SYIAH TAK ADA DALAM PAS??? MUNGKIN KETUA PENERANGAN PAS TERLALU BODOH UNTUK MENGENAL PASTI ELEMEN 'TAQIYYAH' KOT...

Oleh : Jebat

Membaca kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim bin Tuan Man membuatkan kami sendiri tertanya-tanya, apakah Ketua Perangan PAS Pusat ini terlalu bodoh dalam mengenal pasti 'taqiyyah' Syiah? Nak katakan beliau tak ada pendidikan agama, amatlah mustahil dalam sebuah parti yang gemar merekayasakan kumpulan mereka dengan 'branding' kepimpinan ULAMA'.

Ternyata kenyataan ini adalah siri kedua dari episod kenyataan bodoh yang keluar dari mulut kepimpinan PAS Pusat. Pada 29 Julai 2013 yang lalu, Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar mengeluarkan kenyataan bodoh dengan mempersoalkan semula soalan yang dikemukakan oleh wartawan kepadanya.

"Syiah itu benda apa? Kuih berbuka puasa? Saya pun tak tahu apa Syiah. Ingat kuih buka puasa. Kawasan saya buat bubur lambuk sahaja,'' katanya

Ternyata kepimpinan PAS mempunyai sikap EGO untuk mengaku kesilapan ataupun mengaku kesalahan. Bagi mereka PAS terlalu ma'sum dan tidak akan pernah melakukan kesilapan atau kesalahan dalam semua perkara. Mungkin Ketua Penerangan PAS tidak tahu, bahawa merasa diri ma'sum dari melakukan kesilapan juga antara aqidah yang dipercayai oleh pengikut agama Syiah.

Kepada Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, janganlah mereka-reka ayat kononnya wujud "Sistem Pemantauan Dalaman" dalam PAS. Usahlah berfatamorgana dengan ayat-ayat 'ekstravaganza' yang nak 'cover' kewujudan Syiah di dalam PAS. Seluruh Malaysia dah tau, sememangnya wujud Syiah dalam PAS, malah perkara ini diakui oleh anak lelaki Nik Aziz sendiri, Nik Abduh. 

Oleh kerana itu, kami menyeru kepada Tuan Ibrahim bin Tuan Man agar tidak mengeluarkan kenyataan 'nak cover' untuk menafikan kewujudan Syiah dalam PAS. Ketahuilah, bahawasanya sejak dari naiknya Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS, sejak dari hari itulah terpatrinya 'kepimpinan' SYIAH dalam PAS.

Bukti-Bukti Syiah Dalam PAS







Post a Comment

3 Comments

  1. Awak kata dia bodoh tetapi awak lagi teruk kerana ini bulan Ramadan. Dia kata tiada Ketua PAS bukan keseluruhan. Dalam UMNO pun kemumngkinan ada penganut syiah jika tiada namum yang ada banyak Munafik kot.

    ReplyDelete
  2. Awak kata dia bodoh, awak lagi teruk kerana ini bulan Ramadan. Dalam UMNO kemungkinan ada puak syiah juga, jika tiada ada ramai Munafik kot?

    ReplyDelete
  3. Fuck la admin tak ikhlas pun serang Syi'ah. Cuma mahu memburukan pas. Kenapa tak ulas lawatan muhyiddin ke Iran baru-baru ini?

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.