ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 8 November 2014

KAABAH DICUCI HARI INI

MAKKAH : Beberapa duta dari negara-negara Islam yang berpangkalan di ibu negara Arab Saudi, Riyadh telah bergerak ke Makkah pada hari Jumaat untuk mengambil bahagian dalam upacara mencuci Kaabah pada pagi hari Sabtu, 8 November 2014. Majlis tersebut turut dihadiri beberapa menteri, para ulama dan jemaah yang telahpun berada di Masjidil Haram.

Upacara mencuci Kaabah kali ini diketuai oleh Putera Mishaal bin Abdullah, yang mewakili penjaga dua tanah suci, Raja Abdullah. 

Upacara pembersihan Kaabah dilakukan adalah bersandarkan kepada perbuatan Nabi Muhammad S.A.W yang membasuh Kaabah ketika pembukaan kota Makkah. Pada kebiasaanya upacara membasuh Kaabah ini diadakan 2 kali setahun iaitu pada 15 Syaaban (Sebelum Ramadan) dan pertengahan Muharram (Selepas bulan Haji)

Duta Afrika Selatan, Mohammad Sadiq Jaafar berkata, dia menganggap jemputan bagi mencuci kaabah merupakan satu penghormatan baginya.

"Ini adalah kali kelima saya terlibat dalam program ini. Saya bernasib baik kerana mendapatkan penghormatan ini," kata duta itu.

Upacara mencuci Kaabah ini dimulakan dengan perlaksanaan solat sunat 2 rakaat di dalam Kaabah. Dinding kaabah kemudiannya dibersihkan dengan air mawar dan dicuci dengan wangian menggunakan kain putih. Kemudian, lantai Kaabah akan dipercik dengan Air Zam-Zam yang dicampur dengan pewangi mawar.

Sumber : ArabNews

1 comment:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute