DOKTOR PERUBATAN SEKOLAHKAN ADUN PAS MORIB

Oleh : Dr. Aznil

1- Pertama sekali saya minta maaf kerana lambat memberi respond terhadap komen YB yang saya kasihi. Saya agak sibuk dengan urusan peribadi.

2- Pertama, saya cuba untuk mencari nilai SPLASH yang dikatakan bernilai RM 2.1 billion dan bukan RM 250 juta seperti yang YB dakwa. Namun saya gagal. Apa yang saya jumpa adalah nilai SPLASH ( bayaran equity ) sebanyak RM 250 juta sejak Februari 2013 lagi. Begitu juga nilai Syabas + Puncak Niaga.

3- Jika YB lihat kepada lampiran yang saya beri, nilai syarikat-syarikat ini tidak pernah berubah. Sumber yang saya perolehi adalah dari SelangorKini.

4- Saya juga membaca tulisan YB Rafizi, itu pun dia tidak memberi sumber yang tepat sekadar menyatakan persepsi semata2. Jadi sebagai ahli akademik, saya memohon detail tentang nilai SPLASH yang dikatakan RM 2.1 billion.

-------

#Kedua

1- Benar nilai asset bersih (NAV) Syabas adalah negative RM 5.6 billion berbanding SPLASH yang mana adalah Positive RM 2.5 billion. Atas sebab ini Syabas di tuduh kononny pengurusan yang tidak cekap. Pernahkah YB bertanya kepada diri YB, kenapa Syabas memiliki asset negative RM 5.6 billion?

2- Syabas merupakan satu-satunya syarikat yang diamanahkan untuk menyalurkan air yang telah di rawat (Water distribution). Manakala Puncak Niaga, SPLASH dan ABAAS pula berfungsi sebagai merawat air (gambar).

3- Jika kita bandingkan dua kelompok ini (water treatment & water distribution), Syabas (water distribution) adalah kelompok yang paling tinggi menanggung kos pengurusan berbanding kelompok rawatan air. Tahukah YB bahawa CAPEX bagi syabas adalah lebih RM 10 billion sepanjang tempoh konsensi. Manakala bagi SPLASH, CAPEX yang besar seperti pembinaan loji rawatan Sungai Selangor Water Supply Scheme Phase 3 (SSP3) dengan kos RM2.146 billion sudah lama selesai dan keperluan CAPEX pada masa hadapan akan banyak tertumpu hanya kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikpulihan loji sedia ada. Berdasarkan fakta ini, Sepatutnya SPLASH boleh memperolehi keuntungan yang lebih besar !!

4- Perlu diingatkan bahawa NAV negatif Syabas juga disebabkan oleh kerugian terkumpul akibat harga melampau air terawat yang dikenakan oleh pengendali loji rawatan air termasuk Splash. Pada hujung tahun 2013, jumlah tertunggak bagi air terawat yang perlu dibayar oleh Syabas kepada ketiga-tiga syarikat rawatan air termasuk Splash bernilai RM4.43 billion.

5- Selain daripada itu, penolakan cadangan kenaikan tarif air oleh kerajaan negeri juga penyumbang kepada NAV negative Syabas. Ini menyebabkan syabab terpaksa menanggung kos RM 3.5 billion yang merupakan 63% dari total NAV negative syabas (RM 5.6 billion)

6- YB kenalah adil dengan Syabas. Syabas adalah sebuah agensy yang baru beroperasi pada tahun 2005 berbanding SPLASH sejak tahun 2000. Maka logik jugalah NAV Syabas masih negative.

7- Ini adalah fakta yang telah disembunyikan oleh YB dan geng perosak negara dari pengetahuan umum. Meletakkan kesalahan kepada bahu Syabas atas krisis air Selangor.

8- Untuk pengetahuan YB, jika benarlah Syabas ini tak effisyen seperti yang di dakwa, NRW ( Non rebenue water) bagi Selangor adalah 30%, lebih rendah dari purata NRW negara. Tidak kah Syabas sgt effisyen?

9- Kita lihat pula saham PNHB. Bermula pada RM1.14 pada 2 Januari 2013 sebelum tawaran KDEB bertarikh 20 Februari 2013 dan terus menokok kepada RM3.35 pada 30 Jun 2014. Bukankah ini menunjukkan pretasi Syabas sangat baik? Kenapa Syabas di persalahkan?

-------

#Ketiga - Benarkah Langat 2 tidak relevan dengan krisis air Selangor?

1. Kebocoran air atau dikenali sebagai Air tak berhasil / Non- Revenue water (NRW) bukan sahaja berlaku di loji pemprosesan tetapi sepanjang saluran yang menghubungkan antara loji dan rumah. Banyak foktor-faktor yang terlibat iaitu : Jenis paip, usia paip, tekanan dalam paip, keadaan tanah, pembebanan lalu lintas dan sebagainya. Kadar NRW di Malaysia adalah antara 16 - 30 %. Mana- mana negara, permasalahan NRW memang tak boleh nak di elakkan. Lagi besar sesebuah negara itu maka kadar NRW makin tinggi. Ini kena di ambil kira.

2. Setakat ini Selangor mempunyai sejumlah 34 loji pemprosesan air yang mana mampu memberi bekalan air sebanyak 4371 juta liter sehari. Penggunaan air di Selangor pula adalah 4322 juta liter sehari. Bekalan sememangnya cukup jika NRW adalah 0% yang mana ianya adalah mustahil.

3. Penduduk di Selangor adalah seramai 5.4 juta orang. Kadar pertumbuhan penduduk Selangor adalah 0.1 juta org setahun. Dengan kata lain, keperluan tambahan bagi setiap tahun adalah 80 juta liter sehari. Itu di Selangor sahaja, tak termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya.  Maknanya, pada tahun hadapan keperluan air di Selangor sememangnya tak mencukupi dengan logi yang ada walaupun kadar kebocoran paip (NRW) adalah 0.

4. Dengan terbinanya loji Langat 2, ianya mampu membekalkan air tambahan sebanyak 1800 juta liter sehari. Maknanya, bekalan air ini mampu membekalkan selama 15 - 20 tahun lagi.

Jadi siapa kata krisis air Selangor tiada kaitan dengan Projek Langat 2?

5. Pada tahun ini, bekalan air yang mampu dibekalkan adalah 4371 juta sehari untuk 4322 juta penduduk. Namun pada tahun hadapan, penggunaannya meningakat 4402 juta sehari, kurang dari bekalan. Jadi kebodohan apa yang Rafizi kata tiada kaitan dengan Langat 2?

6. Langat 2 mampu membekalkan 1800 juta liter sehari dan boleh bertahan untuk jangka masa 15 - 20 tahun lagi.

----------

#Kesimpulan

1. Ini fakta yang YB cuba sembunyi dari rakyat. Mana amanah YB selaku pembela nasib rakyat?

2. Menurut YB, SPLASH adalah penyumbang 60% air Selangor yang di rawat. Ini bermakna 60% rakyat Selangor dalam keadaan bahaya jika YB terus dengan pendirian ini. YB bukan sahaja mengkhianati PAS kerana tidak mempercayai pucuk pimpinan parti tentang isu Khalid malah YB juga mengkhianati rakyat. Ini menjawab persoalan YB, perkaitan pengkhianatan YB dengan isu Khalid.

Post a Comment

0 Comments