ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 7 November 2014

MAHASISWA PRO PEMBANGKANG : LAGI DILAYAN LAGI MENJADI

Oleh : Anif Azami (Mahasiswa Universiti Malaya)

Saya kira mahasiswa/i di seluruh tanah air mengambil tahu berkenaan perkara populis yang cuba diwujudkan oleh mahasiswa pro pembangkang khususnya mahasiswa/i Universiti Malaya.

Secara tidak langsung perkara ini menjadi perhatian seluruh tanah air seiring dengan keputusan mahkamah berkenaan kes DSAI. Kalau kita lihat pada mulanya isu ini bermula selepas kegagalan mahasiswa pro pembangkang menguruskan FESKUM dengan baik pada tahun ini. Bagi mengalihkan pandangan terhadap kegagalan ini pula, mereka mengambil kesempatan untuk membawa masuk DSAI melalui program "40 Tahun : Dari UM ke Penjara" yang kita semua tahu dianjurkan secara haram tanpa mengikut prosedur. 

Saya kira platform yang mahasiswa/i Universiti Malaya berikan melalui pemilihan MPP (platform;PMUM) gagal diuruskan dengan baik oleh mereka sebaliknya disalahgunakan. Mereka berjaya menutup isu FESKUM dan hari ini mahasiswa UM tertumpu kepada mereka yang dikenakan pertuduhan tatatertib. Sedangkan pada mulanya mereka sendiri cabar pengurusan UM untuk mengenakan tindakan kepada mereka.

Selepas kejadian rempuhan pintu pagar utama UM, mereka sedar bahawa banyak tentangan yang mereka terima oleh mahasiswa lain dan juga masyarakat Malaysia. Tindakan mereka merempuh pintu utama dianggap mencemarkan imej Universiti dan juga imej mahasiswa/i UM itu sendiri. Buktinya jelas selepas ramai yang mendakwa tindakan mereka boleh menyebabkan kebolehpasaran pekerjaan mahasiswa UM terjejas. 

Perkara ini sememangnya dianggap remeh oleh mahasiswa pro pembangkang, tetapi bagaimana dengan nasib mahasiswa UM yang selama ini tidak berminat langsung dengan adegan poltik mahasiswa ini ? Secara tidak langsung perkara ini turut memberi kesan kepada seluruh warga Universiti Malaya sedangkan kita tahu, mahasiswa yang hadir program tersebut sangat sedikit dan lebihnya adalah penyokong fanatik DSAI.

Bagi mengalihkan pula pandangan mahasiswa lain ataupun masyarakat luar, atau tidak mahu dianggap mahasiswa pro-anwar, mereka tampil dengan membawa masuk opah kononnya prihatin dengan isu rakyat. Dan kemudiannya menagih simpati orang ramai bagi bersama bersolidariti untuk mereka hari ini. Secara tidak langsung dan tidak sedar, mahasiswa pro pembangkang berjaya menutup atau mengalihkan pandangan kita terhadap semua yang berlaku sepanjang setahun tempoh pimpinan mereka.

Rakan-rakan mahasiswa yang dihormati dan dikasihi sekalian, inilah akibatnya sekiranya kita beri kepercayaan kepada mereka untuk memimpin Universiti Malaya. Pelbagai isu timbul yang menyebabkan semua perlu ambil perhatian kepada mereka seterusnya memberi kesan kepada kita semua. Baru saya tahu mengapa ramai diantara kita semua yang tidak mahu mengambil tahu langsung berkenaan politik mahasiswa malah ada yang benci dan menganggap poltik ini kotor.

Apa yang saya tulis mungkin tidak mendapat perhatian media, apa yang saya tulis mungkin tidak mampu mempengaruhi orang ramai, tapi sampai bila kita mahu perkara seumpama ini terjadi? Tidak perlu ulas panjang berkenaan kebebasan akademik, AUKU, akta hasutan dan sebagainya kerana setiap orang ada pandangan masing-masing dan tidak akan berkesudahan.

Kalau kita terus layan dan layan inilah akibatnya, makin menjadi-jadi. Itu belum masuk bab Universiti takut dan pak menteri menikus. Memang tidak berkesudahan. Cuma apa pula taktik mahasiswa pro pembangkang selepas ini? Tepuk dada, tanya selera. JOM UBAH!!!

*hari ini mahkamah rayuan memutuskan lelaki islam berpakaian wanita adalah tidak bercanggah dengan Perlembangan Persekutuan. Secara tidak langsung hak transgender diiktiraf. Apa sudah jadi dengan Malaysia?

3 comments:

  1. bukankah gambar yang ada caption kat atas itu fitnah sebab tidak pernah diucapkan oleh mereka atau difikirkan oleh mereka..perkara ini kan pernah dinasihatkan oleh pihak ILMU sebelum ini...sekadar nasihat😄

    ReplyDelete
  2. Kami malas nak ulas panjang. Harap anda dapat baca artikel terdahulu.

    http://www.penaminang.com/2012/12/masa-untuk-maza-buat-permohonan-maaf.html#axzz3IQozGjeG

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute