ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 18 August 2014

PERDAMAIAN LEBIH BAIK DARI PERMUSUHAN

Transliterasi oleh : Putera

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, sesungguhnya taqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah bekal yang terbaik bagi setiap orang yang mengharap rahmat-Nya.  Dengan taqwa, seseorang itu akan mendapatkan rezeki dari arah yang tidak disangkainya dan dia akan mendapatkan kemudahan setelah kesusahan, dan kelapangan setelah kesempitan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,


أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ . الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ (يونس : 62 ، 63)

“Ingatlah sesungguhnya wali-wali (kekasih-kekasih Allah itu tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa.” (Yunus: 62-63)

Sesungguhnya pengetahuan manusia, keinginan, dan watak mereka itu berbeza-beza meskipun mereka berasal dari bapak dan ibu yang sama (iaitu Nabi Adam dan Hawa). Dan sebenarnya ini merupakan ujian, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :


وَجَعَلْنَا بَعْضَكُمْ لِبَعْضٍ فِتْنَةً أَتَصْبِرُونَ وَكَانَ رَبُّكَ بَصِيرًا

“Dan Kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi yang lain. Sanggupkah kamu bersabar Dan Rabbmu Maha Melihat.” (Al-Furqan: 20)

Sebahagian orang ada yang memiliki kepribadian bijak, arif dan penuh toleransi. Dia tidak mudah emosi dengan kalimah-kalimah yang tidak enak didengar.

Sebahagian yang lain pula adalah orang yang gopoh, tidak sabar, gelojoh lagi, mudah tertipu, mudah mencerca sesuatu tanpa berfikir kesan yang bakal diterimanya. Atau dengan bahasa yang mudah, lisannya mendahului akalnya.

Seseorang Mukmin ialah seorang pendamai yang  agung, yang boleh menyatukan, bukan memecah belahkan, yang memperbaiki sesuatu keadaan, bukan merosakkan sesuatu perkara; bijak dalam mendamaikan pihak yang bertelingkah. Dan sebagai imbal baliknya, banyak orang yang mendoakan kebaikan untuknya dan memujinya kerana dia telah mendamaikan dan menyelamatkan individu atau kumpulan tertentu dari perpecahan.

Orang yang memerhatikan realiti di saat ini, maka dia akan dapati adanya keretakan yang menggores kemurnian cinta dan jalinan persaudaraan diantara sesama muslim. Hal ini berpunca dari hawa nafsu yang dituruti, kebakhilan, ketamakkan, dan mementingkan pendapat dan pandangan sendiri.

Rasululah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ أَيِسَ أَنْ يَعْبُدَهُ الْمُصَلُّونَ فِي جَزِيرَةِ الْعَرَبِ ، وَلَكِنْ فِي التَحْرِيْشِ بَيْنَهُمْ

“Sesungguhnya syaitan telah berasa bosan (putus asa) untuk menjadikan mereka disembah di Tanah Arab, tetapi syaitan akan memecah-belahkan di antara mereka.” (riwayat Imam Muslim, no 2812 dari sahabat Jabir bin Abdillah RA)

Ketika terjadi pertengkaran dan pertikaian, maka perdamaian menjadi suatu yang sangat terpuji. Jika perselisihan adalah keburukan, pertengkaran dan pertikaian adalah aib, maka perdamaian dan usaha mendamaikan adalah sebuah rahmat. Namun perlu diingatkan bahawa wujudnya perbezaan pendapat pada manusia adalah hal yang telah dinyatakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagaimana firman-Nya:


وَلَوْ شَآءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلاَيَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ

“Dan kalaulah Tuhamu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.” (Hud: 118)

Namun Allah mengecualikan darinya orang-orang yang mendapat rahmat-Nya.


إِلاَّمَن رَّحِمَ رَبُّكَ

“Kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Rabbmu.” (Hud: 119)

Perdamaian yang terwujud pada umat akan menjadikannya indah, namun jika hilang maka berbagai keburukan tidak akan terhindarkan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:


وَالصُّلْحُ خَيْرٌ

“Dan perdamaian itu lebih baik.” (An-Nisa: 128)

Allah Subhanahu wa Ta’ala juga berfirman:


فَاتَّقُوْا اللهَ وَأَصْلِحُوْا ذَاتَ بَيْنِكُمْ

"Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu," (al-Anfal: 1)

Allah Subhanahu wa Ta’ala befirman,


لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ (النساء : 114)

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan diantara manusia. ” (An-Nisa: 114)


وَإِن طَآئِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا

“Dan jika ada dua golongan dari orang-orang Mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya.” (Al-Hujurat: 9)


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ

“Sesugguhnya orang-orang mukmin adalah saudara.” (Al-Hujurat: 10)

Dan sungguh tidak ada di dunia jurudamai yang sehebat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam . Baginda mendamaikan suku-suku, antara individu-individu dan kelompok masyarakat. Baginda juga mendamaikan pasangan suami-isteri, dua orang yang berhutang, dan juga juru damai dalam menegakkan hak harta, nyawa dan kehormatan. Bagaimana tidak, padahal baginda sendiri bersabda:


أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَفْضَلِ مِنْ دَرَجَةِ الصِيَامِ وَالصَلَاةِ وَالصَدَقَةِ قَالُوْا بَلَى قَالَ صَلَاحَ ذَاتَ البَيْنِ فَإِنَّ فَسَادَ ذَاتَ البَيْنِ هِيَ الحَالِقَةُ

“Mahukah aku beritahukan kepadamu perkara yang lebih utama daripada puasa, solat dan sedekah? Para sahabat menjawab, “Tentu wahai Rasulullah.” Baginda bersabda, “Iaitu mendamaikan perselisihan diantara kamu, kerana rosaknya perdamaian diantara kamu adalah pencukur (perosak agama).” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi)

Disebutkan di dalam sebuah hadit;


عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهَ : أَنَّ أَهْلَ قُبَاءِ اقْتَتَلُوْا حَتَّى تَرَامُوْا بِالحِجَارَةِ فَأَخْبَرَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ بِذَلِكَ فَقَالَ ( اِذْهَبُوْا بِنَا نُصْلِحُ بَيْنَهُمْ(

Dari Sahal bin Sa’ad radhiallahu ‘anhu, bahawa penduduk Quba’ telah bertelingkah sehingga saling melempar batu, lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dikabarkan tentang peristiwa itu, maka baginda bersabda: Mari kita pergi untuk mendamaikan mereka. (HR. Al-Bukhari)

Wahai kaum Muslimin, semoga Allah selalu menjaga kita semua.

Sesungguhnya perdamaian termasuk diantara sebab munculnya rasa cinta dan penyambung keretakkan. Kadangkala perdamaian itu lebih baik daripada hukum yang diputuskan oleh hakim. Dalam perdamaian, ada pahala dari Allah Subhanahu wa Ta’ala dan ada dosa yang dihapuskan. Ini termasuk dalam pertikaian rumah tangga.

Namun kita perlu sedar bahawa, semua usaha damai itu tidak akan terwujud kecuali diikuti dengan keinginan yang kuat, yang nyata, serta niat tulus suci dari semua pihak, antara jurudamai dan yang didamaikan. Allah Subhanahu wa Ta’ala mengaitkan perdamaian itu dengan adanya kemahuan yang baik dari semua pihak. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:


إِنْ يُرِيْدَا إِصْلَاحَا يُوَفِقِ اللهُ بَيْنَهُمَا

“ Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik.” (An-Nisa: 35)

Suatu ketika, Imam Hasan al-Basri rahimahullah didatangi oleh dua orang yang bertelingkah dari Tsaqif. Lalu Imam Hasan berkata, “Kalian berdua masih satu kelompok dan satu kerabat, (kenapa) masih saja bertelingkah?” Mereka menjawab, “Wahai Abu Sa’id, kami hanya ingin berdamai. “Beliau rahimahullah berkata, “Ya. Kalau begitu kalian bicaralah!” Akan tetapi keduanya malah saling melempar tuduhan dusta ke lawannya. Melihat ini, Imam Hasan al-Basri menjawab, “Demi Allah! Kalian berdusta! Bukan perdamaian yang kalian inginkan, kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang ertinya: ““ Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik.” (An-Nisa: 35)

Oleh kerana itu bertaqwalah wahai hamba Allah! Sudahi dan hentikanlah pertengkaran dan pertikaian, terutama sekali dalam hal-hal yang remeh temeh.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,


وَجَزَاءُ سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِثْلُهَا فَمَنْ عَفَا وَأَصْلَحَ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ )الشورى : 40(

“Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya)” (Asy-Syura: 40)

Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala mengampunkan kita semua dan menyatukan hati-hati kita agar dapat bersatu bagi menegakkan agama Allah di muka bumi ini.

Sumber : Sumber: Majalah as-Sunnah edisi 01, tahun XVI, Jumadil Akhir 1433 H/Mei 2012 M dari http://khotbahjumat.com/perdamaian-itu-lebih-baik/#

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute