PAKATAN DAH LAMA IKTIRAF MAK NYAH

Oleh : Putera

Berita pengisytiharan bahawa 'Lelaki berpakaian seperti wanita di Negeri Sembilan bukanlah satu jenayah' merupakan berita yang amat menggemparkan. Menariknya dalam bab ini, ada pihak mula menyalahkan kerajaan, bahawa kerajaanlah yang membuat keputusan ini.

Ternyata mereka-mereka yang membuat tuduhan ini adalah mereka yang amat dangkal dengan pecahan sistem pemerintahan di Malaysia. Bagi yang tidak mengetahui, dalam sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah badan utama iaitu:-

• Badan Perundangan.

Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana-mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain;

• Badan Pemerintah.

Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang dan penghakiman; dan;

• Badan Kehakiman

Badan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa eksekutif. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa, bidang tugas dan peranan masing-masing. Namun begitu, Badan Perundangan dan Badan Pemerintah berkait antara satu sama lain kerana Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di mana ahli-ahli Badan Perundangan adalah juga Badan Pemerintah. Contohnya, Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada Badan Perundangan (Parlimen Malaysia). Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuah badan berasingan dan bebas daripada politik, bagi menjamin keadilan di negara ini. 

Sekaligus hujjah pihak-pihak tertentu menyatakan bahawa Badan Pemerintah yang membuat keputusan dalam Pengiystiharan lelaki berpakaian seperti wanita di Negeri Sembilan bukanlah satu jenayah' adalah satu kenyataan yang dangkal.

Menariknya pihak-pihak berkenaan mungkin terlupa bahawa pada 11 Julai 2013, Ahli Dewan Undangan  Negeri Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu dari Parti terbesar dalam Pakatan Pembangkang, DAP, telah melantik seorang Mak Nyah menjadi Setiausaha Politik Adun berkenaan. 

Tetapi tidak pula dibising-bisingkan oleh puak-puak pembangkang. Kenapa? Adakah mereka hanya melihat 'kesilapan' dari pihak lain tetapi 'buta' menilai diri sendiri?

Fikir-fikirkanlah.

Rujukan : 

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/8710-sistem-pemerintahan.html
http://www.penaminang.com/2013/07/mak-yah-dilantik-menjadi-setiausaha.html#axzz3IAJwFxP8
http://www.malaysiakini.com/news/235450

Post a Comment

3 Comments

  1. yg aku faham artikel kat atas ni..badan perundangan dgn badan pemerintah saling berkait satu sama lain..habis nak slahkan sapo ni?
    menteri kebinet jaga parliman..ahli dewan undangan negeri bukan ke boleh meminda atau membuat undang2 dlm negeri?
    aku sokong bn..tapi tak sokong najib dan puak liberal

    ReplyDelete
  2. Kepada Anonymous7 November 2014 22:32

    Harap dapat baca :

    Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuah badan berasingan dan bebas daripada politik, bagi menjamin keadilan di negara ini.

    Yang buat keputusan tu siapa? :)

    Read more: http://www.penaminang.com/2014/11/pakatan-dah-lama-iktiraf-mak-nyah.html#ixzz3IOoEVtwd
    Follow us: @penaminang on Twitter | penaminangfanpage on Facebook

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.