ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 26 January 2014

PENGUMUMAN : GARIS PANDUAN KESELAMATAN BIL. 2 TAHUN 2014 KEPADA WARGANEGARA MALAYSIA DI REPUBLIK ARAB MESIR

GARIS PANDUAN KESELAMATAN BIL. 2 TAHUN 2014
KEPADA WARGANEGARA MALAYSIA DI REPUBLIK ARAB MESIR

Sukacita bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Keselamatan terkini siri 2/2014 untuk makluman kepada semua warga Malaysia di Mesir.

1. MAKLUMAT AM

1.1 Garis Panduan Keselamatan Bilangan 2 Tahun 2014 ini dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) kepada semua warganegara Malaysia di Mesir bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kekacauan/ demonstrasi di Mesir. Garis Panduan ini merupakan susulan kepada beberapa siri garis panduan, nasihat perjalanan, kenyataan akhbar dan makluman yang dikeluarkan sebelum ini sama ada oleh KBMK ataupun Kementerian Luar Negeri Malaysia.

1.2 Lanjutan dari beberapa kejadian letupan bom yang berlaku di Kaherah pada awal pagi Jumaat, 24 Januari 2014, kerjasama tuan/ puan adalah dipohon untuk mengelakkan diri daripada keluar dari kediaman masing-masing pada 24, 25 dan 26 Januari 2014. Adalah dikhuatiri demonstrasi besar-besaran akan diadakan pada hari-hari berkenaan serta ancaman letupan bom di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai termasuk di Cairo Book Fair.

1.3 Lawatan ke utara Semenanjung Sinai adalah dilarang sama sekali. Kawasan-kawasan lain yang perlu dijauhi di Kaherah adalah seperti di LAMPIRAN A, di Alexandria (Sidi Bishr dan Masjid Ibrahim), di Mansourah (kawasan persekitaran Universiti Mansourah) dan sepanjang perjalanan ke Hurghada, Marsa Matrouh dan Siwa. 

2. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

2.1. Tidak keluar rumah/ kediaman khususnya pada tarikh-tarikh tersebut di perenggan 1.2, melainkan jika benar-benar perlu;

2.2. Menghindari kawasan tumpuan perhimpunan dan tunjuk perasaan;

2.3. Tidak melibatkan diri dalam sebarang jenis perhimpunan atau tunjuk perasaan; 

2.4. Berjalan secara berkumpulan (sekurang-kurangnya tiga orang) terutamanya pada waktu malam; 

2.5. Mengelak diri daripada memberi sebarang komen, ulasan atau memaparkan sebarang simbol mengenai politik dalaman Mesir kepada mana-mana individu atau organisasi, termasuk melalui facebook, twitter, blog dan laman media sosial yang lain. Kerajaan Malaysia mengamalkan dasar tidak campur tangan di dalam urusan dan hal ehwal mana-mana negara (non-interference policy);

2.6. Tidak membawa sebarang bahan bacaan mengenai situasi politik di Mesir, termasuk bahan-bahan bacaan yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu;

2.7. Warga Malaysia yang masih menantikan kelulusan visa bekerja/ belajar di Mesir dipohon untuk menghadkan perjalanan mereka.

2.8. Semua warganegara Malaysia yang berada di Mesir dinasihatkan supaya mendaftar dan sentiasa mengemaskini butiran diri dengan Unit Konsular, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah melalui salah satu daripada kaedah berikut:

2.7.1 Mengirim emel dengan menyertakan butir-butir peribadi dan alamat perhubungan kepada alamat emel malcairo@kln.gov.my

2.7.2 Menghubungi Kedutaan Besar Malaysia Kaherah pada waktu pejabat di nombor telefon (002) 02 3761 0013 (Encik Ahmed el Wassiff, Unit Konsular Kedutaan Besar Malaysia Kaherah).

2.8 Bagi pelajar Malaysia yang berada di Mesir, sila daftarkan diri anda di laman web Pejabat Education Malaysia Egypt http://educationmalaysiaegypt.net/. Pejabat Education Malaysia Egypt juga boleh dihubungi di alamat emel educationmalaysiaegypt@yahoo.com dan www.facebook.com/educationmalaysiaegypt.net

2.9 Kerjasama tuan/ puan juga adalah dipohon untuk mengikuti laman facebook Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah di www.facebook.com/malcairo bagi mendapatkan nasihat/ panduan keselamatan dari semasa ke semasa. 

2.10  Kerjasama tuan/ puan juga adalah dipohon untuk memaklumkan kepada mana-mana pegawai Kedutaan melalui telefon, emel, whatsapp dan sebagainya, termasuk berkongsi pengalaman/ pemerhatian tuan/ puan mengenai keadaan semasa sekiranya tuan/ puan secara tidak sengaja berada di lokasi kekacauan/ demonstrasi berkenaan.

Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah
24 Januari 2014
LAMPIRAN A

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute