ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 31 December 2013

ISU DEMONSTRASI : SYIEKH KHALID YASIN KASI PENAMPAR KAT PRESIDEN MPMUM @pmium @PenggerakUM @MahasiswaUm @MahasiswaMsia



Oleh : AJ

Kami nak ucapkan jutaan syabas kepada YDP Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya kerana menunjukkan bakat kebodohan beliau dalam berbicara apabila menyeru mahasiswa Universiti Malaya agar turun berdemo pada malam ini.

Katanya, ini cara menunjukkan kemarahan 'atas kenaikan' harga barang. Adakah ini sahaja yang mampu dilakukan oleh sekumpulan manusia yang bergelar 'mahasiswa'? Hanya pandai berdemo?

Ternyata inilah standard Barua DAP. Hanya berdemo bila disuruh. Waktu isu kalimah ALLAH, isu Nurul Izzah menyokong proses pemurtadan, tak ada sekor pun berani bersuara. Malah DAP Pulau Pinang naikkan harga air pun puak-puak ni tak berani nak 'menyuarakan hak rakyat'. Itu tak termasuk lagi dengan program-program batu asas zaman Nik Aziz jadi MB seperti Lebuhraya Rakyat, Stadium Red Warrior dan lain-lain lagi yang jelas tak ada sebarang perkembangan terbaru. Malah dalam soal Syiah sekalipun, mahasiswa pro pembangkang ini tak berani nak bersuara, walaupun mafhum mengetahui kebatilan aqidah Syiah.

Ternyata, mereka ini tidak lebih sebahagian daripada barua-barua DAP yang dilatih untuk mencemarkan nama baik Mahasiswa demi kepentingan pemimpin sanjungan mereka.

Cuma apa yang kami nak cakapkan kat sini, seruan daripada pemimpin pelajar ini adalah seruan yang bathil. Ini kerana seruan berdemonstrasi adalah satu seruan yang jelas bertentangan dengan kaedah Islam. Islam tidak pernah menghalalkan demonstrasi, malah demonstrasi bukanlah sebahagian daripada cara Islam menasihati pemimpin.

Ahlus Sunnah wal-Jama’ah bersepakat berkenaan kewajiban mentaati pemimpin dan pihak berkuasa. Mereka juga mewajibkan supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak pemimpin selagi mana ianya tidak bertentangan dengan dalil-dalil syara’. Ini adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam:


فلا طاعة في المعصية، إنَّما الطاعة في المعروف

“Janganlah kamu mentaati perkara-perkara maksiat. Ketaatan hanyalah dalam perkara yang ma’ruf.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/218, no. 6716)

Perkara ma’ruf di sini adalah merujuk kepada urusan yang bukan maksiat dan bukan kemungkaran. Sama ada ianya perkara yang diwajibkan agama, yang disunnahkan, ataupun yang diharuskan (mubah). Sekiranya masyarakat diperintahkan supaya melaksanakan perkara-perkara yang diharuskan (tidak dilarang agama), maka hukum mentaatinya adalah wajib. Sebagai contoh, hukum mematuhi undang-undang jalan-raya yang digubal oleh pihak berkuasa adalah wajib selagi mana ianya bukan maksiat walaupun ianya tidak pernah diwajibkan oleh syara’ secara khusus.

Malah kami yakin, secara prinsipnya pihak pentadbiran UM sendiri tidak membenarkan mana-mana mahasiswanya terlibat dalam mana-mana acara yang boleh memberikan kemudharatan pada diri para pelajarnya. 

Ada baiknya para mahasiswa terutama sekali mahasiswa Melayu untuk istiqamah di perpustakaan, di bilik-bilik kuliah dan dimana-mana sahaja yang membolehkan mereka fokus mengulangkaji pelajaran kerana tarikh peperiksaan akhir semester semakin hampir. Jangan jadi bodoh mengikut pesanan pemimpin pelajar yang dia sendiri bakal menyapu Baucer Buku 1Malaysia. Perhatikanlah keadaan sekeliling. Disaat anda berdemo, rakan-rakan anda dari bangsa Cina dan India tekun mengulang kaji pelajaran. 

Fikirlah secara matang. Bertindak dengan waras.

P/S : MANIFESTO BILA NAK DILAKSANAKAN???

1 comment:

  1. ini nak menunjukkan yg islam itu ganas...
    terrorrist....
    sikit2 perkara bole bincang kasi gaduh....
    bila dah nampak mcm ni....
    senang la org nak kata...
    yg islam tak bole di bg muka or bagi apa2...
    sebab ganas n sentiasa nak lebih......

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute