NAJIB BUKTIKAN ORANG MELAYU PAKAR DALAM BERDIPLOMASI


Dipetik dari : Politik N9

Najib Razak pakar dalam buat rundingan dan ia diiktiraf negara luar!

Persetujuan kumpulan pemisah, Aleksander Borodai menyerahkan mayat mangsa tragedi, dua kotak hitam kepada Msia selain menjaminkan keselamatan kepada penyiasat antarabangsa memasuki kawasan nahas #‎MH17 membuktikan DS Najib Razak seorang pemimpin yang bijak dalam membuat rundingan diplomasi.

Recap dua kejayaan rundingan sebelum yang mendapat pengiktirafan negara luar di mana Najib Razak bertindak sebagai orang tengah & pemudah cara dalam rundingan.

1. Perjanjian Damai antara kerajaan Filipina - MILF sekaligus menamatkan konflik 40 tahun antara Filipina & Bangsamoro yang telah mengorbankan lebih 150,000 pada 27 Mac 2014.

2. Perjanjian Konsesus antara kerajaan Thailand & kumpulan pejuang Islam, Barisan Revolusi Nasional (BRN) - membuka sejarah baru konflik 9 tahun penduduk Islam di Selatan Thai yang telah mencatatkan angka korban seramai 5,500 orang.

Tatkala segelintir rakyat kita melihat Najib Razak sebagai pemimpin lembik, pandangan negara luar nyata berbeza kerana mereka melihat Najib sebagai pemimpin yang komited mengotakan kata-kata kepada tindakan.

Jadi tidak hairanlah Najib Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama yang dijemput melawat Palestin.

Post a Comment

0 Comments