ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 21 August 2013

MUFTI MASJID NABI DI KOTA MADINAH AL-MUNAWARAH MEMBONGKAR 'TOPENG' IKHWANUL MUSLIMIN.

Oleh : Asy-Syaikh Muhammad bin Hadi al-Madkhali hafizhahullah
Transliterasi Kedalam Bahasa Melayu oleh : AJ
Dipetik dari artikel : alquran-sunnah.com

Muqaddimah
(Caption gambar : Khabar Gembira buat kaum Muslimin dan Muslimat: al-'Allamah al-Muhaddis Syaikh Muhammad bin Hadi al-Madkhali -hafizahullah- (pensyarah Kuliah Hadis Universiti Islam Madinah) telah dilantik sebagai Tenaga Pengajar dan Mufti di Masjid al-Nabawi al-Syarif.)

Banyak dari kalangan kita yang prihatin dengan keadaan yang berlaku di Mesir. Kerana mereka melihat bahawa Presiden Muhammad Mursi, yang berasal dari parti yang berlabelkan Islam dan disebut-sebut sebagai tokoh yang memperjuangkan Islam, telah dikudeta oleh pihak tentera. Tentu sahaja banyak perbahasan berlaku bagi membincangkan tentang sebab-sebab dan alasan rampasan kuasa itu berlaku. Dan pastinya ianya merupakan perbahasan yang rumit dan sangat terkait dengan situasi politik dalam negeri Mesir.

Namun yang jauh dari itu, kita perlu mengetahui siapa sebenarnya Muhammad Morsi ini? Apakah benar dia seorang tokoh yang memang hendak memperjuangkan Islam? Benarkah demonstrasi yang dilakukan oleh pengikut Morsi ini bererti pembelaan terhadap Islam? Dan apakah benar dengan terjatuhnya Morsi bererti jatuhnya Islam?

Seorang muslim dituntut untuk bersikap berdasarkan ilmu, iaitu ilmu yang benar berdasarkan al-Kitab dan as-Sunnah dengan manhaj salaful ummah. Sehingga segala sikap dan peniliannya berdasarkan prinsip tersebut dan bukannya semata-mata kerana emosi, semangat, perasaan, atau “yang penting Islam.”

Maka perlu kita mendengar bagaimana penjelasan para ‘ulama ahlus sunnah dalam masalah ini, iaitu ‘ulama yang benar-benar berjalan di atas al-Kitab dan as-Sunnah dengan manhaj salaful ummah.

Untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan di atas, marilah kita ikuti penjelasan salah seorang ‘ulama ahlus sunnah dari Madinah asy-Syaikh Muhammad bin Hadi al-Madkhali hafizhahullah. Beliau dikenali sebagai ‘ulama yang banyak mengetahui seluk-beluk ‘pergerakan-pergerakan Islam’. Kami terjemahkan penjelasan beliau ini dengan terjemahan bebas dan dengan sedikit ringkasan. Kami juga lengkapkan dengan nota kaki pada beberapa perkataan yang memerlukan penjelasan bagi membantu pembaca memahaminya. Semoga ianya boleh memberikan pencerahan kepada kita semua.

_____________


Pertanyaan : Ada sebahagian pihak yang mengatakan, bahawa kejayaan Ikhwanul Muslimin (IM) mencapai tampuk pemerintahan [1] adalah seperti kemenangan kaum muslimin dalam perang Badar? Dan tatkala IM jatuh adakah ianya seperti kekalahan kaum Muslimin dalam perang Uhud? Sebahagian pihak lagi mengatakan, bahawa ini adalah perang antara Islam melawan kekufuran.

Jawapan : Kejadian (di Mesir) ini kami dengar sebagaimana anda mendengarnya. Namun berapakah dari hukum (syari’at) Islam yang mereka (IM) terapkan? 

Pertama : Aku sebelum ini telah berangan-angan kalau IM (di Mesir) boleh menjalankan kekuasaannya selama 4 tahun! Dengan itu tidak ada lagi alasan yang sama sekali. Yakni agar semua pihak melihat sendiri apa yang mereka terapkan dari hukum-hukum Islam ini. [2]

Kedua : Perintah Allah yang pasti terlaksana dan kehendak-Nya pasti mengalahkan (segala kehendak makluk). Tidak ada yang boleh menolak keputusan dan hukum-Nya. Allah Subhanahu wa Ta’ala. [3]

Ketiga : IM telah menjalankan kekuasaannya selama 1 tahun di Mesir. Lihat apa yang mereka buat? [4]

Keempat : ____ (suara terputus) Nasrani

Kelima : Sebelum memegang kekuasaan, sudah mengatakan bahawa hukum potong tangan dan hukum sebat bukan sebahagian dari syari’at Islam! Itu hanyalah perkara ijtihadiyah!! Pernyataan ini ada dan terakam. Ini dinyatakan sebelum menang dalam pilihanraya. … maka bagaimana boleh kemenangan IM ini diserupakan dengan kemenangan pada perang Badar?

Kesimpulannya, mereka itu adalah para penyeru demokrasi sejak awal.

Bahkan aku sendiri mendengar dia mengatakan, bahawa hukum itu adalah milik rakyat, bersumber dari rakyat juga, bukan (milik /dari) ALLAH.

Di mana mereka letakan Ayat ALLAH ;


{إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ أَمَرَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاه} [يوسف: 40]

“Tidak ada hukum kecuali milik Allah. Dia memerintahkan agar kalian tidak beribadah kecuali kepada-Nya.” (Yusuf : 40) Yang mereka selama ini  mencerca kita (ahlus sunnah) [5], dan mereka mengkafirkan kaum Muslimin kerana tidak menerapkan ayat ini dalam penilaian mereka. [6]

Keenam : Jalan (cara) yang mereka lakukan (untuk boleh naik ke kerusi kekuasaan), maka mereka terjatuh melalui jalan (cara) itu pula. Jalan (cara) yang mereka buat (untuk boleh naik ke kerusi pemerintahan) adalah dengan kaedah mereka menuntut / menyuarakan pembebasan (negeri Mesir). Antaranya ialah Yusuf al-Qaradhawi, yang mana beliau telah datang dan menyerukan itu di mimbar Jumaat! Dengan itu kalian (IM) berhasil naik ke kerusi [pemerintahan].  Maka sekarang mereka pun (IM) jatuh dengan cara yang sama, iaitu adanya tuntutan pembebasan (negeri Mesir) dari rakyat.

Ketujuh : Mereka sendiri menyatakan, bahawa kebebasan rakyat tidak boleh dibatasi. Sementara demonstrasi yang terjadi sekarang ini merupakan tuntutan kebebasan rakyat. Dalam undang-undang dinyatakan rakyat tidak boleh dibatasi kebebasannya. Maka mereka bebas menyatakan kemahuannya. Mereka (IM) menuntut keinginan mereka. Namun kini mereka berhasil mengalahkan kalian. Maka, bukankah “hukum adalah milik rakyat”.?!

Kelapan : Sebagaimana dikatakan dalam sebuah bait syair,

أعلمه الرماية كل يوم … فلما اشتد ساعده رماني

وكم علمتُه نظم القوافي … فلما قال قافية هجاني

“Aku ajari dia memanah setiap hari, namun ketika dia kuat tangannya dan sudah mahir memanah justeru dia (balik) memanahku.

Sudah berapa banyak aku mengajarinya (cara) membuat syair, namun ketika dia telah bersyair, justeru dia  mencelaku (dengan syair itu)”

(Asy-Syaikh Muhammad bin Hadi melanjutkan) : Sejak awal aku sudah katakan, bahawa IM akan meneguk dari gelas yang Hosni Mubaraki gunakan, bahkan mereka lebih teruk lagi. [7]


رَأَيْتَ بَنِي الدُّنْيَا إِذَا مَا سَمَوْا بِهَا … هَوَتْ بِهِمُ الدُّنْيَا عَلَى قَدْرِ مَا سَمَوْا

Engkau lihat ahli dunia ketika dia berjaya (popular, terkenal, kaya, dan lain-lain) dengan dunianya,

Maka dunia itu akan membuat dia terpelanting sesuai dengan ketinggian yang dia raih

Mereka menghendaki sesuatu, namun Allah Subhanahu wa Ta’ala


{يَعْلَمُ خَائِنَةَ الْأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُور} [غافر: 19]

“Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.”  (Ghafir : 19)

Kesembilan : Pemerintahan-pemerintahan yang ada ini – kata mereka (IM) – semuanya  adalah pengikut-pengikut Amerika, Yahudi, dan Israel. Namun anehnya, setelah mereka memegang tampuk kekuasaan, IM telah memperbaruhi dan menguatkan perjanjian persahabatan dan kerjasama dengan Yahudi!! Amerika-lah yang sejak awal menekan mereka. Maka tidaklah Morsi naik ke kerusi kekuasaan kecuali setelah Amerika yakin bahawa pemerintahan Morsi tidak akan mengubah perjanjian damai dengan Israel!! Bagaimana pemerintah-pemerintah yang dinyatakan oleh IM sebagai kafir, sementara [mereka IM] yang memperbaruhi perjanjian tidak kafir?! Kami tidak mengkafirkan, (Ini berdasarkan kaedah mereka sendiri). Bagaimana Hosni Mubarak, Anwar Sadat dinyatakan kafir kerana mereka berdamai dengan Yahudi. Sementara yang memperbaruhi, mengukuhkan dan memprogandakan perjanjian tersebut, tidak dinyatakan kafir?

Parti Sekular di Turki tidak membuat perjanjian dengan Yahudi. Namun ketika Najmudin Erbankan (IM) naik, dia telah membuat perjanjian persefahaman tentera dengan Yahudi!! Dan ini masih terus berlaku! Ketika pemerintahan IM bererjaya digulingkan, maka perjanjian persefahaman ketenteraan tersebut langsung dihentikan.

Wahai saudaraku…

Aku tahu, sebenarnya sebahagian saudara-saudara kita tidak suka dengan apa yang aku perkatakan ini. Kerana [perkataanku] ini telah membuka keburukan-keburukan [Mereka IM]. Padahal IM sebenarnya sudah sangat jelas pelbagai penyimpangannya. Namun banyak dari umat ini yang lalai, seakan mereka tidak mengikutinya sebagaimana kami mengikutinya. Maka janganlah menyikapinya berdasarkan perasaan semata-mata. Mungkin mereka [ada] menyaksikan kesemua itu (pernyimpangan-penyimpangan IM), namun mereka lupa. Maka umat ini perlu adanya orang-orang (para da’i) yang mengingatkan penyimpangan-penyimpangan yang muncul dari IM.

Sepuluh : Selalu meneriakkan “hukum, hukum, hukum”. Namun tatkala memegang tampuk, apa yang mereka (IM) perbuat? Apakah mereka melakukan perubahan? Apakah hukum Islam menjadi satu-satunya sumber hukum? Tidak!

Tatkala IM “berhasil” di Tunisia, apa yang terjadi? “Hilangkan Islam sebagai sumber hukum”. Islam tahakkum tidak ada pada mereka. Yang ada pada mereka adalah Islam hukum.

Tahukah kalian apa itu Islam hukum? Apa bezanya dengan Islam tahakkum?

Sebenarnya hukum yang mereka mahukan adalah bahawa Ikhwanul Muslimin-lah yang meletakkan hukum (kebijaksanaan).[8]

Sementara tahakkum adalah diterapkannya Islam. Maka Islam apakah yang mereka terapkan? Sama sekali mereka tidak menerapkan Islam!! Sampai-sampai seorang perempuan kafir hairan terhadap mereka (IM). Kerana memang mereka seolah-olah mengangkat syiar Islam, padahal mereka sama sekali tidak menerapkan Islam. Namun mereka memperjuangkan Islam hukum. Apakah itu? Iaitu mengejar kerusi [pemerintahan]!

Oleh kerana itu, ketika terjadi konflik ini, salah seorang di antara mereka mengatakan, “Jatuhnya Morsi ini setanding dengan Kesyirikan kepada Allah!” ya, dengan lafaz ini.

Wahai saudara-saudaraku,

Sekarang kalian tahu apa itu Islam hukum dan Islam tahakkum. Islam tahakkum adalah penerapan Islam secara hakiki, ini [sesuatu] yang tidak mereka mahukan. Kerana ini bererti [mereka IM] ‘menzalimi kebebasan manusia’. Oleh kerana itu, di Tunisia, kedai-kedai minuman keras dan bar semakin bertambah!! Sampai-sampai seorang wanita kafir sepanyol hairan dan pelik dengan fenomena tersebut!

Adapun Islam hukum, adalah IM sampai ke kerusi [pemerintahan]!! Sehingga mereka pun berjuang mewujudkan Islam hukum, bukan Islam tahakkum.

Demi Allah, kalau sampai mereka memerintah kalian di negeri ini nescaya kalian melihat pemandangan yang lebih buruk dari sekarang. Aku memohon kepada Allah agar tidak mendatangkan orang-orang seperti mereka menguasai negeri ini!  Na’uzubillah min zalik. Janganlah kalian tertipu dengan mereka (IM). Wajib atas kita semua untuk berganding bahu, berpimpin tangan dengan pemerintah dan para ‘ulama ahlus sunnah yang ada.…

Semoga Allah menjauhkan dari kita pelbagai fitnah, yang kelihatan mahupun yang tersembunyi.

* * *

Kaum wanita tidak boleh masuk dalam urusan seperti ini. “Ada seorang wanita yang terbunuh di Iskandariyah, maka kaum wanita terpaksa keluar berdemo”, katanya. Ini tidak dibenarkan. Jika ada orang-orang yang dizalimi terbunuh, maka Allah yang akan membela mereka. Adapun kalian kaum wanita yang ikut berdemo, maka ini adalah sesuatu yang bukan urusan atau tugas kalian.

Allah Jalla wa ‘Ala berfirman kepada para isteri Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam  – wanita yang diberikan kemuliaan dan keutamaannya – “Tinggallah [tetapkanlah diri] kalian di rumah-rumah kalian dan janganlah kalian berhias dengan cara berhias jahiliyah dulu.”

Seseorang wanita itu adalah aurat. Apabila dia keluar, maka dia akan diintai oleh syaitan, sebagaimana sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Jadi bagaimana wanita keluar untuk sesuatu yang bukan urusannya? Malah meninggalkan urusan (tugas / kewajipan) nya, iaitu urusan rumahn tangganya, anak-anaknya dan suaminya.

* * *

Namun Ikhwanul Muslimin tidak mengerti ini semua. Kerana mereka tidak tahu kecuali “Islam hukum“, adapun “Islam tahakkum” maka mereka tidak mengakuinya malah mereka mengingkarinya. Mereka hanya tahu “Islam hukum“, iaitu mengejar kerusi [pemerintahan]. Inilah yang [sebenarnya] mereka perjuangkan. Sampai-sampai kalian dengar berbagai perkataan dusta, “bahawa Nabi-lah yang mengangkat Morsi.”, dan banyak kedustaan lainnya.

Maka sungguh mengagumkanku pernyataan Muhammad Hamid al-Faqi, “Mereka itu adalah khawwanul muslimin (para pengkhianat kaum muslimin)”

http://www.ajurry.com/vb/showthread.php

download rakaman audio 

http://www.ajurry.com/

_____________


Penutup

Dari penjelasan asy-Syaikh Muhammad bin Hadi hafizhahullah di atas, nyatalah kepada kita hakikat Muhammad Morsi yang sebenarnya. Secara lebih umumnya lagi, kita dapat mengetahui bagaimanakah sepak terajang Ikhwanul Muslimin, khususnya apa yang terjadi di Mesir kini. Ketahuilah bahawa konflik di Mesir, baik pihak yang dirampaskuasanya mahupun pihak yang merampas kuasa bukanlah pihak yang mewakili Islam dan sama-sama tidak memperjuangkan Islam. Konflik Mesir ini merupakan fitnah dan musibah.

Kepada kaum muslimin secara umumnya dan di Mesir khasnya, sikap yang harus diikuti adalah sebagaimana yang dinasihatkan oleh al-’Allamah asy-Syaikh Salih Al-Fauzan hafizhahullah iaitu menghindarkan diri dan menjauh dari fitnah ini. Nasihat beliau ini merupakan nasihat yang bernilai bersumberkan dari dalil-dalil al-Kitab dan as-Sunnah serta tauladan dari as-Salafuh Salih.

Adapun yang mengikuti berkomentar tanpa ilmu, ikut beraksi, ikut berdemo, maka itu bukanlah sikap yang benar, dan sama sekali tidak memberikan penyelesaian. Bahkan sebaliknya, sikap tersebut mengeruhkan lagi suasana. Semakin demonstrasi digerakkan, maka semakin banyaklah kekerasan yang timbul bahkan pertumpahan darah mungkin terjadi. Sekaligus banyak korban akan terjadi. 

Berita terakhir yang kita dengar pada kelmarin disebutkan 2200 jiwa melayang!! Allahul Musta’an. Janganlah kita terpedaya dengan pidato berapi-api dari “para tokoh Islam”, yang terus memberikan semangat kepada kaum muslimin untuk “berjihad”. Padahal hakikatnya para tokoh tersebut tidak sayang langsung nyawa kaum muslimin. Mereka tidak menyedari betapa mahal dan berharganya darah seorang muslimin. Hati-hati dan berwaspadalah wahai saudaraku, dari fahaman khawarij yang sangat berbahaya!! Sejarah membuktikan, tidaklah dapat lari dari fahaman tersebut kecuali dengan pedang [senjata] dan pertumpahan darah!!

Apabila kita menyaksikan sepak terajang Ikhwanul Muslimin sejak dahulu, baik di Mesir atau di negeri-negeri lainnya, tampak jelasnya kepada kita bahawa mereka tidak menegakkan dinul Islam dengan sebenarnya. Dan inilah salah satu sebab terbesar kegagalan mereka di pelbagai tempat. Kerana di antara sebab kekuasaan dan kekukuhan adalah menegakkan agama ini dengan sebenarnya.

Nota kaki :

[1]  Iaitu dengan kejayaan Muhammad Morsi meraih kerusi Presiden di Mesir.

[2]  Hal sebagaimana disaksikan oleh sejarah, baik di Sudan, Turki, Tunisia, dan lain-lain. Tatkala Ikhwanul Muslimin berhasil meraih kemenangan dalam politik, maka pada kenyataannya mereka tidak menerapkan syari’at/hukum Islam yang selama ini mereka teriakkan.

[3]  Yakni apa yang disampaikan oleh Syaikh di sini adalah berdasarkan prinsip dan manhaj Ikhwanul Muslimin yang memang banyak penyimpangan padanya, dan berdasarkan fakta sejarah. Bukan hendak mendahului taqdir Allah.

[4] Iaitu di Mesir. Apakah benar mereka menerapkan syari’at Islam ataupun tidak?

[5]  Yakni para ‘ulama ahlus sunnah yang mereka anggap tidak konsisten dengan ayat ini.

[6]  Ini merupakan prinsip fahaman khawarij sejak awal kemunculan mereka. Dengan prinsip ini mereka mengkafirkan pihak-pihak yang mereka nilai tidak berhukum dengan hukum Allah. Termasuk pemerintah-pemerintah muslimin hari ini.

[7]  Yakni perjalanan IM tidak akan jauh berbeda dengan perjalanan Hosni Mubarak. Disebabkan kerana IM tidak mahu berpegang kepada Islam yang benar, yakni al-Kitab dan as-Sunnah berdasarkan pemahaman Salaful Ummah.

[8]  Iaitu slogan yang selama ini mereka teriakkan adalah “hukum Islam, hukum Islam.” Seolah-olah mereka menginginkan untuk menerapkan hukum Islam di muka bumi. Padahal pada hakikatnya tidak sedemikian. Kerana fakta menunjukkan tatkala mereka berhasil meraih tampuk kepemimpinan, baik di parlimen mahupun Presiden, ternyata mereka sama sekali tidak menerapkan hukum Islam. Jadi slogan “hukum Islam” yang mereka teriakkan itu pada hakikatnya tidak lebih sebagai alat atau kenderaan agar mereka boleh sampai ke kerusi kekuasaan.

[Makluman : Mungkin akan terdapat pengurangan, penambahan dan kesilapan dalam proses transliterasi / transkripsi ini. Namun kami sedaya upaya berusaha mengekalkan makna asal atau menghampiri makna sebenar apa yang hendak diperkatakan oleh Syaikh yang mulia. Sekiranya terjadi kesilapan dan kesalahan, kami memohon kepada ALLAH Ta'ala agar mengampunkan dosa kami.]

10 comments:

  1. Macam PAS kat Malaysia saje ... Belum ada kuasa dok teriak pasal hukum Islam ... nak hapuskan Zina, Arak dan sebagainya ... bila dah berkuasa, takut dengan dengan rakan kongsi bukan Islam. Mana penerapan Islam di Selangor, P.Pinang? Makin berleluasa arak dan zina di Selangor .... Semoga Allah turunkan searang pemimpin Islam yang tulin, berani dan tegas untuk Malaysia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan ko!

      Delete
    2. saya nampak dan saya setuju.

      Delete
  2. menang jadi arang, kalah jadi abu.....yg gelak ketawa tergolek golek melihat kebodohan rakyat mesir ialah zionis yahudi dan proxy nya US & EUROPE...

    ReplyDelete
  3. Sedangkan Nabi SAW sendiri sudah beri peringatan supaya taat pd pemerintah Islam selagi mana pemerintah tidak menyeru ke arah kekufuran waima harta kita dirampas & kita dizalimi dr segi fizikal

    pesanan Nabi SAW jelas menunjukkan penetangan ke atas pemerintahan Islam pasti membawa musibah lebih buruk & yg untug adalah musuh2 Islam....berapa byk bukti dpn mata skrg yg Allah tunjukkan utk diteladani oleh umat Islam nusantara khususnya Mas

    jika melihat modus operandi, sikap & telatah PAS, spt kata anon di atas mmg jelas PAS & IM berdiri atas paksi yg sama iaitu MUSUH ISLAM yg berselubung dgn pergerakan Islam & hukum2 Hudud semata sedangkan hati mereka lebih lahapkan kuasa drpd menegakkan Islam

    ReplyDelete
  4. Sangka sangka itulah agama tanpa nas yg jelas,
    "Dan antara mrk golongan ummi yg tidak mengetahui (isi kandungan) Al Kitab, kecuali anganan anganan bohong dan sesungguhnya mrk hanyalah menyangka nyangka." 2:79.

    ReplyDelete
  5. jadi siapa yg benar2 memperjuangkan syariat Allah skrg???
    negara mana yg seluruhnya mmperjuangkan Islam?
    menaikkan martabat Islam ?? ekonomi Islam...??

    pemimpin yg benar2 mengikut syariat??

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan mengharap kepada manusia untuk menjadi pemimpin islam. berharaplah kepada Allah supaya kita dapat hidup dalam syariatnya, InsyaAllah Allah akan memberi jalan melalui beberapa ramai orang-orang yang telah dibersihkan jalannya. masing-masing melalui caranya tapi bukan bererti dia akan betul sepanjang jalannya kerana Allah dan Rasul tidak berjanji akan diujudkan seorang manusia yang betul 100% kecuali bila tiba kedatangan Mahdi dan Nabi Isa. Ringkasnya, jangan taksub pd seseorang yang diwarwarkan sebagai pemimpin Islam. Gunalah akal dan hati untuk belajar agama dan memilih cara yang betul dari semasa ke semasa dari pelbagai ilmuan tapi bukan dari ilmuan yang satu saja sehingga taksub bahawa dia adalah jalan Allah.

      Delete
  6. Ternyata pembawaan PAS adalah copypaste dari pergerakan IM ini, PAS dimalaysia adalah bayangan dari ciri2 IM di mesir, tunisia, turki dll. Puak2 ini memang menafsirkan islam hukum, bukan tahakkum seperti kata syaikh ini. Hebat dipentas ceramah untuk menjalankan hukum islam, tapi bila Allah berikan tampuk pemerintahan, berbagai alasan untuk tidak berhukum islam, malah dinafikan pulak. Sebab itulah golongan yang mirip khawarij ini tidak akan dikekalkan Allah ditampuk pemerintahan, ada saja bala dari Allah diatas sikap dan pembohongan mereka.

    ReplyDelete
  7. Setuju..atau tidak setuju dengan pandangan di atas..terpulang pada ilmu,iman dan amal. Mendengar sebelah pihak tidak digalakan . Adalah lebih baik kita mengetahui dan menyelidiki sesuatu maklumat dari berbagai sumber, Jgn kita menghukum sesuatu yang belum jelas kerana kita bukan ulama. Dunia ini amat luas. Islam itu mudah dan indah. Teruskan mencari maklumat..agar kita tidak nanti menjadi orang yang bila di sedarkan dengan maklumat yang baru..dan berkata' eh..eh tak sangka pula apa yang aku tahu sebelum ini tidak tepat". ..carilah lagi maklumat sehingga ia hampir tepat... satu pandangan belum mencukupi

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute