ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 21 October 2014

79.7 % PENGHIDAP BARAH PAYUDARA ADALAH MEREKA YANG SERING BERDAMPINGAN DENGAN ANJING

Oleh : Dr Abdullah Yasin

Sedikit penceraan tentang issu " I want to touch a dog ".

Anjing berhak hidup aman di bumi Allah dan haram hukumnya dizalimi. Adalah pendidikan yang salah jika kepada anak-anak ditanam budaya "jika jumpa anjing hendaklah dibaling dengan kayu atau batu". Apa salahnya anjing sampai diperlakukan demikian ? Bukankah dia juga makhluk Allah yang berhak hidup dengan aman, kecuali jika anjing itu jahat dan cuba menggigit.

Namun demikian, Islam telah menetapkan beberapa ketentuan yang berkaitan dengan anjing berbeza dengan binatang lain. Selaku umat Islam yang bermazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah, yang rujukan utamanya adalah Al-Quran dan Al-Sunnah dan juga rujukan tambahannya Ijma' dan Qiyas, maka kita mempunyai pegangan tersendiri dalam bab anjing ini. Walaupun para Fuqaha' berbeza pendapat dalam beberapa issu, namun Malaysia yang berpegang kepada Mazhab Syafi'i dalam bab Fekah juga perlu diambil kira.

Dalam Al-Quran disebut beberapa kali berkaitan dengan faedah anjing. Khidmat anjing boleh dipergunakan untuk berburu dan tangkapannya boleh dimakan. Hadis juga tidak melarang menggunakan khidmatnya untuk mengawal ternakan dan tanaman atau sebagai penjaga kawasan dari penceroboh atau mengesan penjenayah dan menghidu barangan larangan seperti dadah.

Tetapi jika dilihat dari sisi lain, sungguh banyak isyarat di dalam hadis-hadis Nabi SAW yang sahih tentang bahaya yang bakal menimpa agama seseorang jika bermesra dengan anjing. Ia bukan binatang untuk dibelai seperti kucing. Di antara isyarat-isyarat itu adalah :

Air liur anjing adalah najis berat (mughallazah) mesti disuci dengan tujuh kali siraman yang pertama dengan air bercampur tanah ; Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada anjing ; Anjing hitam pekat adalah syaitan ; Siapa memelihara anjing tanpa sebab yang dibenarkan, maka setiap hari pahala amalanya akan dikurangi oleh Allah satu qirat yakni sebesar Bukit Uhud ; Semua hadis ini dapat dipertanggungjawapkan kesahihannya.

Adapun jika bahaya memeluk anjing ditinjau dari sudut sains pula, ini jawapannya : Sebanyak 79.7 % penderita barah payudara ternyata sering berdampingan dengan anjing, seperti memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan semua aktibiti perawatan anjing. Statistik pengidap kanser di Norway adalah 53.3 % daripada 14,401 pemilik anjing. Ternyata kanser pada anjing dan manusia adalah disebabkan oleh virus yang sama iaitu MTV (Mammary Tumor Virus) - Dinukil dari makalah dalam internet - Wallahu 'Alam.

Kesimpulan : Para sahabat sungguh patuh dengan panduan Nabi SAW walaupun ketika itu tiada penemuan para saintis seperti hari ini tentang bahaya anjing. Umat Islam yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya yakin setiap ketetapan agama pasti ada rahasianya. Oleh itu, mereka pasti akan menjauhi anjing, bukan justeru mendekatinya malahan bangga dapat memeluknya. Hukum Islam jangan ditetapkan semata-mata dengan akal, logita atau rasional. Inilah ciri-ciri utama Mazhab Mu'tazilah yang hari ini lebih dikenal dengan istilah Liberalisma, Pluralisma atau Golongan Anti Hadis. Na'uudzu Billahi Min Dzaalik.

Bacaan lanjut :

http://www.independent.co.uk/life-style/health-and-families/health-news/medical-myths-strange-but-true-397645.html

http://www.statschat.org.nz/2013/08/13/cancer-causes/

http://www.smh.com.au/lifestyle/diet-and-fitness/surprising-cancer-causes-20130802-2r3x0.html

http://www.dailymail.co.uk/health/article-490581/Can-dogs-breast-cancer-Bizarre-medical-theories-experts-claim-actually-true.html

http://dway2live.blogspot.com/2013/01/stay-away-from-dogs.html

1 comment:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute