ARAB SAUDI DERMA US$53.3 JUTA KEPADA PENDUDUK GAZA

Oleh : Putra

RIYADH : Agensi berita rasmi Arab Saudi melaporkan, pemerintah tertinggi Arab Saudi, Raja Abdullah Bin Abdul Aziz telah mendermakan sejumlah 53.3 juta dolar Amerika kepada penduduk Palestin di Gaza sebagai bantuan awal kepada mangsa-mangsa terbaru serangan Zionis Yahudi.

Bercakap kepada agensi berita itu, Menteri Kewangan Arab Saudi, Ibrahim Bin Abdul-Aziz berkata: "derma ini telah diharapkan mampu menampung keperluan perubatan dan peralatan yang diperlukan untuk merawat mangsa-mangsa perang Israel di Gaza, yang mana telah menjejaskan kehidupan seharian beribu-ribu orang yang tidak bersalah, termasuk orang kurang upaya. "

Dalam serangan sebelum subuh pada Sabtu yang lalu, jet pejuang Israel telah menyasarkan mengebom banggunan persatuan kebajikan orang kurang upaya yang telah menyebabkan tiga orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam kejadian berkenaan.

Sejak Israel mengumumkan perang keatas Gaza yang dinamakan sebagai 'Operation Protective Edge', hampir 170 rakyat Palestin terkorban manakala 1,200 yang lain pula cedera, yang menyaksikan kebanyakkan mangsa adalah orang awam dengan jumlah yang besar terdiri dari kanak-kanak dan wanita.

Dalam pada itu, mesyuarat keselamatan Israel memutuskan untuk terus menggiatkan serangan ke atas Gaza sekaligus mencabuli resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menyeru kedua-dua pihak melaksanakan genjatan senjata.

Dalam masa yang sama, Perkhidmatan kecemasan Israel melaporkan sejumlah 208 kes dilaporkan berpunca dari roket yang dilancarkan dari Gaza dengan 11 kes terkena serpihan, 36 cedera akibat bergegas ke tempat perlindungan, 6 cedera dalam kemalangan kereta akibat dari mendengar siren dan 151 mengalami panik serangan.

Sumber : https://www.middleeastmonitor.com/news/middle-east/12765-saudi-arabia-donates-533m-to-victims-in-gaza

Post a Comment

0 Comments