ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 15 August 2014

PENCAPAIAN STATUS “PLATINUM” FAKULTI PERAKAUNAN UiTM SHAH ALAM

Oleh : Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar

1. Untuk pengetahuan Semua, Fakulti Perakaunan, UiTM telah dianugerahkan sebagai tuition provider berstatus “Platinum” oleh pihak Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) bermula dari Jun 2010. Pengiktirafan ini menjadikan UiTM sebagai IPTA pertama di Malaysia yang diperakui mampu melahirkan akauntan bertaraf antarabangsa.

2. Status “Platinum” merupakan anugerah tertinggi yang diberikan oleh pihak ACCA berdasarkan kriteria seperti kemudahan yang disediakan di fakulti, teknik pengajian dan pengajaran serta keputusan dan pencapaian cemerlang berterusan penuntut. Kriteria utama adalah berdasarkan pencapaian kecemerlangan di dalam keputusan peperiksaan di mana 75 peratus daripada kursus yang ditawarkan mempunyai kadar kelulusan melebihi daripada kadar kelulusan dunia.

3. Faktor-faktor berikut juga telah menyumbang kepada status “Platinum” ini :

a. Menetapkan syarat kemasukan yang kompetitif untuk setiap ‘entry route’.
b. Fakulti mengadakan bengkel-bengkel berkala seperti teknik menjawab peperiksaan, teknik belajar, motivasi dan bengkel ulangkaji intensif.
c. Fakulti mengwujudkan sistem pemantauan pencapaian akademik pelajar secara berkala.
d. Pensyarah Fakulti yang berpengalaman dan pakar di dalam bidang pengajaran.
e. Pensyarah Fakulti dilantik oleh Badan Profesional Perakaunan sebagai ahli Majlis badan tersebut.
f. Pensyarah Faklti dilantik sebagai pemeriksa untuk peperiksaan akhir Badan Profesional Perakaunan
g. Pensyarah Fakulti dilantik oleh Badan Profesional Perakaunan sebagai fasilator bengkel ulangkaji
h. Hubungan yang rapat antara pensyarah dan pelajar.

4. Sesungguhnya pihak Universiti amat berbangga dengan pencapaian Fakulti Perakaunan setakat ini dan yakin Fakulti Perakaunan akan dapat berkembang dengan pesat dan terus cemerlang untuk menyumbang kepada peningkatan bilangan akauntan bumiputera yang mempunyai kelayakan profesional di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute