ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 25 September 2014

KHAS BUAT MAHASISWA/I UiTM : PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO PERBADANAN INFAQ YaPEIM SDN.BHD.

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustee (Incorporation) Act 1952. Menangani Persoalan Masyarakat secara Realistik,Bersepadu, Strategik dan Profesional melalui Usaha Meningkatkan Taraf Sosioekonomi, Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Memantapkan Kebajikan Ummah dan Membangunkan Institusi Islam demi Kepentingan Pembangunan Ummah.  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) mempertanggungjawabkan Perbadanan Infaq YaPEIM  Sdn. Bhd. untuk melaksanakan skim Sumber Amal potongan gaji bulanan yang disalurkan melalui YaPEIM. 

A. SYARAT PENYERTAAN 

1. Terbuka kepada semua pelajar UiTM.

2. Peserta hendaklah memastikan keaslian logo yang dicipta terpelihara.  Pihak Perbadanan Infaq YaPEIM Sdn.Bhd. tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga keatas hakcipta logo tersebut.

3. Pihak Perbadanan Infaq YaPEIM Sdn.Bhd. juga mempunyai hak untuk mengubahsuai logo yang direka cipta oleh peserta dan logo pemenang terpilih akan menjadi harta intelek pihak Perbadanan Infaq YaPEIM Sdn.Bhd. 

4. Segala kos untuk menyertaan pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.

5. Tarikh akhir penyertaan  ialah pada 30 September 2014.

B. PENGADILAN 

1. Setiap penyertaan akan dinilai dari aspek konsep,kreativiti dan keaslian oleh satu panel juri yang dilantik oleh Perbadanan Infaq YaPEIM Sdn.Bhd. 
2. Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

C. WAWASAN DAN MISI PERBADANAN  INFAQ YaPEIM SND. BHD. 

i) Menjadikan institusi utama membudayakan amalan infaq dalam kehidupan masyarakat/

ii) Membangun ummah berasaskan budaya dan amalan infaq

iii) Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya budaya dan amalan berinfaq dalam kehidupan harian.

iv) Menggerakkan kesediaan masyarakat untuk berinfaq harga bagi tujuan kebajikan dan kesejahteraan ummah. 

v) Memanfaatkan dana infaq secara optimum bagi faedah kumpulan sasar yang dikenalpasti .

D. TEKNIKAL SPESIFIKASI LOGO DAN MOTO:

i. Rekacipta hendaklah asli, menarik, mudah dipersembahkan, disertakan dengan definisi bagi setiap simbol atau warna yang digunakan dan mestilah menggunakan tidak lebih daripada tiga (3) warna.

ii. Setiap logo & moto mestilah melambangkan PERBADANAN INFAQ YaPEIM SDN.BHD. sebagai sebuah agensi yang menjadi institusi utama membudayakan amalan infaq dalam kehidupan masyarakat dan membangun ummah berasaskan budaya dan amalan infaq. 

iii. Unsur tulisan Jawi adalah merupakan elemen wajib dalam penciptaan logo.

vi. Rekacipta boleh dihasilkan secara  menggunakan grafik komputer.

vii. Pihak urusetia berhak menolak penyertaan yang tidak mengikut spesifikasi   yang telah ditetapkan.

ix. Keputusan pertandingan adalah muktamad. Logo & moto yang memenangi pertandingan ini akan menjadi hakmilik urusetia pertandingan.

x. Pemenang pertandingan hendaklah menyediakan fail asal di dalam bentuk soft copy bagi tujuan percetakan dan sebagainya.

Semua penyertaan hendaklah di hantar ke  alamat :

PENGURUS BESAR
PERBADANAN INFAQ YaPEIM SDN. BHD.
TINGKAT 7, GRAND SEASONS AVENUE
NO.72, JALAN PAHANG,
53300 KUALA LUMPUR
(U.P) En. Azmi Sadeli dan Pn.Norashikin Abdul Rahman
Tel : 03-27172667 (fax) 03-27172663

E. HADIAH 

Tempat pertama : Wang tunai  RM1,500.00
Tempat kedua : Wang tunai  RM750.00
Tempat ketiga : Wang tunai  RM500.00

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute