ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 5 September 2014

BANTAHAN KEPADA KENYATAAN AZIZ BARI : 'SULTAN TIADA KUASA MINTA BANYAK NAMA'

Dipetik dari FB : WakeUp Malaya

Berikut merupakan terjemahan kepada sebuah sanggahan yang ditulis oleh penulis yang menggunakan nama Seademon. Ia sebagai sanggahan kepada kenyataan Aziz Bari yang cuba memberikan gambaran salah kepada Hak Kuasa Sultan Selangor di dalam menentukan jawatan Menteri Besar.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertama sekali, saya kurang pasti siapa yang memberikan gelaran “Pakar Perlembagaan” kepada Professor Aziz Bari. Walaupun pada hakikatnya beliau pernah mengajar di fakulti undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, ianya tidak bermakna bahawa gelaran tersebut bersesuaian dengan dirinya. Ianya umpama kita secara semberono menganggap bahawa setiap orang tentera sebagai pakar pemusnah. Walau bagaimanapun, semua orang tentunya sedar bahawa beliau sememangnya mempunyai kecenderungan politik berpihak kepada Pakatan Rakyat, terutamanya PKR.

Mungkin ramai juga sudah memberikan respon kepada Aziz Bari terhadap dakwaan yang dibuatnya bahawa Sultan Selangor tidak mempunyai hak untuk meminta lebih nama untuk dipilih sebagai Menteri Besar. Seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini dengan artikel yang bertajuk ‘Pakar: Sultan Tiada Kuasa Minta Banyak Nama’ (27hb Ogos, 2014). Dalam kenyataannya, Aziz Bari mendakwa dalam sistem berparlimen, kerajaan negeri bertanggungjawab terhadap dewan undangan negeri (DUN) dan bukannya terhadap Sultan.
Beliau menambah lagi bahawa Sultan hanya perlu bersetuju untuk melantik calon yang mempunyai sokongan majoriti ADUN sebagai Menteri Besar.

‘Sokongan majoriti’ katanya kepada Malaysiakini ‘ialah satu-satunya kriteria yang diperlukan untuk melantik Menteri Besar, makanya Sultan tidak mempunyai hak untuk meminta lebih nama dengan adanya sokongan majoriti.’

Mungkinkah, ‘Pakar Perlembagaan’ kita tidak tahu-menahu tentang latar belakang sejarah Perlembagaan. Raja-Raja Melayu mungkin mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, namun sistem kita tidak sama langsung dengan sistem Beraja Westminster yang diamalkan di England. Di England, sistem beraja digunapakai semula dengan permahsyuran Raja Charles II oleh Parlimen setelah Oliver Cromwell gagal menjadikan England sebagai sebuah republik dengan terbunuhnya Raja Charles I.

Di England juga, semua undang-undang diluluskan di Parlimen tanpa perlu mendapat perkenan Permaisuri (ataupun perkenan Raja, jika Pemerintah England ketika itu merupakan seorang lelaki). Keduanya ialah berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendapatan yang diwarisi oleh Penguasa di Lancaster atau Penguasa di Cornwall.

Ketiganya, berkenaan dengan perkara-perkara yang membabitkan harta benda milik peribadi Raja dan kerabatnya, dan akhir sekali berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan ‘kepentingan peribadi’ Raja itu sendiri.

Untuk memahami peranan Raja-Raja Melayu di Malaysia, kita haruslah menoleh sedikit ke belakang dan melihat kepada sejarah pembentukkan negara ini. Kerajaan kita sebenarnya telah melakukan satu kesalahan besar apabila cuba memupuk semangat kebangsaan kepada setiap warganya dengan cara yang salah.

Tentunya cara yang paling mudah untuk berbuat demikian ialah dengan mengatakan bahawa kita telah dijajah oleh British dan kita akhirnya berjaya memperoleh kemerdekaan daripada mereka-ini mungkin benar bagi negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.

Hakikatnya apabila Tanah Melayu ‘merdeka’, hanya Pulau Pinang dan Melaka memilih untuk memasuki semula Tanah Melayu manakala Singapura kekal sebagai sebuah negeri jajahan British.

Keberadaan British di Tanah Melayu sebenarnya bertitik-tolak dengan beberapa perjanjian yang dibuat mereka dengan Raja-Raja Melayu. Penasihat British dilantik dan digajikan Sultan, yang melantik mereka untuk mentadbir negeri bagi pihak Sultan. Mereka mentadbir hampir kesemua hal ehwal negeri kecuali apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Agama Islam dan juga Adat Istiadat Melayu, yang kekal menjadi kuasa mutlak pihak Sultan.

Pada tahun 1957 apabila British telah pulang, peranan ini seterusnya digalas oleh Menteri Besar bersama-sama dengan exco kerajaan negeri yang dibentuk melalui proses pilihanraya. Namun kuasa esekutif masih kekal sebagai hak milik mutlak Sultan. Ini diperincikan oleh Artikel 181 (1) Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas menyatakan:

‘Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini kedaulatan, hak kedaulatan, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja dan hak kedaulatan, kuasa dan bidang kuasa Pembesar-Pembesar Memerintah Negeri Sembilan dalam wilayah mereka masing-masing sebagaimana telah ada dan dinikmati hingga sekarang adalah tidak tersentuh.’

Perkara yang sama juga dinukilkan oleh Mark R Gillen daripada fakulti undang-undang Universiti Victoria (Gillen 1994:7) Memetik kata-kata ke bawah Duli Yang Maha Mulia al Marhum Sultan Azlan Shah, bekas Ketua Hakim Negara:

‘adalah silap jika kita berpendapat bahawa peranan seseorang Raja, sama seperti seorang Presiden, terhad hanya kepada apa yang tertulis di dalam Perlembagaan, Peranan seorang Raja sebenarnya jauh melangkau peruntukkan perlembagaan’ (Azlan Shah, 1986:89)

Mengikut kenyataan yang dibuat oleh Aziz Bari yang mendakwa bahawa kerajaan negeri hanya bertanggungjawab ke atas DUN dan bukannya kepada Sultan, saya ingin meningatkan beliau bahawa Artikel 50 Perlembagaan Negeri Selangor, 1959 menyatakan dengan jelas bahawa:

“The executive authority of the State shall be vested in His Highness and exercisable, unless otherwise provided by the Federal Constitution or this Constitution, by him or by the State Executive Council or any member of the State Executive Council authorised by the State Executive Council, by executive functions may by law be conferred on other persons or authorities.”

Hakikatnya kita tidak boleh menubuhkan sesebuah kerajaan tanpa perkenan Sultan; oleh sebab itulah Menteri Besar dan ahli-ahli Majlis harus mengangkat sumpah taat setia dihadapan Sultan untuk mentadbir Negeri bagi pihak Sultan.

Berbalik kepada dakwaan yang dibuat oleh Aziz Bari bahawa Sultan harus melantik Menteri Besar yang mendapat sokongan majoriti DUN, saya mencadangkan supaya beliau pergi semula ke tempat beliau mula belajar undang-undang dan minta dipulangkan duitnya.

Perlembagaan Negeri Selangor menyatakan dengan jelas pada Artikel 51 dan 53(2) bahawa perlantikkan Menteri Besar ialah tertaluk kepada budi bicara mutlak Sultan. Susuk yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar ialah seseorang, YANG PADA PENDAPAT BAGINDA SULTAN mendapat sokongan majoriti DUN. Oleh itu perkenan Duli Yang Maha Mulia yang meminta supaya disediakan lebih daripada dua nama daripada setiap parti politik yang mendapat sokongan majoriti DUN.

Perkara yang sama telah berlaku di Terengganu apabila UMNO yang, pada ketika itu, mahukan Idris Jusoh untuk kekal sebagai Menteri Besar selepas Pilihanraya Umum 2008 tetapi tidak mendapat perkenan Sultan yang tetap mahukan beliau digantikan dengan Ahmad Said.

Keterangan di atas cuba memperincikan sebuah proses demokrasi di mana pihak Sultan mempunyai hak untuk memilih sesiapa saja untuk mengepalai Dewan Undangan Negeri kerajaannya untuk mentadbir bagi pihak Baginda Sultan. Apa yang tidak demokratik ialah apabila Rafizi Ramli memberikan arahan kepada semua ADUN PKR kecuali Wan Azizah dan Azmin Ali untuk terus menarik diri sekiranya mereka dipilih sebagai calon bagi jawatan Menteri Besar oleh pihak parti lain.

Ini merupakan satu proses untuk memilih kerajaan negeri UNTUK RAKYAT dan bukannya untuk PKR. Rafizi sepatutnya mengunci mulut dan bersembunyi di belakang bosnya, manakala Aziz Bari pula sepatutnya meminta semula yuran pembelajaran undang-undang yang dibayarnya dulu dan mula mencari sebuah sekolah undang-undang yang lebih baik dan hentikan segera sebarang bentuk penipuan.

Sumber : http://seademon.wordpress.com/2014/08/30/masquerade/

4 comments:

  1. TUAN SEADEMON, TK DIATAS SANGGAHAN YG TUAN KEMUKAKAN TERHADAP AZIZ BAHARI. INI TELAH MENYELAMATKAN SAYA/KAMI DARI TERPESONG DLM PEMAHAMAN KAMI YG CATEK MENGENAI ISU2 TUBUH KERAJAAN NEGERI DAN PERLEMBAGAAN.

    SDR AZIZ BAHARI BEGITU OBSESS DGN KAREKTER BANGKANGAN BELIAU TERHADAP KERAJAAN/NEGERI/SULTAN DAN MENYEBABKAN BELIAU KELIHATAN TIDAK LAGI MEMPUNYAI SIFAT IMPARTIALITY DAN GAGAL MEGAWAL KREDITABALITINYA SEBAGAI SAORANG AKADEMIK.

    ReplyDelete
  2. Aziz bari pakar temberang....

    Ingat lg interpretasi undang2 dia pd kjaan perak dulu...

    Ke paritt.....

    ReplyDelete
  3. Very good explaination.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute