ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 2 September 2014

IMAM 'SYIAH' MENCELA SYIAH

Oleh : Asrizal Ar-Riauniy Nasution

1. Khalifah Ali (imam pertama mereka) Radhiallahu ‘anhu berkata:


وسيهلك في صنفان: محب مفرط يذهب به الحب إلى غير الحق، ومبغض مفرط يذهب به البغض إلى غير الحق ، وخير الناس في حالا النمط الاوسط، فالزموه والزموا السواد الاعظم فإن يد الله على الجماعة.

Akan binasa tentang aku dua kelompok: (pertama) kelompok yang mencintai secara berlebihan sehingga kecintaannya membawa kepada yang tidak benar, dan kelompok yang membenci, yang kebenciannya membawa kepada yang tidak benar. Sebaik-baik manusia adalah yang bersederhana (tengah/adil) maka ikutilah ia, ikutilah kelompok terbesar (maksudnya waktu itu iaitu para sahabat dan tabi’in) kerana tangan Allah ada di atas jama’ah.” (Nahjul Balaghah, 2/8)

Kelompok pertama binasa disebabkan kecintaannya yang berlebihan adalah kelompok Rafidhah. Sesungguhnya cintanya Rafidah kepada Ali sama seperti cintanya orang Kristian kepada Jesus - Isa putera Mariam.

Kecintaan seperti ini membawa kesesatan dan kebinasaan!!

Maka ikutilah ahlussunnah iaitu para sahabat dan tabi’in, kelompok Islam terbesar yang menjadi majortiti, yang menjadi waris Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam yang mereka itu senantiasa meniti diatas jalan al-Quran dan as-Sunnah.

Khalifah Ali juga berkata:


ان معاويه خير لي من هؤلاء الذين يزعمون لي شيعة

“Sesungguhnya Muawiyah lebih baik bagiku dari pada mereka yang mengaku sebagai syiahku.” (al-Ihtijaj, 2/290)

Ali juga berkata:


لوددت والله أن معاوية صارفني بكم صرف الدينار بالدرهم فأخذ مني عشرة منكم وأعطاني رجلاً منهم

Saya berharap andai sahaja Muawiyah bertukar-tukar dengan saya seperti menukar dinar dengan dirham, sehingga dia mengambil dariku 10 orang dari kamu dan dia memberiku satu orang dari mereka. (Nahjul Balaghah)

Ali Radhiallahu ‘Anhu berkata:


إن أهل إصفهان لا يكون فيهم خمس خصال : السخاوة والشجاعة والامانة والغيرة وحبنا أهل البيت

"Sesungguhnya penduduk Ashfahan (Ishfahan) tidak ada pada diri mereka 5 perkara: dermawan, berani, amanah, cemburu dan mencintai kami ahluil bait. (biharul anwar 21/301 riwayat 32)

2. Hasan ibn Ali Radhiallahu ‘Anhu (Imam Kedua) berkata:


أرى والله أن معاوية خير لي من هؤلاء يزعمون أنهم لي شيعة ابتغوا قتلي وانتهبوا ثقلي وأخذوا مالي، والله لئن آخذ من معاوية عهداً أحقن به دمي واومن به في أهلي، خير من أن يقتلوني فتضيع أهل بيتي وأهلي

“Menurutku demi Allah, Muawiyyah itu lebih baik bagiku dari pada mereka yang mengaku menjadi syiahku, mereka ingin membunuhku, merompak barang-barangku dan merampas hartaku, demi Allah kalau aku mengambil perjanjian dari Muawiyah agar aku boleh melindungi darahku dan mengamankan keluargaku itu adalah lebih baik dari para mereka (para syiah) itu membunuhku dan menyeksa ahli baitku dan isterikuu.” (al-Ihjtijaj litthabarsi 2/290)

3. Imam al-Baqir Radhiallahu ‘Anhu berkata:


لو كان الناس كلهم لنا شيعة لكان ثلاثة أرباعهم لنا شكاكاً والربع الآخر أحمق “

“Seandainya semua manusia adalah syiah (pendukung) bagi kami niscaya 3/4 dari mereka ragu-ragu pada kami dan 1/4 sisanya adalah tolol.” (sumber: Rijal al-Kasysyi, h. 179)

4. Imam Ja’far as-Shadiq berkata:


ما أنزل الله من آية في المنافقين إلا وهــي في من ينتحـــل التشيع

Tidak ada ayat satu pun yang Allah turunkan tentang orang munafiq melainkan ia ada pada orang yang bermazhab tasyayyu’” (Rijal Kasysyi hal. 154; ungkapan yang sama diriwayatkan dari abul hasan dalam Raijal Kasysyi hal. 254))

Imam Ja’far juga berkata:


إن ممن ينتحل هذا الأمــر ليكـذب حتى إن الشيطان ليحتاج إلى كذبه

Sesungguhnya diantara orang yang menyakini perkara ini (iaitu bertasyayyu’) melakukan dusta hingga syaitan saja perlu kepada kedustaannya.” (Al-Rawdhah minal Kafi hal 212)

Ja’far as-Shadiq rahimahullah berkata:


إن ممن ينتحل هذا الأمر لمن هو شرٌّ من اليهود والنصارى والمجوس والذين أشركوا”

"Sesungguhnya diantara orang yang mengikuti ini sebagai budaya adalah yang lebih jahat dari yahudi, nasrani, orang majusi dan orang-orang yang syirik” (Rijal al-Kasysyi 252)

5. Imam abul Hasan Musa ibn Ja’far al-Kazhim (imam ketujuh), Radhiallahu ‘Anhu berkata;


” لو ميزت شيعتي لم أجدهم إلا واصفة ولو امتحنتهم لما وجدتهم إلا مرتدين ولو تمحصتهم لما خلص من الألف واحد ولو غربلتهم غربلة لم يبق منهم إلا ما كان لي ، إنهم طال ما اتكؤا على الأرائك ، فقالوا : نحن شيعة علي ، إنما شيعة علي من صدق قوله فعله” .

“Seandainya aku bezakan (aku pilih-pilih) syiahku niscaya aku tidak menemukan mereka kecuali washifah (namanya/sifatnya saja- wallahu a’lam) , dan kalau aku uji, niscaya aku tidak mendapati seorangpun dari mereka kecuali murtad, dan kalau saya benar-benar memilih mereka, niscaya tidak ada yang lebih dari seribu orang orang pun, dan kalau aku saring mereka niscaya tidak tersisa dari mereka kecuali apa yang untukku, sesungguhnya mereka cukup lama duduk di kursi goyang (duduk berjuntai kaki), lalu mereka berkata: kami adalah syiah ‘Ali, sesungguhnya syiah ‘Ali adalah orang yang (jujur) ucapannya sesuai dengan kelakuannya.” (sumber: al-Rawdhah minal-Kafi lilkulaini, 8/228)

Benar sekali, Ali mencintai Abu Bakar Umar tetapi syiah memusuhi keduanya.

Ali menghancurkan kuburan tetapi syiah malah membangun kuburan.

Ali tidak mut’ah tetapi syiah mut’ah.

Ali tidak pernah berkeyakinan bahawa dirinya sahaja yang layak menjadi khalifah Rasul tetapi syiah mengkafirkan Abu Bakar, Umar dan Utsman atas alasan kata mereka, ketiga-tiga khalifah sebelum itu telah merampas hak khilafah milik Ali.

Ali mencintai Aisyah dan Hafshah tetapi syiah melaknat. Nau’udzu billah min dzalik

Dan orang syiah mengundang Hussein ke Kufah untuk dibaiah ternyata mereka membunuh Hussein. Dan kini mereka meratap, berlakon, berpura-pura menangis untuk menuntut balas. Padahal mereka tidaklah menuntut balas kecuali pada diri mereka sendiri.

6. Imam Redha (imam kelapan) Radhiallahu berkata:


إن ممن ينتحل مودتنا أهل البيت من هو أشد فتنة على شيعتنا من الدجال

Sesungguhynya diantara orang yang mendakwa (bertasyayyu’) mencintai kami ahlul bait adalah orang yang lebih dahsyat fitnahnya atas syiah kami dari pada Dajjal.” (sumber: shifat as-Syi’ah karya as-Shaduq)

Sumber:

http://www.almanhaj.com/vb/showthread.php?t=12533&s=edf75f10e3e9d40080b7c96ecbf05d76
http://www.d-alsonah.com/vb/showthread.php?402-%
http://www.lahdah.org/vb/t60977.html
http://www.dd-sunnah.net/forum/showthread.php?t=97526
http://www.gensyiah.com/syiah-di-mata-para-imam-ahlul-bait.html

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute