ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 21 August 2013

JANGAN CABAR KAMI - KETUA POLIS PULAU PINANG

Oleh : AJ 

PULAU PINANG, 21 OGOS 2013 : Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi memberi amaran kepada kumpulan kongsi gelap 04 supaya tidak sesekali menimbulkan kekacauan dan mencabar pihak berkuasa.

"Jangan cuba mencabar kami." tegasnya.

Beliau berkata sedemikian sejurus tindakan beberapa kumpulan kongsi gelap yang menaman diri mereka dengan "04" yang cuba melakukan provokasi dengan melakukan perarakan dan vendalisme di beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang.



Untuk rekod, Ops Cantas dilancarkan pada 18 Ogos 2013 telah menahan lebih 200 penjenayah sehari selepas dilancarkan selain 683 orang ditahan pada 20 Ogos 2013 di Selangor. Ops Cantas Khas dilakukan oleh pihak PDRM sejurus diberikan kebenaran oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bagi mengekang jenayah berat yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. 


3 comments:

  1. Zaman Tun M ngapa engak ada org berani cabar polis....benarkah memiliki senjata tampa lesen... Hukum gantung....

    ReplyDelete
  2. Mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 (1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

    Jika senjata itu digunakan untuk pemerasan, rompak, halang tugasan polis, menculik dan pecah rumah, mereka juga akan dikenakan hukuman yang sama (mati).

    Mereka yang menyimpan senjata tanpa lesen pula boleh dikenakan tindakan menurut Seksyan 8 akta yang sama iaitu penjara sehingga 14 tahun dan sebatan, jika disabitkan.

    ReplyDelete
  3. Syabas Dato..Pantang Anak MELAYU di cabar.BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA..MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute