ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 12 August 2013

MAT SABU BENCI KHALIFAH ABU BAKR?

Oleh : AJ

Nampaknya dalam isu Syiah ni, Mat Sabulah antara pemimpin PAS yang paling senyap. Jarang sekali kita mendengar kritikan Timbalan Presiden PAS ini terhadap Syiah. Malah boleh dikatakan TIDAK ADA LANGSUNG sebarang artikel atau ucapan beliau yang mengkritik kelompok pengkafir sahabat nabi ini.

Namun itu bukanlah isu utama. Berdasarkan tajuk diatas. Kami ingin menarik perhatian pihak pembaca mengenai 'KEPELIKKAN' posting MAT SABU di Laman Web Rasmi beliau.

Pada 2010 yang lalu, Mat Sabu telah ker JERMAN untuk membuat satu pembentangan mengenai 'Politik Islam'. Sepertimana yang diketahui, pembaca, dalam kertas kerjanya yang dibentangkan di Jerman, MAT SABU TIDAK SEKALIPUN menaikkan nama RASULULLAH S.A.W sebagai ahli politik terbaik ISLAM, sebaliknya memuji KHOMEINI melambung-lambung. Untuk rekod, 8 kali nama KHOMEINI disebutkan dalam kertas kerjanya berbanding TIDAK ADA SATU PUN NAMA RASULLAH TERPANCUL dari kertas kerjanya itu. Rujuk disini : http://mohamadsabu.com/joomla16/index.php/tulisan/21-ucapan-dan-pembentangan-kertas-kerja-hj-mohamad-sabu-di-german

Kami juga nak menarik perhatian para pembaca sekalian mengenai 'kepelikkan posting' Mat Sabu bilamana tidak menyatakan nama SEBENAR MASJID masjid yang dilawatinya dalam 'caption' gambar yang ditampilkan.
Untuk makluman para pembaca sekalian, nama Masjid yang dilawati oleh Mat Sabu di Jerman ini adalah MASJID ABU BAKR dan bukannya MASJID TURKI!!! Jika anda merasakan kami memfitnah, sila rujuk disini : http://mohamadsabu.com/german.html

Tetapi peliknya dalam 'caption' gambar berkenaan, Mat Sabu (atau barangkali admin laman web rasmi Mat Sabu) tidak mahu menyatakan nama sebenar Masjid berkenaan. Sebaliknya lebih gemar mendakwa masjid berkenaan adalah Masjid Turki. Sedangkan berdasarkan pemeriksaan kami di laman web http://www.irhal.com/Germany/Frankfurt/Muslim-Information/Mosques-Masjids/Islamische-Gemeinde-Abu-Bakr-Moschee.html menyatakan bahawa nama masjid berkenaan adalah Masjid Abu Bakr dan bukannya Masjid Turki sepertimana yang didakwa oleh Mat Sabu.

Untuk makluman para pembaca sekalian, Abu Bakr adalah antara KHALIFAH yang dikafirkan oleh SYIAH. Ini dapat dibuktikan dengan beberapa kenyataan para Imam Syiah yang secara terang-terang menghina dan mengkafirkan Abu Bakr. Antaranya kenyataan Ayatollah Khomeini (Sebut Ayatuss Syaitan) dalam kitabnya Kasyful Asrar dimana beliau menulis; 

“Abu Bakar dan Umar telah banyak meyalahi hukum-hukum Allah yang terang. Mereka berdua telah banyak mempermain-mainkan hukum hakam Tuhan, mereka menghalalkan dan mengharamkannya mengikut sesuka hati sendiri. Mereka berdua telah melakukan kezaliman ke atas Saidatina Fatimah dan anak-cucunya”. (Imam Khomeini : Kasyful Asrar, 110) 

“Perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Umar bin Al-Khattab itu adalah bersumberkan kekafiran dan kesesatan yang bertentangan dengan ayat-ayat Allah yang termaktub di dalam Al-Quranul Karim”. (Imam Khomeini : Kasyful Asrar : 116) 

Mereka juga berpendapat bahawa hanya tiga orang sahaja yang masih beriman setelah kewafatan Rasullullah saw. Dari Abu Ja’afar a.s katanya, 

"Semua manusia adalah riddah (murtad) selepas Nabi saw kecuali tiga orang. Beliau di tanya : Siapakah tiga orang itu ? Beliau menjawab : Al-Miqdad bin Al-Aswad, Abu Zar Al-Ghifari dan Salman Al-Farisi .” (Sheikh At-Tho’ifah : Rajalul Kasyi : 6) 

Daripada Ali r.a berkata, 

“ Semua orang telah murtad sepeninggalan Rasulullah saw kecuali empat orang sahaja”. (Sulaim bin Qais: As-Saqifah : 92) 

Tidak cukup dengan itu, mereka turut mengeluarkan kata-kata cacian, dan laknat yang diabadikan dalam bentuk doa yang dikenali sebagai ‘Doa Dua Berhala’. Berikut adalah isi kandungan doa tersebut : 

“Ya Allah, laknatilah olehmu dua berhala Quraisy dan dua Toghu (Abu Bakar dan Umar), dua pendusta, dua anak perempuannya (‘Aisyah dan Hafshah) yang mana mereka berdua menyalahi perintah engkau, mengingkari wahyu engkau, mengingkari nikmat engkau dan menderhaka terhadap wahyu engkau dan mengubah agama engkau dan menyelewengkan Al-Quran dan menyintai seteru engkau dan mengingkari nikmat batin engkau dan menggagalkan perkara-perkara fardhu engkau dan melanggar ayat-ayat engkau dan memusuhi wali-wali engkau dan melantik musuh engkau dan memerangi negara engkau dan merosakkan hamba-hamab engkau. Ya Allah laknatilah mereka berdua dan pengikut-pengikutmereka dan wali-wali mereka dan penyokong-penyokong mereka, kekasih-kekasih mereka. Maka sesungguhnya mereka telah meruntuhkan institusi kenabian”. ( Al-Syed Manzur Hussain: Tuhfah Al-‘Awwam : 330) 

Syiah Imamiyah menganggap doa ini cukup penting untuk diamalkan kerana kononnya ia telah disyariat serta mempunyai pelbagai fadhilat. Antara fadhilat dan kelebihan mereka yang membacanya ialah , 

“Barangsiapa yang membaca doa ini sekali, maka Allah akan menulis baginya 70 000 kebaikan, menghapus 70 000 keburukkan dan mengangkat 70 000 darjat serta memenuhi puluhan ribu keperluan. Dan barangsiapa yang melaknat Abu Bakar dan Umar pada pagi hari, tidak akan ditulis baginya satu keburukkan sehingga petang, dan barangsiapa melaknat keduanya pada petang hari, takkan ditulis baginya satu keburukkan sehingga pagi tiba”. (Dhiya’u Ash Shalihin : 513)

Jadi kalau berdasarkan kenyataan ini, maka kita dapat lihat sememangnya nama Abu Bakr, Khalifah Islam Pertama adalah antara nama yang dibenci oleh penganut SYIAH.

Maka dengan ini kami nak bertanya kepada MAT SABU, apakah kau membenci ABU BAKR sehingga tak mahu meletakkan nama MASJID yang kau lawati itu sebagai MASJID ABU BAKR???

1 comment:

  1. Mana pergi ulama pas ...majlis syura n the gangs....aron din pakar air jampi dah beralih arah pada pakar tangkap buaya...bila air jampi dah tak laku timbul pulak mujarap air liur buaya...untuk buat ubat...ini la kebangangan ulamak pas yang tak sudah sudah...mujahit ulamak pluralisme pulak muncul dalam pas...aron din dan gangs jadi tukun campak laut lagi bagus...

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute