PAS DILIWAT OLEH ANWAR DI KAJANG #PRKJUBOR

PEMUDA PAS MALAYSIA TUNTUT PENJELASAN

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa terkejut dan terkilan dengan perletakan jawatan tanpa alasan yang munasabah Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang Selangor, Y.B.Lee Chin Cheh. Tanpa ada berlakunya tsunami politik yang menggila, perletakan jawatan ini telah mewujudkan satu persepsi yang tidak baik kepada rakyat negeri Selangor terhadap kesepaduan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Rakyat akan meluat dan bosan dengan keletah politik rakus kuasa di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan merosakkan imej baik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor itu sendiri.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap perletakan jawatan ini sebagai satu pengkhianatan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat serta membelakangkan semangat ‘syura’ di kalangan PR Negeri Selangor. Perletakan jawatan ini juga akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan tenaga-tenaga petugas parti apabila Pilihanraya Kecil terpaksa diadakan. Sepatutnya untuk penggal kedua pemerintahan, PR Selangor telah semakin mantap dalam meneruskan agenda membantu rakyat Selangor.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyifatkan tindakan ADNKajang ini telah memberi peluang kepada musuh politik PR Selangor untuk menaburkan khabar angin dan fitnah berlakunya politiking dalaman PKR Selangor terhadap usaha untuk memberikan tekanan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim supaya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.

Selain itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda ‘politik egois’ dan ‘besar kepala’ dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor. PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor.

Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menuntut penjelasan yang munasabah daripada ADN Kajang terhadap perletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kadar segera. Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR.  
  
Saudara Mohd Sany Bin Hamzan

Pengarah,
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia

28 Januari 2014

Post a Comment

8 Comments

  1. INI ada sebuah Pantut yang semua patut baca:-

    KAJANG PAK MALAU KAJANG BERLIPAT,
    KAJANG SAYA MENGKUANG LAYU,

    PERTANDINGAN DI KAJANG BUKAN SEBARANG DIBUAT,
    INI MEMBERI LALUAN KU MENJADI MB BARU.

    ReplyDelete
  2. anti-Teloq Eiilek28 January 2014 at 16:12

    Awat hamPAS tu sibuk-sibuk. Kamu tu kan keldaian P'Gay'R dan DAPpigs. Ngikut sajalah.....kalau ada teloq dah lam pi mengadap kebawah DYMM Sultan mintak jawatan MB tu bila Khalid G lepaskan nanti. Tapi.....ada teloq ke para keldaian tu....??????

    ReplyDelete
  3. Org dh lama nampk perangai sebenar PKR. Dh brp kali PAS kena. Dh brp kali PKR pergunakn PAS. PKR adalah parti serpihan UMNO. Perangai lama masih ada dlm diri. So jgn harap le anda akan dpt PKR serba adil dan saksama. Sekadar ckp je. Selagi ia tidak diasaskn atas dasar agama, nmakn parti ape pn....perangai lebih kurang same je. Pda sama...PKR parti caca marba. Tiada hala tuju yg jelas utk umat islam dan bangsa melayu. Hanya ktanya...adil...tu je. Sya meraguinya. Ape pn....kehidupan diteruskn....dan PAS...masih spt biasa....business as usual. Masih bersama pakatan....masih biarkn PKR "buat dunno" kat PAS. Masih benarkn DAP perkudakn PAS. Tujuan parti PAS ditubuhkn pn dh makin jadi kabur sejak2 jdi rakan PR. Ada pulak geng2 baru dlm PAS nk takrifkn semula hala tuju PAS. Xnk dh ckp psl hudud. Nk ckp psl kebajikan. Parti Mesra Kristian. Apa kristian minta....bgi je. Ye la...PAS lebih terbuka dri UMNO kan?

    ReplyDelete
  4. Udah-udah.. biar la sape pun jadi calon kat PRK Kajang tu. Aku harap kali ni tak payah blogger-blogger pro kerajaan highlightkan pasal kehebatan calon BN. Biar Pengerusi Media Baru UMNO yang baru buat kerja dia sorang2. Korang duduk diam perhati dari jauh cukup. Takkan nak biarkan si Ibdil lifestyle tu makan gaji buta tak buat kerja je... udah-udah.

    Kalau calon PR menang pun tak mengubah landskap politik Malaysia ni la.. biarkan mereka dengan angan-angan tak sudah mereka...udah-udah

    ReplyDelete
  5. Tahniah akhirnya rakyat Selangor dapat seorang pejuang LGBT dan COMANGO sebagai Menteri Besar....Aminnnnn...Yang Ini khas pada orang PAS lu ada mata lu lihat,lu ada telinga lu dengar, lu ada tangan lu mau kasi undi lagi ka...lu ada lobang bontot luuu pikir la sendiri....Tahniah rakyat Selangor Darul LGBT

    ReplyDelete
  6. Belum pun menjanda anak bang non....sultan meaka dah panggil PAPA....aawuuuu....doonia dah gila....

    ReplyDelete
  7. muahahhahahahahhahahahahahahahahahahahhahahahahhaha...ada jugak ayat2 MACAI Al-Jub cuba nak defend dgn kaitkan bloger...muahahahhaha..takde idea dah ke..?

    ReplyDelete
  8. Kegagalan anwar aljuburi menjadi calon prk kajang adalah satu rahmat buat rakyat selangor khasnya. Tahu kah anda bahawa BUMI ALLAH tidak rela dipijak oleh golongan PELIWAT dan PENZINA?... ALLAH Maha berkuasa lagi Maha mengetahui siapa anwar ibrahim sebenarnya. Bersyukurlah kamu semua dengan situasi terkini prk kajang. Jika anwar bertanding dan menang, mungkin BALA besar akan turun di KAJANG dan SELANGOR kerana kejahilan pengundi yang memilih PELIWAT serta PENZINA sebagai pemimpin mereka. ALLAH telah menggerakkan hati HAKIM yang BERIMAN untuk memutuskan bahawa anwar BERSALAH dan dijatuhkan hukuman PENJARA 5 TAHUN atas sabitan MELIWAT.....Alhamdulillah....

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.