KALAH DALAM PRU13, HISHAMUDDIN RAIS DAN KUMPULAN KERANYA MEROYAN PADA MALAM 31 OGOS



Oleh : Jebat

Hishamuddin Rais dengan gaya biasanya.... Membebel macam orang Gila. Memang susah nak melayan kerenah kelompok manusia macam ni. Semua orang salah. Dia sahaja yang betul. Tapi inilah antara segelintir 'warga Malaysia' yang tak berapa betul tetapi masih diangkat oleh segelintir manusia menjadi ikon mereka.

Siapa Hishamuddin Rais? Aku sebenarnya tidak begitu memperdulikan 'kewujudan'nya di muka bumi Malaysia ini. Namun tidaklah bermakna aku tidak mengetahui siapa dia ni. Berdasarkan pembacaan dan beberapa maklumat dari mereka yang pernah 'sezaman' dengannya, Hishamuddin Rais yang juga pemilik blog 'Tukar Tiub' ini merupakan antara individu yang paling kuat menentang kerajaan. Tak kira apa jua isu, semuanya nak ditentang. Malah hasil temubualku dengan seorang senior UiTM yang pernah menyertai demonstrasi pelajar ketika isu 'orang kampung mati kebuluran di Baling, Kedah', pada era 1960an di Dataran Merdeka menyatakan bahawa, Hishamuddin Rais (Pelajar Universiti Malaya) antara 'kepala utama' disamping Ibrahim Ali dan Anwar Ibrahim dalam demonstrasi berkenaan. Disebabkan demonstrasi ini jugalah menyebabkan ITM pada ketika itu ditutup beberapa bulan atas arahan kerajaan.

Namun tatkala rakan-rakannya 'semakin matang' dalam berpolitik, Hishmuddin Rais masih bersifat 'kebudak-budakkan', macam orang tak baligh. Dia lebih selesa dilihat sebagai 'kaki demonstrator' dari duduk semeja berbincang kaedah terbaik untuk memajukan negara. Dikepalanya hanya ada konsep menjatuhkan pemerintah yang sedia ada.

Perjalanan anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini jugak agak kelakar. Beliau sebenarnya tidaklah sekuat mana, ekoran tindakan beliau yang pernah 'cabut lari' dari ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia. Tidak memilih negara Islam seperti Arab Saudi mahupun Turki, Hishamuddin Rais sebaliknya memohon suaka politik dari Negara Kristian Belgium. Dinegara kafir yang terdedah dengan pelbagai fahaman dan ideologi kafir, maka tidaklah menjadi satu kehairanan bilamana bekas pelajar jurusan pengajian Sejarah UM ini amat 'senang' dan 'selesa' bermain dan beriman dengan ideologi sosialis.

Ketika disana juga beliau diberikan kesempatan oleh pihak berkuasa disana untuk mempelajari bahasa Perancis di Université catholique de Louvain, Belgium pada tahun 1984. Beliau kemudian belajar seni di Kolej Brixton, London dan lulus dalam bidang filem dan video dari Universiti Westminster, London pada tahun 1992. Untuk rekod, Hisamuddin telah tinggal di kota London kira-kira selama 15 tahun.

Itulah sedikit sebanyak apa yang aku ketahui mengenai budak budak MCKK ni. Apapun mari kita lihat 'kerosakkan aqidah' Hishamuddin Rais yang amat dibanggakan oleh puak-puak PAS dan PKR.



'Print screen' diatas merupakan antara artikelnya yang pernah terbit di blognya. Tidakkah cukup menggambarkan kerosakkan 'aqidah'nya? Apakah pihak-pihak di dalam PAS masih rela nak bersama dengan manusia semacam ini??? Apakah kerana kuasa, PAS sanggup 'meredhai' manusia sebegini? Aku juga hendak bertanya kepada para pembaca, jika kita biasa melihat gambar PM Najib dan Timbalan atau menteri-menteri kabinet muslim lain yang mendirikan solat, begitu juga dengan pemimpin pembangkang dari PAS dan PKR, pernah tak kalian terlihat hatta 1 gambar sekalipun si tua ini mendirikan solat? Memang nak mendirikan solat tak perlu bergambar atau menayang kepada orang ramai, tetapi dalam masa sekarang ini, amat mustahil seseorang pemimpin itu apabila bersolat secara berjemaah bersama rakyat jelata, gambarnya tidak diambil dan dipaparkan di Media. 


[Video Hismuddin Rais bersandiwara menangis (mula minit ke 7:51) bilamana beliau sebagai 'organizer' gagal mengawal majlis...macam pondeyyyy]

Jadi kembali pada persoalan asal. Adakah anda pernah melihat Hisamuddin Rais bersolat bersama-sama anda ketika tibanya waktu solat? Kerana bagiku, solat adalah tiang agama. Dan yang membezakan seseorang itu Islam dengan yang kafir adalah solat. Tak guna cakap berapi-api kalau solat pun tak reti nak jaga. Kepada Hishamuddin Rais dan barua seangkatannya (bahasa yang paling 'moderate' buat manusia tak reti bahasa), korang dah habis ingat dan hafal maksud disebalik warna dan lambang yang tertera di semua bendera negeri-negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia? Jika belum, baik hafal yang ada terlebih dahulu sebelum sibuk-sibuk nak buat yang lain. Lagipun, tak usah menyusahkan guru-guru dan budak-budak sekolah yang dah cukup terbeban dalam pelajaran. 
KALAH DALAM PRU13, HISHAMUDDIN RAIS DAN KUMPULAN KERANYA MEROYAN PADA MALAM 31 OGOS KALAH DALAM PRU13, HISHAMUDDIN RAIS DAN KUMPULAN KERANYA MEROYAN PADA MALAM 31 OGOS Reviewed by pena minang on August 31, 2013 Rating: 5

1 comment:

  1. Budak pilah tu kalau balik ke kelopelah.....kau tungggu kepalo ko kono sengkelet kat pokok ponak.......ko ni anut ugama apo yang sebonar ehh....??

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

Powered by Blogger.