BAHASA MELAYU DALAM SQUADRON TENTERA UDARA DIRAJA BRITISH

Oleh : AJ

Jika anda berjalan-jalan di ibu kota, berapa banyakkan papan tanda atau iklan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium pengiklanan mereka? Rata-rata para pengiklan hari ini lebih gemar menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium memasarkan produk mereka kepada orang ramai. 

Selain itu juga, jika kita berkunjung ke syarikat-syarikat koprat. Kita mendapati, hampir kesemua urusan surat menyurat malah mesyuarat menggunakan bahasa Inggeris.

Walaupun aku tak nampak sebarang kesalahan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris di Malaysia ini, namun di sudut hatiku, aku tertanya-tanya. Apakah hina sangatkah Bahasa Melayu ini sehinggakan kebanyakkan rakyat Malaysia hari ini malu nak bertutur dalam Bahasa Melayu? Apakah Bahasa Melayu tidak mempunyai nilai komersial sehinggakan 'memaksa' para pengiklan menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium mengiklankan produknya kepada masyarakat Malaysia?

Namun disaat kita rakyat Malaysia sibuk mengagung-agungkan Bahasa Inggeris, tahukah kita bahawa orang Inggeris sendiri tidak pernah memandang Bahasa Melayu sebagai bahasa kelas kedua. Ini dapat dibuktikan apabila pihak Tentera Udara Diraja British, menggunakan Bahasa Melayu sebagai motto pasukan Squadron mereka.

Squadron 36 dan Squadron 230 adalah Squadron yang motto pasukan mereka ditulis dalam Bahasa Melayu. Dan sejarah penubuhan Squadron ini mempunyai kaitan dengan sejarah di Tanah Melayu. Dan sehingga kini mereka tidak mengubah motto pasukan mereka kedalam bahasa Inggeris atau Latin.

Jadi disini, marilah kita fikirkan bersama. Mengapa kita harus malu menggunakan Bahasa Melayu sedangkan bangsa asing menghargai dan mengiktiraf peranan Bahasa Melatu?

P/S : Tidak malukah kita?

Sumber

Post a Comment

1 Comments

  1. Sebenarnya ada 7 Skn yg ditubuhkan. kebanyakan dah 'disbanded' dibubarkan

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.