PILIHANRAYA KAMPUS UM : SIAPA PULA YANG HILANG, KENA TUMBUK DAN DIBALING DENGAN KEPALA BABI TAHUN NI?

Oleh : RPM

Hari ini merupakan hari penamaan calon bagi Pilihanraya Kampus Universiti Malaya. Ternyata pilihanraya setiap tahun ini hanyalah satu pilihanraya yang 'dipaksa buat' bersandarkan kepada peraturan dan undang-undang tubuh Universiti Malaya.

Menjadi sebuah Universiti 'Tertua' dengan pelbagai sejarah manis dan pahit, Pilihanraya Kampus merupakan antara satu 'masa-masa tegang' dalam kampus. Pada masa inilah, pelbagai helah dan sandiwara yang akan berlansung bagi meraih perhatian Mahasiswa UM.

Pro M mahupun Penggerak Mahasiswa, setiap entiti gerakan pelajar ini mempunyai cita-cita dan matlamatnya sendiri. Penulis pada umumnya kurang bersetuju dengan kewujudan kedua-dua entiti ini, kerana ianya telah memecah belahkan kesatuan Mahasiswa UM yang sudah sedia terpecah dengan kewujudan pelbagai persatuan anak-anak negeri. 

Untuk pilihanraya kampus kali ini, menyaksikan pertembungan diantara Penggerak Mahasiswa dengan Pro Mahasiswa. Untuk menyatakan kumpulan mana yang akan memenangi pilihanraya kampus kali ini adalah satu perkara yang mustahil ekoran setiap gerakan ini mempunyai pengaruh, kelebihan dan kekurangan mereka yang tersendiri.

Namun apa yang penulis harapkan agar, tidak terjadi insiden sandiwara atau drama sebabak seperti yang berlaku pada tahun-tahun berikutnya. Bertandinglah secara berhemah. Tunjukkanlah integriti Mahasiswa. Jadikan kampus sebagai medan penyatuan dan bukannya medan perpecahan.

Dan kepada PRO M UM, bila nak buat kenyataan pasal isu SYIAH?

Post a Comment

1 Comments

  1. Pengundi Universiti Malaya biasanya terdiri dari pelajar tahun 1. Mereka tak kenal taktik puak2 PMIUM. Mereka ini sanggup tumbuk sendiri asalkan dapat menang. Kita berharap pihak Penggerak Mahasiswa benar2 dapat turun untuk ceritakan perkara ini kepada pengundi2. Tunjukkan sahsiah yang mulia

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.