AZMIN - MENTERI BESAR 'WAKTU KECEDERAAN'

Oleh : Balan Moses

Sekalipun telah melakukan yang terbaik, PKR dan DAP tidak berjaya menjadikan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Sebaliknya, calon yang berjaya ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, seseorang yang sering menjadi ‘kuda hitam’ dan berjaya memenangi perlumbaan bagi merebut jawatan.

Perkara ini berlaku walaupun dua daripada tiga parti komponen Pakatan Rakyat sebelum ini bertegas hanya mahu Dr. Wan Azizah perlu mengetuai pentadbiran negeri terkaya dan termaju itu.

Alasan mereka mungkin begitu mudah dipertikai kerana Dr. Wan Azizah terkenal tidak mempunyai kemahiran pentadbiran mahupun politik walaupun telahmenjadi Ahli Parlimen sejak 1999.



Apa yang mengejutkan ialah DAP. Ini kerana parti itu mempunyai lebih ramai calon berkelayakan memegang jawatan berkenaan namun turut memberi laluan kepada PKR dan Dr. Wan Azizah.

Sudah tentu, terdapat hujah yang mengatakan bahawa seorang doktor gigi dan juga tokoh korporat yang tidak mempunyai pengalaman berpolitik boleh menjadi menteri besar, pastinya Dr. Wan Azizah juga boleh diberi peluang yang sama untuk mengetuai pentadbiran negeri.

Faktor-faktor penentu yang menjadikan Dr. Wan Azizah tidak boleh menjadi MB mungkin disebabkan oleh jantinanya – beliau merupakan wanita pertama yang dicadangkan untuk menjawat ketua bagi sebuah kerajaan negeri – dan juga fakta bahawa beliau merupakan isteri kepada Ketua Pembangkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdapat juga sebab lain iaitu faktor tekanan daripada PAS dan juga pihak berkepentingan lain yang menjadikan hampir mustahil bagi beliau mengemudi pemerintahan di Selangor.



Segalanya bagaikan telah disusun dan tidak berpihak kepada Dr. Wan Azizah sejak awal lagi. Beliau mempunyai personaliti kurang menarik dan sering dipersalahkan kerana gagal menarik perhatian sesetengah pemimpin atasan.

Bagaimanakah Azmin dan segelintir pihak dalam PR tanpa sokongan padu PAS, akan berfungsi ketika gabungan pentadbiran Selangor semakin longgar?



Ini adalah situasi baru buat PKR dan DAP, parti yang masih baru menjadi kerajaan negeri bersama pihak ketiga yang tidak dapat membuat keputusan sama ada mahu menjadi rakan PR atau berjuang sendirian.

PAS telah meletakkan dirinya di satu sudut lain dengan pendiriannya yang tersendiri terhadap Dr. Wan Azizah, menyebabkannya jadi tidak sebulu dengan rakan sekutunya di PKR dan DAP.

Selain itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga enggan berkompromi terhadap pendiriannya mengenai hal tersebut dan ia menimbulkan persoalan mengenai kekuatan gabungan di dalam PR.

Pakatan Rakyat benar-benar berada pada waktu yang sangat sukar apabila PAS tetap menolak permintaan rakan mereka supaya menerima cadangan pelantikan Dr. Wan Azizah sebagai MB.





PAS juga berada dalam keadaan sukar kerana golongan ulamaknya mengambil langkah progresif yang tidak memberi manfaat jangka panjang terhadap parti Islam itu.

Semua ini menjadikan masa-masa bernilai sebelum ini dibazirkan begitu sahaja. Ini kerana sejak awal lagi adalah sangat jelas Dr. Wan Azizah memang tidak akan dapat menduduki kerusi Menteri Besar.

Masa yang begitu berharga dibazirkan sedangkan ia sepatutnya digunakan bagi memenuhi harapan rakyat yang mengundi PR pada pilihan raya umum yang lalu.

Adakah PAS akan mengambil langkah tersendiri lagi dalam hal-hal penting pada masa hadapan ketika semua pihak perlu bersatu untuk tujuan yang pasti?

Ini adalah mesej jelas yang perlu diikuti oleh ‘sahabat-sahabat’ dalam politik.

Adalah sesuatu yang kurang benar untuk mengatakan kepentingan rakyat Selangor akan jadi keutamaan pada masa akan datang.

Jika PKR, DAP dan PAS tidak bekerja keras meraih semula keyakinan rakyat yang terhakis selepas berlakunya ‘Langkah Pincang Kajang’, maka semuanya akan hilang buat gabungan PR di Selangor.

Rakyat tidak ada ‘mood’ untuk melihat pelbagai koleksi ‘warna-warni’ orang politik yang hanya mementingkan diri sendiri dan mengorbankan kepentingan ramai.

Peti-peti undi bakal membuktikan sama ada PR berada pada landasan benar atau tidak. Barisan Nasional sbeelum ini sering mendakwa: PR mempunyai kepentingan parti yang sempit dan menjejaskan kepentingan lebih besar.

Adakah saya mendengar ungkapan lama yang mengatakan “lebih baik mengetahui syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak diketahui”?

Sumber : http://news.abnxcess.com/bm/2014/09/azmin-mb-kompromi/

Post a Comment

0 Comments