ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 25 August 2014

[KHAS BUAT MAHASISWA & BELIA] HADIAH BERJUMLAH RM 31 RIBU RINGGIT MESTI DIMENANGI!!! PERTANDINGAN AGRO YOUTH BUSINESS IDEA

PERTANDINGAN AGRO YOUTH BUSINESS IDEA SEMPENA MAHA 2014

PENGENALAN

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan menganjurkan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2014 pada 20 - 30 November 2014 bertempat di MAEPS, Serdang.

Sempena penganjuran MAHA 2014, TEKUN Nasional telah dilantik untuk mengadakan Pertandingan Agro Youth Business Idea untuk mahasiswa dan belia warganegara Malaysia. 

Pertandingan Agro Youth Business Idea merupakan pertandingan kali pertama sempena MAHA 2014 dan merupakan pertandingan penyediaan Rancangan Pertandingan (RP) dalam kalangan mahasiswa dan belia Malaysia. Melalui pertandingan tersebut, mahasiswa dan belia yang berumur 18 hingga 35 tahun dikehendaki menyediakan sebuah RP yang menguntungkan dan berdaya maju dalam empat (4) sektor iaitu:

a) pertanian;
b) penternakan;
c) perikanan; atau
d) industri asas tani.

OBJEKTIF PERTANDINGAN

Berikut adalah objektif penganjuran pertandingan tersebut:

a) Menggalakkan penglibatan belia dalam mencetuskan idea-idea baru keusahawanan dalam bidang pertanian.

b) Memberikan idea yang dapat memberi impak kepada pembangunan sektor pertanian dan industri asas tani negara.

c) Menarik minat gologan belia menceburi keusahawanan dalam bidang pertanian dan industri asas tani sebagai kerjaya pilihan.

SASARAN PESERTA

Pertandingan ini terbuka kepada :

1. Mahasiswa IPTA
2. Belia warganegara Malaysia yang berumur 18 – 35 tahun


TEMA PERTANDINGAN

“Agroteknologi Pemangkin Transformasi”

Maklumat lanjut layari : http://tekun.gov.my/web/guest/pertandingan-agro-youth-business-idea

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute