@anwaribrahim BEKAS BANDUAN - KEDUTAAN JEPUN #HALAUanwar

Oleh : AJ

Tindakan Jepun menghalau Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim nampaknya telah mencetuskan polemik dikalangan penyokong Anwar Ibrahim. Anwar dengan kaedah biasanya, menuduh kerajaan Malaysia terlibat dalam 'konspirasi' pengusiran beliau dari Jepun. Malah penyokong Anwar bagaikan hilang akal, dan terus menyalahkan kerajaan Jepun kerana menghalang 'pemimpin agung' mereka dari memasuki negara matahari terbit tersebut.

Sedangkan apakah fakta sebenarnya?

Berikut laporan Rakyat News yang memetik kenyataan dari pegawai Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur :

PETALING JAYA 22 Jan - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan masuk ke Jepun baru -baru ini berikutan pemansuhan visa rakyat Malaysia untuk ke negara itu yang diputuskan dan ia tidak melibatkan kes bekas banduan yang dimiliki beliau.

Anwar yang pernah dipenjarakan pada 1999 sepatutnya memohon untuk mendapatkan visa atau memfailkan rayuan bagi kebenaran khas masuk ke Jepun sewaktu ketibaannya di lapangan terbang, kata pegawai kanan Kedutaan Jepun.

Beliau berkata, Anwar tidak membuat permohonan visa mahupun memfailkan rayuan di lapangan terbang.

"Semua ketegangan ini dapat dielakkan sekiranya Anwar mengikut prosedur seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pengiktirafan Pelarian dan Kawalan Imigresen Jepun," kata pegawai itu.

Pegawai kedutaan itu berkata, pemansuhan visa untuk rakyat Malaysia yang berkuatkuasa pada Julai tahun lepas hanya untuk mereka yang tidak pernah disabitkan bersalah atau dipenjarakan selama lebih setahun.

"Dalam kes Anwar, beliau ditahan pada 1998 kerana rasuah ketika berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan disabitkan hukuman penjara enam tahun (kerana salah guna kuasa).

"Semua perkara berkaitan dengan undang-undang telah diperjelaskan kepada Anwar di Lapangan Terbang Narita pada 19 Januari.

"Selepas memberikan penjelasan itu, Anwar tidak membuat pilihannya untuk memfailkan rayuannya bagi mendapatkan kebenaran khas masuk ke Jepun.

"Beliau sebaliknya memutuskan untuk kembali pulang ke Malaysia," katanya, sambil menambah bahawa proses berhubung rayuan itu mengambil masa sehingga dua hari.

Mengenai dakwaan Anwar bahawa beliau tidak mempunyai masalah masuk ke Jepun sebelum ini malah selepas dipenjarakan pada 1999, pegawai itu berkata, Anwar memohon visa pada April 2011 dan Jun 2012.

"Tetapi, Anwar tidak menghantar sebarang permintaan bertulis untuk permohonan visa berhubung perjalanannya yang terbaru ke Jepun.

"Jika kita tahu beliau (Anwar) akan datang ke Jepun, dan pejabatnya telah menghantar surat permohonan lebih awal, perkara ini (masalah) tidak akan berlaku," katanya sambil menambah bahawa mereka boleh memberikan kebenaran berdasarkan pertimbangan diplomatik.

Mengenai dakwaan Anwar bahawa pegawai pejabatnya telah mendapatkan kebenaran daripada Kedutaan Jepun di Malaysia, pegawai itu berkata, mereka tidak dapat mengesan sebarang permintaan bertulis yang dibuat oleh beliau.

Post a Comment

0 Comments