ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 21 November 2013

ISU SYIAH : PRO-M UM MASIH MEMBISU

Oleh : AJ

Aku tak nak cerita pasal pilihanraya kampus. Sebab aku rasakan benda tu dah dibicarakan secara meluas di alam maya ini. Antara bloggers yang rajin UPDATE pasal politik kampus ni terutama sekali yang terfokus kepada Universiti Malaya ialah Gerakan13 dan MalaysiaBangkit.

Cuma dekat sini aku nak tarik perhatian korang, terutama sekali dalam isu-isu yang melibatkan aqidah dan maruah umat Islam.

Syiah. Aku rasa tak perlu aku nak perkenalkan lagi dekat korang mengenai kesongsangan 'agama' baru terbitan Abdullah Ibn Saba'. Agama yang mengkafirkan para sahabat dan isteri-isteri nabi dan kini berpusat di Iran. Untuk maklumat lanjut korang boleh search kat blog Pena Minang ni. Aku rasa dah banyak rakan-rakan admin yang lain cerita pasal Syiah ni.

Berbalik kepada topik asal. Kenapa aku bangkitkan hal ini? Mudah sahaja. Sebab ini adalah soal prinsip dan aqidah bagi setiap muslim. Dan bagi aku, tak kira kau orang Penggerak Mahasiswa ker atau ProM ker, dalam soal aqidah, tak ada benda yang boleh kita kompromi.

Baru-baru ini Universiti Malaya, digemparkan dengan penyebaran risalah mempromosikan ajaran berkenaan dikalangan warga UM. Dan ternyata penyebaran risalah ini telah menimbulkan satu tentangan majoriti dari seluruh warga UM (UM ada pelajar Iran dan penganut Syiah...Sebab tu aku sebut majoriti). 

Maka Ramailah dikalangan mahasiswa mula membicarakan isu Syiah. Dan Alhamdulillah, hasil perkembangan teknologi maklumat, selain usaha berterusan penentang-penentang SYIAH, ternyata ramai dari kalangan mahasiswa UM yang tercerna dengan isu ini dan lantang menolak keras penyebaran agama baru ini di kampus kesayangan mereka.

Malah lebih menarik, buat kali pertamanya, Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya mengeluarkan kenyataan mereka berhubung isu Syiah. Korang boleh baca print screen kat bawah ni :

To be honest aku memang salute dengan Penggerak Mahasiswa kali ini sebab berani membuat kenyataan secara 'OFFICIAL' menentang sebarang unsur penyebaran SYIAH. Bukan mudah beb nak buat kenyataan macam ni. Hatta Hadi Awang Presiden PAS sendiri pun berbelit-belit nak keluarkan kenyataan mengenai Syiah. Tu tak termasuk sekali dengan Timbalan Presiden dia, Mat Sabu yang dah terang-terang PRO-SYIAH.

Namun pelik bin ajaib, bila aku buat semakan terhadap fan page Pro Mahasiswa UM atau laman sulit FB mereka, tak ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh puak-puak Oren ni. Adakah kerana isu SYIAH ini bukan isu besar atau takut nak nyatakan sebab mereka sendiri berkawan dengan SYIAH?

Pro-M UM jangan malu dari mengakui bahawa memang wujud jaringan kerjasama dengan penganut Syiah sama ada didalam kampus atau diluar kampus. Tak kesahlah apa nama pun persatuan itu atau gerakan berkenaan, rata-rata sudah maklum dengan keintiman 'abang-abang senior' PRO-M dengan individu Syiah bernama Khalid Ismath yang mengakui dirinya seorang Syiah. Meh tengok gambar kat bawah ni....

Itu sedikit daripada 'rasa intim' bekas-bekas kepimpinan PRO-M dengan penganut agama yang mengkafirkan sahabat nabi ini. Banyak lagi bukti... Dan aku rasa selaku mahasiswa, korang lebih bijak dalam mencari bahan-bahan tambahan.... Betul tak?

Ok... Kembali kepada persoalan kenapa Pro-M tak keluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan? Adakah terlalu susah untuk mengarang atau membina perkataan sehinggakan memakan masa dan akhirnya 'terlupa' dari membuat sebarang kenyataan yang penting ini? Jika tak penting, aku nak bertanya kepada PRO-M, kenapa tak penting? Adakah isu SYIAH ini isu kecil sedangkan ianya melibatkan soal maruah umat ISLAM!!! Tak rasa terhinakah dengan agama yang mengkafirkan para sahabat yang selama ini berkorban jiwa dan raga bagi menyebar luaskan syiar Islam??? Atau kepimpinan Pro-M hari ini sudah semakin BACUL dan TAK BERANI nak menyatakan SUARA SUNNI dari gerakan PRO-M?? Mana pergi Mahasiswa dari Persatuan Mahasiswa Islam UM yang rata-ratanya berpaksikan PRO-M dalam memberikan tekanan kepada PRO-M untuk menyatakan komentar berhubung isu Syiah??? Adakah kesemuanya LEBIH MEMENTINGKAN UNDI DARI RAKAN-RAKAN SYIAH DI UM dari MEMENTINGKAN SOAL MARUAH UMAT ISLAM YANG BERPEGANG ATAS JALAN NABI DAN PARA SAHABAT??? Atau sebenarnya PRO-M hanya mengikut 'TITAH PERINTAH' dari 'ABANG-ABANG' mereka diluar sana?

Fikir-fikirkanlah.

Korang semua dah besar panjang. Tak guna cakap berdegang nak 'CHANGE' atau 'KEBEBASAN BERSUARA' atau 'DEMOKRASI', kalau SOAL ISLAM pun tak berani nak bersuara.

P/S : Apa-apapun... PRO M UM sampai hari ni masih tak berani nak nyatakan status mereka dalam ISU SYIAH. Jadi kepada PRO M UM tukar jer laa nama korang dari PRO MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA ke PRO-Membisu.... Sebutan depan MASIH PRO-M gak.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute