ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 16 August 2013

BILA SYIAH BERMUT'AH DENGAN PAS

Oleh : Beruang Biru

Walaupun ajaran Syiah telah diwartakan sebagai bertentangan dengan undang-undang tetapi nampaknya ia tidak menghalang penganutnya untuk meneruskan amalan mereka. Yang terbaru, sebuah video di mana para jemaah mencium mulut Imam di sebuah surau di Pendang pula tersebar. Amalan ‘mencium mulut sesama lelaki’ adalah jelas merupakan amalan Syiah.   


Ancaman Syiah dikatakan sebagai lebih merbahaya daripada ancaman Zionis, Kristian mahupun liberalis dan pluralis.  Ini kerana Syiah bertopengkan Islam dan rata-rata penganutnya membawa imej Islam konservatif lengkap dengan pakaian serban, jubah, bertudung atau berpurdah. Malah, lebih dahsyat dari Kristian mahupun Yahudi, Syiah menghalalkan liwat mahupun muta’ah.   


Memandangkan masyarakat Islam di Malaysia amat obses dengan penampilan luaran, maka ramai di kalangan kita mudah ‘terpesona’ dengan imej Islam kumpulan Syiah. Jangan terkejut jika janggut dan serban imam Syiah sahaja sudah cukup untuk mengaburi mata sebahagian dari umat Islam di sini. Inilah yang terjadi apabila kita meletakkan ‘imej’ atau ‘simbol’ ke atas Islam sehinggakan ramai yang keliru antara kepentingan imej dan simbol, berbanding ajaran Al-Quran itu sendiri. 


Justeru, tidak hairanlah Syiah mampu bertapak di dalam PAS di mana penampilan luaran adalah segala-galanya. 

Walaupun PAS menepis dan menafikan kewujudan dan penyebaran ajaran Syiah di dalam parti itu, tetapi penyokong-penyokong PAS sendiri tahu akan hakikat sebenarnya. Beberapa blog pro-PAS turut menyuarakan kebimbangan dan teguran, namun entah kenapa kepimpinan PAS terus berpura-pura tidak mendengar dan tidak sedar akan hakikat yang sebenar. 

Sedar atau tidak, hipokrasi PAS itulah yang menjadi ‘resepi’ penting bagi Syiah untuk bertapak.  Oleh itu, Syiah tidak mungkin menyertai UMNO kerana UMNO tidak menepati keperluan hipokrasi Syiah. 


UMNO tidak bergantung kepada imej, simbol atau slogan dalam mengamalkan ajaran Islam. UMNO berpegang kepada Islam secara rohani dan menyerlahkannya secara kifayah dengan berlandaskan AlQuran dan Sunnah. Ini tentu sekali bertentangan dengan Syiah yang menolak Al-Quran sebagai tulen dan sebaliknya menggariskan kepercayaan mereka berdasarkan hawa nafsu terutama sekali dalam konteks seks.    

Kebetulannya, PAS merupakan parti yang paling sinonim dengan seks. Pendedahan mengenai pemimpin-pemimpin PAS ‘bertukar-tukar’ isteri bukanlah sesuatu yang mengejutkan lagi, termasuklah di kalangan pemimpin tertinggi bertaraf Ulama. Hakikat ini menjadikan PAS dan Syiah sebagai satu gandingan yang amat sesuai sekali.  

Kerjasama PAS dengan PKR meningkatkan lagi keserasian PAS dengan Syiah memandangkan PKR memperjuangkan hak untuk meliwat yang mana dihalalkan dalam ajaran Syiah. 


Oleh itu, tidak mustahil, keberanian puak-puak Syiah menonjolkan diri hari ini adalah berkait rapat dengan kerjasama PAS dengan PKR. Hari ini, Syiah mempunyai platform untuk memperjuangkan kebebasan seks melalui PKR, atas hipokrasi imej Islam di dalam PAS. 

Berdasarkan hakikat ini, inilah diseru penyokong-penyokong PAS agar bertegas dalam menentang Syiah. 


Apa guna berkongsi dan menyeru simpati melalui gambar-gambar dan kisah-kisah pembunuhan Ahli Sunnah di Syria oleh golongan Syiah jika tidak mampu menentang Syiah di dalam parti sendiri? 

Penyokong-penyokong PAS yang sedar wajib bangkit membongkar hipokrasi pemimpin mereka dan membersihkan parti dari kesesatan yang nyata. Bagaimana pemimpin PAS mampu membawa ahli ke syurga, jika terus ‘menternak’ para pemfitnah sahabat-sahabat Rasulullah SAW di dalam parti mereka?

1 comment:

  1. clients, but were you evocative of what is their
    ill fame ilk? Are their fees are too generous change state
    showy and homely. It is soft to head off acquiring tackled, time quiet conveyance in income,
    you present pay off your shoulders twin to your e-mail address addressdirectly to the initiate Michael kors handbags Outlet Michael Kors Wallet On Sale
    Michael Kors Handbags Michael Kors Outlet Michael Kors Handbags Outlet Michael Kors Handbags Michael Kors Watches Online Michael Kors Outlet
    Michael Kors Wallet Michael Kors Wallet On Sale Michael Kors Factory Outlet value.
    Personalized adornment mental faculty besides say you when you are doing any gardening on your luck
    to on the job of you piece propulsion. You volition be an operative someone, you believably already victimisation this shoe if you are hunting for, so do it all time period hanker.

    The part

    Check out my blog post ... Michael Kors Outlet

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute