ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 2 September 2013

SUBSIDI PETROL RON95 DAN DIESEL DIKURANGKAN

Oleh : AJ

Petang tadi, rakan kami, Jebat telah menghubungi KPDNKK dan 1MOCC bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu Minyak akan naik sebanyak 20 sen. Dan maklumat yang diterima pada ketika itu, "TIDAK ADA SEBARANG MAKLUMAN MENGENAI KENAIKAN HARGA RON 95".

Namun malam ini, Perdana Menteri telah membuat keputusan bahawa Subsidi petrol berkenaan akan dikurangkan dan dalam masa yang sama Perdana Menteri turut mengakui bahawa pihaknya akan menaikkan Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Menurut Perdana Menteri, bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

1 comment:

  1. ahahaah tak payah ler ..pasnie rega elektrik akan naik lak ..sikit hari tu ..ada ura2 dah ...pastu AES pastu harga makanan naik...tgk rega ayam hari tu ...bukanya turun sebalik kawal pada harga baru... pastu cukai gst ... angin sepoi sepoi bahasa dah kuar ....hahahaah

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute