ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 28 December 2013

@rafiziramli BOLEH TOLONG JAWAB TAK?

Oleh : ASSU

Kantoi lagi... kali ini lagi best, sebab yang jawab tuduhan pemimpin PKR Rafizi Ramli adalah ahli ekonomi sendiri.

Tuduhan pemimpin PKR Rafizi Ramli yang mengatakan kerajaan tidak menafikan terdapat penjualan aset negara sebaliknya cuba memberi alasan dijawab oleh seorang ahli ekonomi di dalam blognya, econsmalaysia.blogspot.com

Dengan mengemukakan data-data daripada Buletin Statistik Bulanan Bank Negara Malaysia terbitan Oktober 2013, pemilik blog ekonomi terkenal Malaysia econsmalaysia.blogspot.com berpendapat, dakwaan Rafizi bahawa tindakan kerajaan menjual aset-aset sebagai memenuhi sasaran defisit telah dibuat di atas asas yang goyah.

Ini kerana di Malaysia, penjualan aset tidak mampu mengurangkan bajet defisit kerana hasil jualan tersebut tidak dikira sebagai perolehan kerajaan.

Bajet defisit bermaksud perbelanjaan kerajaan mengatasi pendapatan.

"Apa yang lebih penting, terdapat isu perakauanan yang tidak dijelaskan oleh Rafizi – mengikut konteks Malaysia, penggunaan aset tidak akan mengurangkan defisit kerana ia tidak dikira dalam perolehan.

"Namun ia boleh mengurangkan keperluan kerajaan untuk meminjam. Hasil daripada penjualan aset tersebut mampu mengurangkan terbitan sekuriti kerajaan dan bukannya menambah pendapatan,” katanya.

Tambahnya, memang terdapat jualan aset bersih pada suku pertama 2013 iaitu sebanyak RM8.98 bilion tetapi ia diimbangi dengan pembelian aset pada suku kedua dan suku ketiga.

Ini sekali gus membawa maksud bahawa setakat suku ketiga 2013 tiada sebarang jualan aset bersih dilakukan kerana jumlah jualan aset kerajaan menguncup RM66.6 bilion.

Penulis blog tersebut turut menyangkal dakwaan Rafizi yang mengatakan tindakan kerajaan menerbitkan sekuriti terhadap pinjaman perumahan kakitangan kerajaan akan menjerumuskan Malaysia ke dalam krisis gadai janji seperti yang pernah dialami oleh Amerika Syarikat.

Jelas beliau, krisis gadai janji berpunca daripada pelbagai keadaan manakala struktur pasaran tersebut (struktur pasaran yang digunakan di Amerika Syarikat) tidak wujud di Malaysia.

Krisis gadai janji berlaku apabila terdapat struktur kewangan yang menggabungkan sekuriti yang mempunyai profil risiko berbeza dalam satu kumpulan ditambah dengan kegagalan insurans.

Itulah penyebab kepada krisis kewangan Amerika Syarikat pada 2008.

“Jika anda (Rafizi) sangat rungsing mengenai krisis gadai janji, maka jangan galakkan rakyat untuk membeli rumah.

"Jika harga rumah terlalu tinggi bagi kebanyakan orang, memudahkan pemilikan rumah akan membawa Malaysia ke arah itu (krisis gadai janji).

"Dalam konteks ini, pensekuritian (securitisation) tidak mungkin menjerumuskan Malaysia ke arah krisis gadai janji,” katanya. 

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute