berkata : “Sesungguhnya Rafidhah terbahagi menjadi lima bahagian : Al Kisaaniyah, Az Zaidiyah, Al Imamiyah, Al Ghaliyah dan Al Ismailiyah [4].” 

Al Baghdadi berkata : “Sesungguhnya Rafidhah setelah masa Ali ada empat golongan : Zaidiyah, Imamiyah, Ghulaah dan Kisaaniyah.[5]”

Perlu diperhatikan bahawa sesungguhnya Az Zaidiyah tidak termasuk dari firqah-forqah Rafidhah, kecuali kelompok Al Jarudiyah.

--------------------------------------------------------------------------------

[1] Daairatul Ma'arif, (4/67).

[2] Dia adalah Muhammad Baqir bin Muhammad Al Asadi, termasuk tokoh besar syi'ah

[3] Dia adalah Al Maqrizi du Al Khuthath, ((2/351).

[4] Al Milal wan Nihal, oleh As Syahrastani, hal :147

[5] Al Farqu Bainal Firaq, oleh Al Baghdadi, hal : 41

Post a Comment

1 Comments

  1. "Maka berpecah belah urusan agama mrk kpd beberapa kumpulan, setiap kumpulan merasa bangga dgn apa yg ada pd mrk." Al Mukminun 53.
    "Sesungguhnya org org yg memecah belahkan agama mrk dan menjadi bergolongan golongan, tidaklah engkau berkaitan sedikitpun dgn mrk, sesungguhnya urusan mrk terserah kpd Allah, kemudian Allah akan memberitakan kpd mrk apa yg telah mrk lakukan." Al An'am 159.
    Demikian bnyk firqah firqah yg mengaku Islam hari ini, bukan sahaja Syiah, bahkan bnyk lg golongan golongan lain, bnyknya tidak pun terkait dgn Baginda Rasullullah saw sedikit pun, hanya semata mata merasa hebat sendiri, merasa benar sendiri, sdg sifat dan ciri cirinya jauh dr sifat dan ciri ciri Mukmin sejati atau lebih tepatnya golongan Al Muttaqin spt yg digambar dlm ayat ayat 57-61 surah Al Mukminun.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.