ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 18 August 2014

SYIAH BUAT ONAR DI MAKKAH

Oleh : Nurfitri Hadi & AJ

Kadangkala susah bagi kita untuk membezakan mana pihak yang benar dan mana pihak yang salah. Kadangkala kita mendengar cerita dari pihak yang salah, mereka itulah melakukan penghianatan dan kejahatan, namun mereka melemparkan ungkapan-ungkapan yang memburuk-burukkan orang lain sehingga kita tertipu dan mengakui  bahawa orang yang benar itu adalah pihak yang melakukan kesalahan manakala yang salah itu dipihak yang benar.o Hal ini telah dikhabarkan oleh Nabi kita Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sabda baginda,


سيأتي على الناس سنوات خداعات يصدق فيها الكاذب و يكذب فيها الصادق و يؤتمن فيها الخائن و يخون فيها الأمين

“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu daya, dimana pendusta dipercayai dan orang jujur didustakan, pengkhianat diberi amanah dan orang yang amanah dikhianati,…” (HR. Hakim).

Hal itu juga terjadi pada kumpulan-kumpulan yang kononnya berada di jalan kebenaran, seperti kelompok Syiah. Orang-orang Syiah pada hari ini menuding jari kepada Ahlussunnah wal Jamaah atau Sunni sebagai kelompok yang tidak mencintai keluarga Nabi, kelompok yang radikal, terorist, dan ekstrimis. Setelah itu, mereka menambahkan cerita-cerita rekaan yang dipenuhi dengan pelbagai kebohongan untuk menguatkan pendapat mereka.

Jika kita membaca sejarah, maka akan kita dapati bahwa Syiah merupakan suatu mazhab (pada pendapat kami Syiah adalah Agama) yang banyak menebarkan kebencian dan peperangan di tengah umat Islam. Lihat sahaja dengan kehancuran Baghdad, lalu bagaimana Dinasti Fatmiyah berkuasa, dan lain-lain lagi. Kali ini kita akan membicarakan mengenai sejarah tentang kejahatan Syiah di tanah Haram. Sebelum masuk perbahasan, kita perlu mengetahui terlebih dahulu dimanakah kedudukan Makkah dan Madinah bagi orang Syiah.

Kedudukan Karbala Setara Kedudukan Makkah

Di dalam kitab rujukan utama Syiah seperti Biharul Anwar diriwayatkan,

قال جعفر …”فأوحى الله إليها أن كفي وقري، ما فضل ما فضلت به فيما أعطيت كربلاء إلا بمنزلة الإبرة غرست في البحر فحملت من ماء البحر، ولولا تربة كربلاء ما فضلتك، ولولا من تضمنه أرض كربلاء ما خلقتك ولا خلقت البيت الذي به افتخرت، فقري واستقري وكوني ذنبًا متواضعًا ذليلاً مهينًا غير مستنكف ولا مستكبر لأرض كربلاء، وإلا سخت بك وهويت بك في نار جهنم”

Ja’far berkata, “…Sesungguhnya Allah telah mewahyukan ke Kaabah; kalaulah tidak kerana tanah Karbala, maka Aku tidak akan mengutamakanmu, dan kalaulah tidak kerana orang yang dipeluk oleh bumi Karbala (Hussin), maka Aku tidak akan menciptakanmu, dan tidaklah Aku menciptakan rumah yang mana engkau berbangga dengannya, maka tetap dan berdiamlah kamu, dan jadilah kamu sebagai dosa yang rendah, hina, dina, dan tidak bongkak dan sombong terhadap bumi Karbala, kalau tidak, pasti Aku telah buang dan lemparkan kamu ke dalam Jahanam”.

Mengunjungi Karbala Lebih Mulia dari Haji

Masih merujuk kitab-kitab utama Syiah, terdapat sebuah riwayat yang menceritakan tentang keutamaan ziarah ke tanah Karbala di Iraq lebih utama dari melaksanakan ibadah haji di Makkah.

إن زيارة قبر الحسين تعدل عشرين حجة، وأفضل من عشرين عمرة وحجة

“Sesungguhnya ziarah (berkunjung) ke kubur Hussin sebanding dengan (pahala) haji sebanyak 20 kali. Dan lebih utama dari 20 kali umrah dan 1 kali haji.” (Furu’ al-Kafi, 1: 324).

Salah seorang penganut Syiah menyatakan,

إني حججت تسع عشرة حجة، وتسع عشرة عمرة”، أجابه الإمام بأسلوب يشبه السخرية قائلاً: “حج حجة أخرى، واعتمر عمرة أخرى، تكتب لك زيارة قبر الحسين عليه السلام

“Sungguh saya telah menunaikan haji sebanyak 19 kali dan umrah juga 19 kali.” Lalu imam menjawabnya dengan perumpamaan yang mengejek, “Berhajilah sekali lagi dan umrahlah sekali juga, maka akan dicatatkan untukmu (pahala yang sama) dengan berziarah ke kubur Hussin ‘alaihissalam”. (Biharul Anwar, 38: 101).

Perdana Menteri Iraq, yang merupakan penganut Syiah Imam 12, menyatakan bahawa tanah Karbala lebih barakah untuk dijadikan kiblat umat Islam seluruh dunia. Dia beralasan dengan di Karbala terdapat Hussin radhiallahu ‘anhu. Dan dia akan berusaha mewujudkan perkara itu.

Berikut pernyataannya: 



Setelah mengetahui kedudukan Makkah bagi orang-orang Syiah, kita pun mengetahui mengapa mereka melakukan kerosakkan dan perbuatan onar di tanah Haram. Kita juga menyedari potensi kecemburuan mereka terhadap Makkah ini akan senantiasa muncul. Sekarang kita akan lihat sejarah prilaku pengganas orang-orang Syiah di tanah haram.

1. Kejahatan Syiah di Masa Silam

Pertama: Imam Ibnu Katsir dalam kitabnya al-Bidayah wa an-Nihayah mencatatkan suatu peristiwa pembunuhan jemaah haji oleh orang-orang Syiah Qaramithah. Pada tahun 312 H, orang-orang Syiah Qaramithah yang dipimpin oleh Abu Thahir, Hussin bin Abi Said al-Janabi menyerang jemaah haji yang baru sahaja pulang dari Baitullah al-Haram setelah selesai melaksanakan kewajiban mereka menunaikan ibadah haji. Mereka membunuh sejumlah besar jemaah, mengambil harta yang mereka inginkan, memilih para wanita dan anak-anak untuk mereka tawan, kemudian mereka tinggalkan orang-orang yang tersisa dengan mengambil unta-unta sebagai rampasan.

Kedua: masih dalam al-Bidayah wa an-Nihayah. Imam Ibnu Katsir juga mencatat kejadian pada tahun 317 H. Orang-orang Qaramithah dengan pemimpin mereka Abu Thahir, Hussin bin Abi Said al-Janabi, memasuki Masjidil Haram dan membunuh jemaah haji yang sedang beribadah di sana. Peristiwa itu terjadi pada hari ke 8 di bulan haram, bulan Zul Hijjah, di tanah haram, Makkah al-Mukaramah. Para jamaah haji sampai berlindung di  kiswah Ka’bah, namun orang-orang Syiah ini tidak peduli dan tetap menumpahkan darah mereka. Mengapa hal ini terjadi? Kerana mereka tidak memuliakan tanah haram sebagaimana yang telah disebutkan di atas.

Kemudian dengan sombongnya Abu Thahir memerintahkan jasad-jasad jamaah haji yang terbunuh di masukkan ke dalam telaga zam-zam, mereka mencarik-carik kiswah dan merosakkan pintu Ka’bah, dan yang paling melampai ialah mereka mencongkel hajar aswad dan membawa lari ke tempat mereka. Imam Ibnu Katsir menyebutkan pada tahun 339 H barulah mereka mengembalikannya semula ke Makkah.

2. Kejahatan Syiah di Zaman Modern.

Pertama: Pada tahun 1406 H/1986 M, pihak keselamatan Arab Saudi berhasil mematikan bahan peledak yang dibawa jemaah haji Iran yang memasuki Mekah.

Kedua: Di tahun berikutnya, 1407 H/1987 M,  jemaah haji Syiah Iran kembali mengadakan rusuhan / demonstrasi di tanah haram. Mereke berdemonstrasi anti Amerika di tanah suci dan di bulan suci dengan membawa senjata tajam.
















Video: 



Ketiga: Pada tahun 1414 H/1994 M orang-orang Syiah mengadakan sabotaj di dekat Masjid al-Haram. Mereka juga membunuh beberapa jemaah haji. Mereka adalah orang-orang Syiah dari Kuwait dan seorang dari Arab Saudi sendiri. Saat itu, Allah membukakkan keburukkan yang mereka tutupi dengan istilah toleransi atau persaudaraan Sunni-Syiah, di hadapan jemaah haji dari seluruh dunia.

Salah satu ketua Hizbullah di Lebanon menyatakan mereka (Hezbusyaitan) akan menyerang Mekah:



Sebenarnya masih banyak sekali kejahatan yang dilakukan oleh orang-orang Syiah di tanah haram, baik secara perseorangan ataupun berkumpulan yang telah tersusun. Mereka mencuri barangan jemaah haji malah ada yang membunuh jemaah haji yang berada antara safa dan marwa, dan lain-lain.

Penulis serahkan kepada pembaca, untuk menilai sendiri slogan-slogan penyatuan yang digembar-gemburkan oleh orang-orang Syiah di negeri ini. Apakah itu sebuah bualan atau memang sebuah kebenaran?

Siapa yang tidak membaca sejarah, maka dia akan dihukum dengan melakukan kesalahan yang sama dengan kesalahan di masa lalu.

1 comment:

  1. Syiah mmg bukan Islam, dan taqiyah mrk menjadikan mrk sgt tidak boleh dipercayai.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute